Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Bugatti F.K.P. Hommage, Karya Seni Rai Prof. Dr. Ferdinand Karl Piëch, Tokoh di Sebalik Veyron
Auto Terkini

Bugatti F.K.P. Hommage, Karya Seni Rai Prof. Dr. Ferdinand Karl Piëch, Tokoh di Sebalik Veyron

Abang HirataBy Abang Hirata23/01/2026
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

DUA dekad lalu, Bugatti Veyron mengubah landskap automotif dunia. Dengan 1,001hp, kelajuan melebihi 400km/j dan tahap kemewahan yang belum pernah ditawarkan kereta berprestasi tinggi, ia mencipta satu kelas baharu iaitu hyper-GT.

Kini, Bugatti memperkenalkan F.K.P. Hommage, model kedua dalam Programme Solitaire, sebagai penghormatan kepada Veyron dan tokoh yang mewujudkannya, Prof. Dr. Ferdinand Karl Piëch.

Warisan Enjin W16 dan Visi Ferdinand Piëch

Sejarah Veyron bermula daripada lakaran ringkas enjin W oleh Ferdinand Piëch semasa beliau berada di dalam kereta api laju di Jepun di mana beliau membuat lakaran konfigurasi enjin revolusioner yang menjadi nadi kebangkitan semula Bugatti.

Sebagai Pengerusi Kumpulan Volkswagen ketika itu Piëch telah membuktikan kebijaksanaan beliau melalui pembangunan seni bina enjin VR yang unik.

Evolusi ini bermula daripada enjin VR6 yang digunakan pada model Golf kemudian berkembang kepada enjin W8 dan W12 untuk Passat serta Bentley sebelum mencapai kemuncak melalui enjin W16 dengan empat pengecas turbo.

Enjin W16 merupakan satu pencapaian kejuruteraan dari segi packaging komponen.

Melalui susunan silinder dalam konfigurasi yang pendek dan lebar unit kuasa yang biasanya berukuran satu meter panjang berjaya dimampatkan kepada 645 mm sahaja. Kelebihan ini membolehkan Veyron memiliki jarak roda yang kompak iaitu 2,700 mm.

Kecemerlangan seni bina ini, digabungkan dengan pacuan semua roda dan pengagihan berat yang hampir sempurna, melahirkan sebuah kereta hiper yang ‘budiman’ namun memiliki prestasi yang menggerunkan.

Dibina berasaskan evolusi tertinggi platform W16 Bugatti model F.K.P. Hommage menggunakan enjin 1,600 hp dengan empat pengecas turbo yang pertama kali diperkenalkan pada Chiron Super Sport iaitu jentera yang memenuhi impian kelajuan Piëch dengan mencatatkan kelajuan melebihi 482 km/j.

Ini merupakan kemuncak pembangunan W16 yang melibatkan penggunaan pengecas turbo lebih besar, sistem intercooler dipertingkat, sistem penyejukan yang dinaik taraf, serta kotak gear yang diperkukuh untuk mengendalikan tork tinggi.

Evolusi Reka Bentuk Bauhaus

Direka oleh Jozef Kabaň di bawah seliaan Hartmut Warkuß, Veyron tampil dengan profil yang lebih landai ke belakang di saat kebanyakan kereta super lain masih mengikut bentuk baji condong ke hadapan yang dipopularkan oleh Gandini.

Imejnya tampak eksklusif dan meyakinkan, sebuah jentera 1,000 kuasa kuda yang menampilkan ketenangan berbanding dramatik.

Falsafah reka bentuk yang dipengaruhi oleh gaya Bauhaus ini terbukti tidak ditelan zaman malah kekal relevan sehingga kini.

Bagi model F.K.P. Hommage reka bentuk luarannya mengalami evolusi yang teliti. Garis badan yang menurun dikekalkan namun setiap permukaan telah diperhalusi semula.

Gril ladam kuda tiga dimensi kini dihasilkan daripada blok aluminium padu yang bersambung secara organik dengan badan kereta.

Selain itu kemasan warna badan kini lebih harmoni dengan susun atur panel yang dikemas kini.

