Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#RetroAuto: Casis Lamborgini 1960-an Jadi Asas Model Legenda Miura hingga Lahir Supercar!
Autotainment

#RetroAuto: Casis Lamborgini 1960-an Jadi Asas Model Legenda Miura hingga Lahir Supercar!

Abang HirataBy Abang Hirata03/12/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Casis P400, asas kepada Lamborghini Miura

PADA 60 tahun lalu atau November 1965 di Pameran Motor Turin (TMS), Lamborghini mendedahkan casis P400 versi ‘togel’ tanpa badan yang kemudian menjadi asas pembinaan kepada Miura.

Casis itu menempatkan enjin 4.0L V12 yang dipasang melintang di belakang yang menjadi permulaan revolusi kereta sport. Pada 2026, Lamborghini bakal meraikan ulang tahun ke-60 Miura dengan siri sambutan dan lawatan rasmi divisyen warisan, Polo Storico.

Casis P400, asas kepada Lamborghini Miura
Casis P400, asas kepada Lamborghini Miura

Idea Asal Pembangunan (Projek L105)

Konsep seni bina Lamborghini baharu itu muncul pada musim panas 1964, lahir daripada impian dan keberanian tiga ahli muda pasukan Lamborghini:

  • Pencetus idea: Giampaolo Dallara dan Paolo Stanzani (jurutera), bersama Bob Wallace (pemandu uji)
  • Objektif dan motivasi: Mereka bertiga berkongsi impian membawa Lamborghini ke dunia perlumbaan. Disebabkan penyertaan rasmi bukan sebahagian rancangan Ferruccio Lamborghini, mereka memutuskan jika kereta tidak dapat dihantar ke litar lumba, maka litar itu sendiri akan dibawa kepada kereta jalanan dengan menyuntik prestasi, teknologi dan emosi perlumbaan
  • Hasil inisiatif: Idea itu mencetuskan permulaan Projek L105
  • Matlamat projek: Membina casis ringan dan kompak yang sedia untuk menampung badan gran turismo ekstrem dan revolusioner
  • Kelulusan Ferruccio: Walaupun skeptikal, Ferruccio Lamborghini akhirnya memberi kepercayaan kepada pasukan muda itu, yang membolehkan rekabentuk casis dan enjin P400 direalisasi

Casis P400 Di Turin

Casis P400 ditayangkan di Turin pada 3 November 1965, bersebelahan Lamborghini 350 GT dan 350 GTS. Casis yang dipamerkan mempunyai ciri:

Casis P400, asas kepada Lamborghini Miura
Casis P400, asas kepada Lamborghini Miura
  • Kemasan: Dicat warna hitam satin
  • Aksesori tambahan: Dilengkapi empat paip ekzos putih
  • Penerimaan: Laporan zaman itu menyifatkan casis itu sebagai frem kereta yang bersedia untuk berlumba, dengan menekankan keaslian konfigurasi teknikal

Butiran Teknikal, Pembinaan Casis

Casis Lamborghini Miura
Casis Lamborghini Miura

Casis itu dibina Marchesi dari Modena, Itali dan direka untuk mencapai ketegaran dan ringan maksimum:

  • Bahan: Kepingan keluli setebal 0.8mm
  • Pembinaan badan: Dibentuk melalui proses melipat dan melubang (drilled openings) bagi mengurangkan berat
  • Komponen berat: Berat keseluruhan casis tidak lebih 120kg, pencapaian luar biasa pada era tersebut.
  • Elemen struktur utama:
    • Tub pusat: Berfungsi sebagai elemen penahan bebanan utama dan tapak pemasangan untuk sistem suspensi
    • Subfrem tambahan: Dua subfrem tambahan dipasang di depan dan belakang menyokong komponen mekanikal, sistem suspensi dan aksesori

Komponen Mekanikal, Trenkuasa

Casis P400, asas kepada Lamborghini Miura
Casis P400, asas kepada Lamborghini Miura

Konfigurasi teknikal casis P400 menggabungkan penyelesaian yang dibawa daripada dunia perlumbaan:

  • Susunan enjin: Integrasi enjin V12 4.0L dan transmisi ke dalam satu unit tunggal kompak
  • Kedudukan enjin: Dipasang melintang di belakang kabin pemandu
  • Arkitektur: Senibina baharu sepenuhnya dan mengurangkan saiz keseluruhan
  • Sistem bahan api: Menggunakan karburetor Weber
  • 12 trumpet: Diserlahkan dengan 12 trumpet salur masuk menegak karburetor yang memperlihatkan konsep kejuruteraan ekstrem
  • Sistem suspensi: Konfigurasi double-wishbone independen pada semua roda
  • Sistem brek: Brek cakera Girling
  • Roda: Paten wayar Borrani

Pemilihan Pereka Badan (Carrozzeria)

Lamborghini Miura
Lamborghini Miura

Walaupun casis Miura dipamerkan tanpa badan, ia menarik perhatian segera daripada studio rekabentuk terkemuka Itali, Carrozzeria.

