Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»Castrol Terima Pensijilan SIRIM untuk Semua Produk Minyak Pelincir di Malaysia
Aksesori

Castrol Terima Pensijilan SIRIM untuk Semua Produk Minyak Pelincir di Malaysia

Han OthmanBy Han Othman10/09/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Castrol dapat pensijilan SIRIM QAS International

JENAMA pelincir global terkemuka, Castrol mengumumkan keseluruhan barisan produk minyak pelincir yang dijual di Malaysia kini menerima pensijilan rasmi SIRIM QAS International di bawah SIRIM 58 Standard – Skim Pensijilan Produk Tulen (Minyak Enjin untuk Kenderaan Bermotor).

Makluman itu mengukuhkan lagi kedudukan Castrol sebagai peneraju dalam aspek kualiti dan perlindungan pengguna, seiring garis panduan baharu ditetapkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk mengekang isu pelincir tiruan di pasaran.

Label SIRIM di Produk Castrol

Castrol dapat pensijilan SIRIM QAS International

Dalam tempoh beberapa bulan akan datang, semua produk minyak enjin Castrol akan hadir dengan label pensijilan SIRIM pada bungkusan baharu yang akan diedarkan berperingkat di seluruh negara.

Ini memudahkan pengguna mengesahkan keaslian produk, sekali gus menikmati lebih ketenangan fikiran ketika membuat pembelian. Justeru Castrol menggalakkan pengguna supaya melihat label SIRIM pada produk minyak pelincir jenama itu sebaik saja bungkusan baharu diperkenalkan kelak.

Komitmen Castrol: Prestasi dan Kepercayaan

Castrol dapat pensijilan SIRIM QAS International

Pengarah Jualan Pasaran Castrol Malaysia dan Singapura, Gan Wee Kiong berkata;

Pensijilan ini bukan sekadar memenuhi keperluan peraturan, sebaliknya satu pengiktirafan terhadap janji kami kepada pelanggan. Castrol sinonim dengan prestasi boleh dipercayai, dan kini kepercayaan itu disahkan SIRIM secara rasmi.”

Castrol sememangnya dikenali dengan formula pelincir berteknologi tinggi dan perlindungan enjin yang terbukti. Dengan pensijilan SIRIM, jenama itu bukan saja memastikan produk bebas tiruan, tetapi menegaskan komitmen terhadap pendidikan pengguna, ketelusan rantaian bekalan dan akauntabiliti pengedar.

Tentang Castrol

Logo Castrol

Castrol ialah antara jenama pelincir terkemuka dunia dengan lebih 100 tahun sejarah inovasi di Malaysia. Di bawah BP Castrol Lubricants (Malaysia) Sdn Bhd, syarikat itu menguasai pelbagai segmen utama termasuk minyak enjin kereta penumpang, motosikal, kenderaan komersial dan industri. Antara produk popular Castrol ialah Castrol EDGE, MAGNATEC, POWER1, Activ, VECTON dan CRB.

Castrol juga mengendalikan kilang pengeluaran di Port Klang dan memiliki rangkaian pengedaran meluas ke lebih 14,000 pelanggan, termasuk pusat servis eksklusif seperti Castrol Auto Service dan Castrol Bike Point seluruh negara.

Dengan pensijilan SIRIM itu, Castrol mengukuhkan reputasi sebagai jenama pelincir pilihan utama di Malaysia yang menawarkan prestasi enjin boleh dipercayai, dan kini dengan jaminan rasmi keaslian produk.

Castrol Castrol Malaysia Minyak Enjin Castrol Minyak Pelincir Pengarah Jualan Pasaran Castrol Malaysia dan Singapura Gan Wee Kiong Pensijilan SIRIM SIRIM 58 Standard - Skim Pensijilan Produk Tulen (Minyak Enjin untuk Kenderaan Bermotor) SIRIM QAS International
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Aksesori

Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

13/03/2026
Indian Motorcycle sambut aniversari 125-tahun
Roda2

Indian Motorcycle Sambut 125 Tahun, Lancar Empat Model Edisi Khas

02/03/2026
Alpinestars Tech-Air 5 Plasma
Aksesori

Alpinestars Tech-Air 5 Plasma: Beg Udara Paling Canggih Setakat Ini?

24/02/2026
LS2 OF628 Compass
Aksesori

LS2 Lancar Helmet OF628 Compass, Harga Mula RM388

08/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
Roda4

Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

By Han Othman12/03/2026
Proton X90 2026 facelift
Auto Terkini

Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

By Han Othman15/03/2026
Autotainment

#Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

By Han Othman15/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.