Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»BYD M6 Rasmi Lancar di Vietnam, Harga RM128k, Lagi Mahal daripada Malaysia
Auto Terkini

BYD M6 Rasmi Lancar di Vietnam, Harga RM128k, Lagi Mahal daripada Malaysia

SyafieBy Syafie21/10/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BUKAN saja Malaysia, BYD secara rasmi turut melancarkan kenderaan pelbagai guna (MPV) elektrik, BYD M6 untuk pasaran Vietnam pada harga 756 juta dong (RM128,890).

Berbanding Malaysia yang ditawarkan dalam dua varian, BYD M6 versi Vietnam cuma didatangkan dalam satu varian sahaja (varian Standard di Malaysia)

BYD M6 memiliki dimensi panjang ini 4,710mm, lebar 1,810mm, dan tinggi 1,690mm, serta jarak roda 2,800mm. Di pasaran Vietnam, saiz MPV elektrik ini hampir sama dengan Toyota Innova Cross, tetapi lebih kecil daripada Hyundai Custin.

Berikut spesifikasi BYD M6 versi Vietnam:

  • Dilengkapi unit infotainmen 12.8 inci boleh putar mendatar atau menegak dengan konektiviti Apple Carplay dan Android Auto secara wayarles.
  • Ada kamera 360º dengan paparan bahagian bawah kenderaan.
  • Tempat duduk barisan kedua boleh laras ke depan atau belakang dengan jarak 270mm termasuk perehat kepala boleh dipanjangkan hingga 110º.
  • Tempat duduk barisan ketiga kerusi juga boleh dilaras sudut sandaran mengikut keselesaan penumpang.
  • Ada corong penyaman udara di setiap barisan tempat duduk.
  • Dikuasakan bateri bilah (blade battery) 55.4kWj dengan aoutput kuasa 160hp dan tork maksimum 310Nm.
  • Jarak pemanduan mencapai 420km untuk sekali pengecasan penuh.
  • Sama seperti BYD M6 lain, model ini juga mempunyai ciri V2L.

BYD M6 pasaran Vietnam ini dijual pada harga 756 juta dong (RM128,890), lebih mahal daripada varian BYD M6 Extended di Malaysia!

Di Vietnam, BYD M6 ini akan bersaing dengan model dalam segmen MPV seperti Toyota Innova Cross yang berharga 810-990 juta dong (RM138,090-RM168,780), dan Hyundai Custin, berharga 820-974 juta dong (RM139,800-RM166,050), serta GAC M6 yang dijangka dilancarkan kelak.

SUMBER: ZingNews

Auto Terkini BYD BYD M6 BYD M6 Vietnam Kenderaan Elektrik (EV) Pasaran Vietnam Vietnam
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

HEV

Lotus Eletre X Guna Teknologi Hibrid Berkuasa 952ps, dan Tork 935Nm

07/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

06/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.