Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
Auto Terkini

BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

Abang HirataBy Abang Hirata15/08/2025
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Di antara produk BYD yang menonjol di pasaran tempatan ialah Sealion 7. Tidak hanya sebuah model, Sealion merupakan satu siri BYD yang menghimpunkan sejumlah model termasuk rangkaian kuasa hibrid plug-in (PHEV) dan elektrik.

Sebagai contoh Sealion 05 DM-i mewakili SUV PHEV manakala Sealion 05 EV menggunakan nadi elektrik.

Tiada di pasaran tempatan,  Seal U DM-i mencatatkan kejayaan luar biasa di pasaran United Kingdom dengan mencatatkan lebih 10,000 unit jualan dalam tempoh hanya 10 bulan sejak pelancarannya.

BYD Seal U DM-i yang menarik ini telah mengukuhkan kedudukannya sebagai model terlaris BYD UK.

Bukan sahaja itu, malah SUV ini turut dinobatkan sebagai hibrid plug-in (PHEV) paling popular di negara tersebut (data SMMT/Society of Motor Manufacturers and Traders).

Kejayaan memberangsangkan ini telah menyumbang kepada pencapaian penting BYD UK, yang telah menjual lebih 30,000 unit kenderaan sejak jenama itu diperkenalkan pada tahun 2023.

Secara tidak langsung, kejayaan Seal U DM-i ini telah meletakkan asas kukuh untuk meningkatkan kesedaran pelanggan dan penghargaan terhadap jenama BYD UK.

Ciri dan Teknologi BYD Seal U DM-i

Sebagai lambang kualiti yang mendefinisikan BYD, Seal U DM-i menawarkan pelbagai pilihan menarik kepada pengguna.

Semua versi dilengkapi sistem hibrid plug-in pintar DM (Dual Mode) yang mengutamakan pemanduan elektrik yang lancar, senyap, menjimatkan kos dan cekap tenaga.

Enjin petrol hibrid 1.5 liter hanya akan beroperasi apabila bantuan kuasa tambahan diperlukan.

Gabungan sistem ini membolehkan Seal U DM-i mencapai jarak pemanduan tangki penuh sehingga kira-kira 1,125 kilometer.

Bagi memenuhi pilihan pelanggan yang berbeza, sistem ini ditawarkan dengan dua pilihan kapasiti bateri iaitu 18.3 kWj dan 26.6 kWj.

Model Boost pacuan roda hadapan dan Design pacuan semua roda menggunakan unit berkapasiti 18.3 kWj, dengan julat pemanduan elektrik masing-masing sekitar 80 kilometer dan 69 kilometer.

Sementara itu, model Comfort pacuan semua roda yang dilengkapi dengan unit bateri lebih besar 26.6 kWj mampu dipandu sehingga 124 kilometer hanya dengan kuasa elektrik.

Pemilikan dan Kelengkapan

Harga Seal U DM-i berada di bawah ambang £40,000 (kira-kira RM228,422.00).

Angka itu mengecualikan pemilik daripada caj cukai kenderaan tambahan yang dikenakan ke atas kenderaan mewah di UK.

Selain daripada harga yang kompetitif, semua versi Seal U DM-i turut menawarkan ruang kargo yang luas serta spesifikasi peralatan standard BYD yang tinggi.

BYD Seal BYD Seal U DM-i BYD Sealion
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Warna Dragon Skin Škoda Ini Hasil Tangan Pengundi, Biru dan Oren Tewas Tipis

27/02/2026
Leapmotor C10 PLUS Night Edition 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Lancar, Harga Mula RM148k!

01/03/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Auto Terkini

Petron Catat Untung Bersih RM246 Juta Sepanjang 2025

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.