Casis ini mulanya ditunjukkan kepada Carrozzeria Touring di bawah projek dengan kod nama Tigre, tetapi kesulitan kewangan dihadapi Touring menghalang potensi kerjasama.

Nuccio Bertone

Pininfarina pula tidak dapat memberikan komitmen kerana terikat dengan pengeluar lain, dan peluang tersebut akhirnya direbut pengasas Carrozzeria Bertone, Nuccio Bertone (foto atas).

Berdasarkan kisah diceritakan, Bertone tiba di reruai Lamborghini hampir di penghujung pameran dan disambut Ferruccio dengan gurauan.

Hang orang paling last dari builder yang datang.”

Bertone kemudian memeriksa casis itu dan membalas, studionya akan mencipta ‘kasut yang sempurna untuk kaki yang menakjubkan itu.’ Walaupun ketepatan dialog itu tidak dapat dipastikan, kisah tersebut menyerlahkan persefahaman segera antara kedua-dua pihak.

Susulan pertemuan itu, keputusan dibuat untuk menyerahkan kerja badan kepada Bertone. Pada cuti Krisman, ketika kilang ditutup, lakaran rekabentuk pertama ditunjukkan kepada Ferruccio, Dallara dan Stanzani. Dengan garis rekabentuk inovatif, lakaran itu segera diluluskan sebagai projek muktamad.

Dari P400 ke Miura

Lamborghini Miura P400 di Geneva 1966
Lamborghini Miura P400

Pada Mac 1966, casis P400 yang dipamerkan di Turin menerima bentuk muktamad dan dilancarkan secara rasmi sebagai Lamborghini Miura P400 (foto atas) di Pameran Motor Antarabangsa Geneva (GIMS) 1966.

Menerusi pendedahan tersebut, Miura membuktikan keputusan berani untuk mempamerkan intipati mekanikal kenderaan dan bukan badan luaran, berjaya mengubah idea yang berani menjadi sebuah legenda.

Kesan, Legasi Supercar

Kejayaan Lamborghini Miura memberi kesan kekal kepada industri automotif. Model itu mengubah dunia kereta sport super (super sports cars) selamanya dengan mencipta bahasa, gaya dan prestasi baharu.

Lamborghini Miura ialah kereta yang begitu revolusioner hingga melahirkan istilah yang tidak pernah wujud sebelumnya, iaitu supercar, dicipta khas seorang wartawan Inggeris untuk mentakrifkannya.

Casis P400, asas kepada Lamborghini Miura
Casis P400, asas kepada Lamborghini Miura
Casis P400, asas kepada Lamborghini Miura
Casis P400, asas kepada Lamborghini Miura
Casis P400, asas kepada Lamborghini Miura
Casis Lamborghini Miura
Casis Lamborghini Miura
Casis Lamborghini Miura
Casis Lamborghini Miura
Casis Lamborghini Miura
Casis P400, asas kepada Lamborghini Miura
Casis P400, asas kepada Lamborghini Miura
Casis P400, asas kepada Lamborghini Miura
Casis Lamborghini Miura
Casis P400, asas kepada Lamborghini Miura
Casis P400, asas kepada Lamborghini Miura
Lamborghini Miura
Lamborghini Miura
Lamborghini Miura
Lamborghini Miura
Lamborghini Miura
Lamborghini Miura
Lamborghini Miura P400
Lamborghini Miura P400
Lamborghini Miura SV
Lamborghini Miura SV

Casis P400 Lamborghini Lamborghini Miura Lamborghini P400 Lamborghini P400 Miura Lamborghini P400 Miura 1966 Retro Auto Roda4
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Geely Auto No.1 di China 2 Bulan Berturut-Turut!

10/03/2026
Roda4

Audi Q7 S line CKD Kini Dari RM399,990, SUV 7 Tempat Duduk, Enjin V6 3.0L

09/03/2026
Lotus Eletre X Hybrid 2026
HEV

Lotus Eletre X Hybrid Guna Teknologi Hibrid Berkuasa 952ps, Tork 935Nm

09/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.