Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Boon Siew Honda Lancar Cafe Racer Moden, Honda CB1000R (2018) Esok?
Auto Terkini

Boon Siew Honda Lancar Cafe Racer Moden, Honda CB1000R (2018) Esok?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju23/06/20181 Comment
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KEPADA peminat cafe racer moden, ini berita baik buat anda. Boon Siew Honda (BSH) bakal melancarkan dua model baharu di bawah Honda Big Wing dan berdasarkan risikan kami, model itu pernah dipamerkan pada Pameran Auto Malaysia (Malaysia Autoshow) 2018, baru-baru ini.

Berdasarkan petunjuk baharu itu, model tersebut ialah cafe racer CB1000R (2018), manakala satu model lagi belum diketahui. Menurut sumber, model berkenaan ialah jentera bawah 500cc dan setakat artikel ini disiarkan, spy kami masih belum menerima sebarang butiran lengkap.

Adakah CB250R atau siri 500? Sama-sama kita nantikan.

BACA >>> Honda Pratonton 3 Model 2018: X-ADV, Africa Twin dan CB1000R [Foto + Spesifikasi Asas]

Sebelum itu, mari kita lihat dulu maklumat ringkas CB1000R (2018) yang dijangka diperkenalkan esok.

1. Bahagian enjin 998cc DOHC 4-silinder ditala bagi mendapatkan 16 peratus tambahan kuasa puncak pada rev 10,000rpm dan 5 peratus tork pada julat pertengahan.

2. Walaupun layout enjin ialah sama seperti CBR1000RR Fireblade, tetapi enjin CB1000R dikemas kini bagi  mendapatkan kuasa 107kW (143hp) pada 10,500rpm dan tork 104Nm (8,250rpm), berbanding model sedia ada, 92kW (123hp) pada 10,000rpm dan 99Nm (7,750rpm).

3. Saiz gerek dan lejang masih sama, cuma nisbah mampatan meningkat 0.4 kepada 11.6:1. Penambahbaikan menumpukan peningkatan pengaliran minyak keluar-masuk pada kepala silinder.

2. Pengurangan nisbah gear 4 peratus penting supaya ekstrak pecutan lebih cepat antara kelajuan 30-130kmj. Tidak ketinggalan klac bantuan/gelincir bagi operasi penukaran gear lebih lancar.

4. CB1000R (2018) lebih ringan 12kg, menyumbang 20 peratus penambahbaikan nisbah kuasa kepada berat (power-to-weight). Nisbah agihan berat depan 48.5 peratus dan belakang 51.5 peratus, manakala rekabentuk kecil menawarkan posisi tunggangan santai.

5. Dibangunkan berasaskan frem keluli mono backbone yang menggunakan plat pivot aluminium dengan mengurangkan berat jentera 2.5kg.

6. Jarak roda CB1000R lebih panjang 10mm dengan padanan posisi bar hendal lebih lebar 12mm dan tinggi (13mm). Bahagian pelana juga ditingkatkan menjadi 830mm (+5mm).

7. Ciri Throttle By Wire (TBW) membolehkan penunggang mengawal sepenuhnya kuasa enjin menerusi 3 mod tunggangan: RAIN, SPORT dan STANDARD bersama mod USER (dipilih menerusi butang sebelah kiri hendal). Terdapat tiga peringkat iaitu Kuasa Enjin (Engine Power – P), Brek Enjin (Engine Brake – EB) dan Kawalan Tork Pilihan Honda (Honda Selectable Torque Control – HSTC).

8. Mod RAIN: Tetapan P ditala rendah, EB (medium) dan HSTC (tinggi). Kuasa dan tork rendah difokuskan kepada tiga gear pertama. Mod SPORT menggunakan P (tinggi) dan EB (rendah) dan HSTC (rendah) bagi menghantar 100 peratus kuasa pada keseluruhan enam gear, tork maksimum pada semua posisi terotel dan penglibatan minor HSTC.

