Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Magic Roundabout – Bulatan dalam Bulatan di Swindon Ini Nampak Rumit Tetapi Efisien!
Autotainment

Magic Roundabout – Bulatan dalam Bulatan di Swindon Ini Nampak Rumit Tetapi Efisien!

Han OthmanBy Han Othman13/04/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads


DALAM bulatan, ada lagi bulatan – itulah Bulatan Ajaib (Magic Roundabout). Ya, sila jangan pula keliru jika memandu di bandar Eropah ini. Walaupun nampak rumit dan mengelirukan, tetapi bagi penduduk di sana bulatan tersebut sangat efisien. Malah, kemalangan juga dapat dikurangkan.

Bulatan Ajaib di Swindon, England dibina pada 1972 dan terdiri daripada lima bulatan mini yang disusun mengelilingi satu bulatan besar dengan enam susur keluar utama. Terletak dekat County Ground, selatan England, nama bulatan itu diambil sempena siri televisyen kanak-kanak popular, Magic Roundabout. Pada 2009, bulatan itu diundi oleh Britannia Rescue sebagai persimpangan keempat paling menakutkan di Britain.

BACA >>> Amaran Polis Scotland: Gantung Lesen 6 Bulan dan Kompaun Kalau Wheelie di Bulatan

Bulatan Ajaib ialah cetusan idea seorang jurutera lalu lintas Inggeris, Frank Blackmore daripada Makmal Kajian Pengangkutan dan Jalan Raya British. Aliran trafik luar perlu mengelilingi bulatan besar mengikut arah jam, termasuk lima bulatan di dalamnya. Sebaliknya apabila masuk ke bahagian dalaman bulatan – sekeliling pusat bulatan – pemandu perlu memandu mengikut lawan arah jam.

Menurut sarjana, bulatan itu mampu mengurangkan kecederaan serius akibat kemalangan sebanyak lebih dua pertiga. Lebih menakjubkan, bulatan berkenaan mampu menguruskan kerenah ribuan pengguna sejak lebih 40 tahun lalu!

Jika anda berhenti di bulatan normal dan mahu memasuki susur keluar di sebelah – disebut jam 6 atau u-turn – anda biasanya perlu mengelilingi satu bulatan besar dan berhenti di mana-mana lamput isyarat (jika ada) sebelum tiba ke destinasi. Namun, dengan Bulatan Ajaib, anda boleh mengambil jalan pintas yang lebih cepat tanpa perlu mengelilingi bulatan besar. Sekali imbas, idea itu nampak kompleks, tetapi sebenarnya sangat efisien.


BULATAN DI MALAYSIA

Setakat apa yang diketahui kami, tiada bulatan seperti Bulatan Ajaib di jalan raya Malaysia. Tetapi apa yang menarik, kami berpendapat Shah Alam boleh diiktiraf sebagai bandar paling banyak bulatan di negara ini.

Di Shah Alam, hampir setiap kawasan dalam bandar raya berkenaan (dipanggil Seksyen) ada bulatan masing-masing. Boleh dikatakan, sesiapa saja yang baru datang ke ibu negeri Selangor itu akan keliru tentang di mana lokasi sebenar mereka. Tetapi mujurlah sekarang ada aplikasi telefon pintar seperti Waze dan Google Maps.

BACA >>> Kajian: Pendapat Pemandu Berpengalaman Tentang Permainan Video Terhadap Remaja

Namun, bagi penduduk Shah Alam, kewujudan banyak bulatan di bandar itu sebenarnya banyak membantu melancarkan pemanduan harian kerana mereka tidak perlu menunggu lama di lampu isyarat, kecuali di beberapa kawasan sesak tertentu. Cuma pastikan jalan clear dan terus jalan!https://static.panoramio.com/photos/original/64549997.jpg
SUMBER: Wikipedia | Wired.com

autotainment bulatan Bulatan Ajaib bulatan jalan raya England Magic Roundabout Swindon videotomotif
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Senarai 20 kereta paling berkuasa 2025
Autotainment

#TahukahAnda: Inilah 20 Kereta Paling Berkuasa 2025

06/01/2026
Sembang Deras

#TahukahAnda Malaysia Ada Kereta Api Mewah Ala Eropah?

31/12/2025
Penunggang motosikal
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Penunggang Motosikal Lebih Sihat Mental?

19/12/2025
Naik motosikal dari KL ke London
Autotainment

#ApaNakBuat: Berapa Lama Perjalanan Motosikal KL – London?

12/12/2025
Add A Comment
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 991.8K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Betul Ke Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie15/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026 Roda2
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Modenas Z15GT 2026 Auto Terkini
Auto Terkini

#Tahukah Anda: Kenapa Modenas Guna Nama Z15 GT?

By Syafie15/01/2026
Auto Terkini
Auto Terkini

Modenas Spider Ace: Ace 115 Tiga Roda untuk Kegunaan Industri?

By Syafie15/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025 Auto Terkini
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam16/01/2026
Pandu uji dan menang cabutan bertuah Chery PHEV Auto Terkini
Auto Terkini

Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!

By Syafie12/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.