Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Bugatti Brouillard 2026, Model One-Off ‘Programme Solitaire’
Roda4

Bugatti Brouillard 2026, Model One-Off ‘Programme Solitaire’

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam08/08/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Bugatti Brouillard 2025

BUGATTI tampil sebaris dengan Ferrari dan Lamborghini menerusi pengenalan perkhidmatan khas tempahan peribadi, dikenali ‘Programme Solitaire’.

Melalui program itu, pemilik Bugatti boleh merekabentuk jentera unik mereka mengikut cita rasa sendiri, dan hasil pertama yang ditampilkan itu ialah model one-off luar biasa dinamakan Bugatti Brouillard.

Inspirasi Warisan Coachbuilding Bugatti

Bugatti Brouillard
Bugatti Brouillard

‘Programme Solitaire’ diilhamkan daripada era coachbuilding awal abad ke-20, yang mana pengeluar kereta bekerjasama dengan pembina (builder) khas bagi menghasilkan kereta ikonik. Dalam sejarah Bugatti, pendekatan itu melahirkan model legenda seperti Type 57 SC Atlantic.

Setiap unit Solitaire akan menjadi unik dan tiada tandingan, dengan tahap ketelitian yang tiada pada mana-mana ciptaan automotif lain.” – Hendrik Malinowski, Pengarah Urusan Bugatti.

Program itu hanya dibuka dua kali setahun kepada pelanggan setia Bugatti yang menjadikan setiap model dihasilkan benar-benar eksklusif.

Mengapa Brouillard?

Nama Brouillard (foto atas kanan) diambil sempena nama kuda kesayangan pengasas Bugatti, Ettore Bugatti (foto atas kiri). Kuda putih itu terkenal dengan kelajuan, keanggunan dan gaya menawan yang kini diterjemah terus ke dalam rekaan dan prestasi jentera tersebut.

Enjin W16 Masih Wujud

Bugatti Brouillard
Bugatti Brouillard

Brouillard diasaskan daripada platform Bugatti, dijana enjin W16 dengan empat turbo yang menghasilkan output kuasa 1,622hp. Ia bukan sekadar pantas, tetapi simbol prestasi tertinggi dalam dunia kereta hiper.

Bahagian bawah kereta direka lebih gelap bagi memberikan efek visual lebih ringan di bahagian atas dan menjadikan roda tampak lebih besar. Elemen aerodinamik seperti saluran udara dan spoiler ekor itik (fixed ducktail spoiler) yang bukan saja menambah gaya, tetapi mengekalkan kestabilan pada halaju tinggi.

Kabin Eksklusif: dari Paris ke Dunia

Bugatti Brouillard
Bugatti Brouillard

Masuk ke kabin, Brouillard dimeriahkan cahaya dari bumbung kaca sepenuhnya, disusuli padanan fabrik tartan dari Paris dan gentian karbon kehijauan.

Butiran seperti sulaman motif kuda pada panel pintu dan kerusi belakang memperkukuh identiti unik model itu. Tumpuan utama ialah tombol gear aluminium yang disepadu dengan kaca kristal bertatah seni.

Siapa Pemilik?

Bugatti tidak mendedahkan nama pemilik Brouillard, tetapi mendedahkan individu itu ialah pengumpul tegar barangan Bugatti, termasuk perabot ciptaan Carlo Bugatti dan arca gangsa Rembrandt Bugatti. Rekabentuk Brouillard dikatakan sebagai tribut kepada seluruh warisan famili Bugatti, bukan sekadar jenama automotif.

SUMBER: Driven.site

Bugatti Brouillard
Bugatti Brouillard
Bugatti Brouillard
Bugatti Brouillard
Bugatti Brouillard
Bugatti Brouillard
Bugatti Brouillard
Bugatti Brouillard
Bugatti Brouillard
Bugatti Brouillard
Bugatti Brouillard
Bugatti Brouillard
Bugatti Brouillard
Bugatti Brouillard
Bugatti Brouillard
Bugatti Brouillard
Bugatti Brouillard
Bugatti Brouillard
Auto Terkini Bugatti Bugatti Brouillard Bugatti Brouillard 2026 hypercar Kereta Hiper Roda4
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Opel Bekerjasama Dengan Leapmotor Untuk SUV Baharu!

    09/05/2026
    HEV

    Toyota Yaris Cross Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    08/05/2026
    Aksesori

    Bridgestone Lancar Potenza Adrenalin RE005 di Malaysia, Harga Mula RM351!

    08/05/2026
    Auto Terkini

    Lexus TZ, BEV Berkotak Dengan 3 Baris Kerusi, Jarak 530 km

    08/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

    By Han Othman06/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    Auto Terkini

    MyJPJ Guna MyDigital ID Sepenuhnya Bermula 1 Mei 2026

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026: Festival Automotif Terbesar Kembali dengan Tawaran Hebat, Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    Roda2

    EZI RAY 01 Lancar Di Malaysia – Harga Serendah RM2,288 Dengan Rebat Mforce.Cas

    By Shazwan Hisam30/04/2026
    Roda4

    Jetour T1 Kini Dibuka untuk Tempahan, Dua Varian Tersedia, Harga Mula RM143,800!

    By Syafie30/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    IONIQ 5 N, IONIQ 6 N Buka Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM450k, RM460k

    By Syafie06/05/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.