Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Bukan 150cc, Tapi Modenas Bakal Perkenalkan Moped 175cc – Y15ZR & RS150R Sila Siap Sedia!
Roda2

Bukan 150cc, Tapi Modenas Bakal Perkenalkan Moped 175cc – Y15ZR & RS150R Sila Siap Sedia!

Abang GYLBy Abang GYL14/07/201715 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

moped 175cc ModenasBERITA baik !!! INI info yang baru kami terima! Berdasarkan sumber kami, projek pembangunan moped Modenas masih lagi diteruskan. Lebihmenarik, model moped Modenas berkenaan bukan lagi dipadankan dengan enjin 150cc, sebaliknya bakal dijana ‘jantung’ bersesaran 175cc.

Ya, moped Modenas akan didatangkan dengan enjin 175cc tidak lama lagi. Tambah sumber itu lagi, model moped 175cc Modenas berkenaan bakal diperkenalkan seawal tahun depan.

Beberapa foto yang dikhabarkan sebagai moped Modenas sedang dalam ujian turut sudah tersebar di laman sosial. Jadi, ini menandakan Modenas kini dalam fasa terakhir sebelum memasarkan model ini ke pasaran tempatan.

Setelah sekian lama menanti, kami rasa ini ialah berita baik buat semua peminat dua roda yang sememangnya ternanti-nanti kehadiran moped Modenas.

Sedia maklum, proses pembuatan enjin moped itu dibikin khas oleh jurutera Modenas sendiri. Seramai sembilan jurutera Modenas sudah ‘berkampung’ hampir 3 tahun di Universiti Graz, Austria untuk memastikan pembikinan enjin berjalan lancar.

BACA >>> Jika Benar Ini Moped Kawasaki 175cc, Senang-Senang Boleh ‘Tapau’ Y15ZR & RS150R

moped 175cc ModenasHARGA

Yang pasti, kehadiran moped 175cc Modenas bakal memberi saingan buat Yamaha Y15ZR, Honda RS150R dan Benelli RFS 150i.

Jika Yamaha Y15ZR dan Honda RS150R dijual pada harga sekitar RM9,000, berapa pula harga perlu diletakkan oleh Modenas?

Berdasarkan pemerhatian, kami menjangkakan model moped 175cc Modenas perlu dijual sekitar RM8,000 hingga RM9,000. Walaupun Modenas yang pertama menyatakan hasrat mahu hasilkan model moped tetapi yang terakhir memperkenalkannya, kami yakin penambahbaikan dari 150cc kepada 175cc ialah satu keputusan bijak.

Persoalannya, mampukan moped 175cc Modenas ini memikat hati anda? Bolehkah ia bersaing dengan Yamaha Y15ZR, Honda RS150R mahupun Benelli RFS 150i (walaupun masih belum ada di atas jalan)?

Sama-sama kita nantikan. Nantikan perkembangan terkini daripada PanduLaju.com.my.

BACA >>> Yamaha Y15ZR Atau Honda RS150R? Kami Ada Jawapannya…

BACA >>> Lepas 2 Minggu Bawa Modenas Pulsar RS200, Inilah Pengalaman Saya Dapat!!!

GALERI

harga moped modenas
moped 175cc Modenas
moped 150 modenas
moped 175cc Modenas

FOTO KREDIT Funtasticko.net

Benelli RFS150i harga moped modenas Honda RS150R Modenas Moped moped 150 modenas moped 175cc modenas moped modenas Yamaha Y15ZR
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Honda Vario 125 Street 2026
    Roda2

    Honda Vario 125 Street 2026 Rasmi Tiba di Malaysia – Gaya Street, Harga RM7,468

    10/04/2026
    Harley-Davidson Pan America 1250 ST 2026
    Roda2

    Harley-Davidson Pan America 1250 ST Dinobat Sport Touring Motorcycle of the Year 2026

    07/04/2026
    Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
    Auto Terkini

    Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

    04/04/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    03/04/2026

    15 Comments

    1. aku izhar on 16/07/2017 00:14

      so roadtax tak free lagi lah kan hihi

      Reply
    2. Phil NY on 18/07/2017 12:28

      Dh terbeli RS150R.. So far, sgt jimat minyak.. harap modenas dpt mnyamai RS ni kalo tak, susah ler masa konvoi.. asyik top up minyak jer..