Liang pengambilan udara pada bahagian hadapan dibesarkan untuk keperluan enjin manakala salur udara ikonik di belakang kepala pemandu tetap dikekalkan.

Teknologi Cat dan Kemasan Luaran Canggih

F.K.P. Hommage menggunakan teknologi cat terkini yang jauh lebih canggih berbanding 20 tahun lalu.

Bahagian luarannya menggunakan warna merah khas dengan teknik lapisan kompleks yang melibatkan lapisan perak berasaskan aluminium di bawah lapisan jernih berwarna merah.

Teknik ini menghasilkan kesan kedalaman tiga dimensi yang sangat jelas.

Sebagai kontras Bugatti menggunakan gentian karbon terdedah yang diberikan pigmen hitam sebanyak 10 peratus pada lapisan jernih.

Ini memberikan kesan visual dan tekstur yang lebih mewah berbanding penggunaan cat hitam biasa.

Ruang Dalaman dan Kerjasama Eksklusif

Ruang dalaman F.K.P. Hommage mengalami perubahan besar berbanding model Bugatti moden yang lain.

Ia dilengkapi stereng bulat dengan karakter Bauhaus serta konsol tengah yang dimesin daripada blok aluminium padu.

Penggunaan fabrik Custom Car Couture yang ditenun khas di Paris merupakan kemajuan terbaru dalam aspek pemperibadian ruang dalaman yang sebelum ini hanya didominasi oleh bahan kulit pada model Veyron asal.

Satu ciri yang paling menonjol pada papan pemuka ialah jam tangan Audemars Piguet Royal Oak Tourbillon bersaiz 41 mm.

Jam ini dipasang atas permintaan pemilik mengikut spesifikasi Programme Solitaire.

Jam tersebut diletakkan pada panel dengan kemasan gilapan berpusing yang diinspirasikan daripada kepala silinder enjin lapan silinder sebaris asal Ettore Bugatti.

Mekanisme jam ini berfungsi secara automatik melalui pergerakan kereta tanpa memerlukan sebarang sambungan elektrik.

Karya Seni Programme Solitaire

F.K.P. Hommage merupakan karya seni kedua Programme Solitaire, sebuah inisiatif eksklusif Bugatti yang hanya menghasilkan dua karya agung tempahan khas setahun.

Seperti projek Solitaire lain, jentera ini membayangkan semula reka bentuk badan dan perincian dalaman sepenuhnya bagi meraikan warisan Bugatti.

Bugatti Bugatti F.K.P. Hommage Ferdinand Karl Piëch Prof. Dr. Ferdinand Karl Piëch
Abang Hirata

Artikel Berkaitan

Pemegang lesen memandu yang tamat tiga tahun tidak layak mendapat subsidi RON95
Auto Terkini

Tiada Lagi Bukti Perjalanan Luar Negara untuk Lesen Memandu Fizikal, Caj RM20 Bermula Esok

22/01/2026
Auto Terkini

LEPAS Umum Perluas Rangkaian di Malaysia, Sasar Debut Pasaran Separuh Pertama 2026

22/01/2026
Pengendali bas di Malaysia
Auto Terkini

APAD Bangunkan Pangkalan Data Lebih 60k Pengendali Bas, Lori

22/01/2026
Auto Terkini

MOT Cadang Tiga Pusat Beli Belah Jadi Hab Bas Ekspres KL-Singapura

22/01/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/20261
Modenas Spider Ace 115 Tiga Roda
Roda2

Modenas Spider Ace 115: daripada Kapcai Standard Jadi Tiga Roda

By Syafie19/01/20261
Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama ‘Z15GT’?

By Syafie19/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Benarkah Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie19/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Auto Terkini

Kawasaki Brusky 125 ‘Kembar’ Modenas Karisma 125 Terjual 17,000 Unit di Filipina

By Syafie15/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam19/01/2026
Auto Terkini

OMODA & JAECOO Malaysia Belanja Ang Pow Hingga RM18,888, Siap Servis Percuma 5 Tahun!

By Han Othman15/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.