      Reply
    3. kasut sukan on 22/07/2017 12:55

      mohon la sport rim tu lawa sikit design nye,,

      Reply
      • ABG GYL on 23/07/2017 03:30

        Ini hanya prototaip dan masih belum final. Sabar naa…

        Reply
        • Awanglokan on 12/08/2017 17:58

          Fuhhhyoo jauh tinggl ke belakng mkn asap ler yzr150 haha mujur aku xbeli. Yzr150 harap upa lawa hmpehh taik xlju

          Reply
    4. Benitolli or Betoltuli on 25/07/2017 17:43

      CC dah tinggi tu.
      Road Tax dah kena bayar…Jadi

      Torque dan Horsepower mau lebih byk dari Y15Z dan RS150R.
      Pengunaan petrol pula sama mcm Y15 n RS.

      3 tahun dok kaji moped nie kannnn….

      Reply
    5. yakuzaaa on 31/07/2017 12:53

      Mohon pihak modenas tukar lampu blkang mcam zx10rr dan muke/lampu dpan mcam zx10rr. Tyar blakang size 120/70-17 depan 90/80-17 dan gear 6 kelajuan. minyak jimat. baru meleleh air liur bebudak nk angkat moto ni…..cdangan ikhlas bro…

      Reply
      • ABG GYL on 31/07/2017 22:43

        Rilek bro. ni baru model ujian. belum final lagi. harap bersabar dan setia tunggu.

        Reply
    6. PIEDOIH on 05/12/2017 12:51

      mohon tukar design sportrim tu..hudoh sangat…

      Reply
    7. hamid on 08/01/2018 19:33

      lampu kat bawah tu tak berapa berkenan macam scooter pulak,masalh apabila nak tukar bulb lampu dan mudah hancur bila berlaku kemalangan

      Reply
    8. preve merah on 31/05/2018 14:41

      lampu depan tu awat duk bawah bro…tak cun lah..buat kat handle la..lampu depan guna led klu blh ada suis on off…lampu led ada di kepak kiri kanan moto..sebagaimana moto y15 rs150 menyala sentiasa ,enjin ada 6gear…ada kipas radiator…meter tak brp nampak mungkin pki digital..harap blh upgred lebih dr motor2 ber cc 150 sekarang..baru ramai anak muda akan beli dan majukan modenas…mana tau satu hari nanti masuk cub prix hihi

      Reply
    9. senusi b.osman on 11/08/2018 20:31

      memang berminat dgn modenas tu,tak kira 150cc atau 175cc,janji 4stroke.lagi cepat keluar lagi bagus,sebab saya masih ada kriss tahun 1998 sampai la ni

      Reply
    10. Ismail on 19/11/2018 17:42

      Bila la nk kaluar, nak suruh org support cepat lah sikit, dh tggu smpi kucing bertanduk dh ne.

      Reply
    11. jed race on 07/11/2020 13:15

      kini tinggal kenangan…. ingin ku buktikan..lala… nyanyian arwah saleem…. tinggal kenangan

      Reply
    12. Muhamad asrul on 18/06/2021 11:30

      Aku rase akan keluar…tpi menunggu saing lain upgrade cc ke 170 jgk.. kalau dia bawa keluar msa tu…ofkos yg laen akan terjejas…tgk gaya mcm kawasaki 175 tu…mmg mantap..tapi entah lah bila boleh keluar…

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    By Syafie10/04/2026
    Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
    Aksesori

    MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

    By Syafie09/04/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Moto Morini X-CAPE 700 2026
    Roda2

    Moto Morini X-CAPE 700 2026 Kini di Malaysia, Harga RM33,888

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Proton X50 2026 Quartz Black
    Roda4

    Proton X50 2026 Terima Warna Quartz Black, Gantikan Passion Red

    By Shazwan Hisam09/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    By Shazwan Hisam01/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.