9. Mod USER membolehkan penunggang memilih tiga tetapan dalam setiap parameter dan disimpan untuk kegunaan akan datang.

10. Maklumat lain tersedia ialah indikator shift-up di bahagian atas kanan papan pemuka yang berkedip apabila rpm melebihi nilai tetapan atau memaparkan warna kuning-amber-merah jambu sebagai makluman kepada penunggang supaya menukar gear. Maklumat lain yang ada ialah indikator ECO, posisi gear dan mod tunggangan.

11. Enjin baharu itu dikatakan mampu memberikan penjimatan bahan api 17.2 km setiap liter, iaitu lebih baik berbanding sebelumnya.

HONDA ‘CB1000R+’

Honda tidak ketinggalan menawarkan versi CB1000R+ yang disediakan dengan aksesori kilang termasuk hendal dengan ciri pemanas, panel fender depan aluminium, hugger atau madgad belakang aluminium, flyscreen dengan aluminium, kowl pelana tunggal dengan kemasan aluminium, gril radiator dan logo  CB1000R serta Quick Shifter.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Itu ‘Quick Shifter’ untuk Motosikal?

Tidak ketinggalan aksesori premium untuk menyerlahkan gaya sport naked, termasuk visor meter dan kowl pelana metalik, panel fender depan, hugger dan gril radiator.

SPESIFIKASI

ENJIN: Penyejukan cecair, DOHC sebaris, 4-silinder
SESARAN: 998cc
GEREK x LEJANG: 75mm x 56.5mm
NISBAH MAMPATAN: 11.6:1
KUASA MAKSIMUM: 107kW @ 10,500rpm
TORK MAKSIMUM: 104Nm @ 8,250rpm
SAIZ TANGKI MINYAK: 16.2L
KECEKAPAN BAHAN API: 17.2km/litre
JENIS KLAC: Basah, klac multiplat
TRANSMISI: 6-kelajuan
DIMENSI PxLxT: 2120mm x 789mm x 1090mm
JARAK RODA: 1455mm
SUDUT CASTER: 25 degrees
TRAIL: 100mm
TINGGI PELANA: 830mm
JARAK KELEGAAN TANAH:135mm
BERAT: 212kg
SUSPENSI DEPAN: Fork USD SFF-BP Showa
SUSPENSI BELAKANG: Pressurised Seperation Type
SAIZ RODA DEPAN: 120/70 ZR17
SAIZ RODA BELAKANG: 190/55 ZR17
BREK DEPAN: Cakera berganda 310mm
BREK BELAKANG: Cakera tunggal 256mm

GALERI
Boon Siew Honda Boon Siew Honda (BSH) Cafe racer Honda Honda Big Wing Honda CB1000R
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Porsche 911 Carrera Cabriolet Reimagined by Singer
Bikin Auto

#BikinKereta: Porsche 911 Carrera Cabriolet Reimagined by Singer dengan Enjin NA 4.0L Flat-Six

14/02/2026
Kia Seltos 2026
Roda4

Kia Seltos 2026 Serba Baharu Umum Harga di India, Bermula RM47k

13/02/2026
Lepas L4 dikesan menjalani penggambaran video promosi
Auto Terkini

Lepas L4 Tiba di Malaysia, Bakal Lancar Tidak Lama Lagi!

13/02/2026
Ducati Formula 73 2026
Roda2

Ducati Formula 73 – Cafe Racer Edisi Terhad 873 Unit Sempena Ulang Tahun ke-100!

13/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Roda2

Brixton Storr 500 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM29,888

By Syafie11/02/2026
Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
Auto Terkini

Proton e.MAS 5 Tembus Lima Terbaik Kereta Paling Laris Januari 2026

By Syafie11/02/2026
Auto Terkini

Yamaha PG-1 2026 Tampil Warna Baharu, Harga Kekal RM6,998

By Shazwan Hisam11/02/2026
Ducati Formula 73 2026
Roda2

Ducati Formula 73 – Cafe Racer Edisi Terhad 873 Unit Sempena Ulang Tahun ke-100!

By Abang Hirata13/02/2026
Wmotot Island 150i dan Hawk 200i lancar di Malaysia
Roda2

WMoto Island 150, Hawk 200i Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM6,688

By Syafie12/02/2026
Auto Terkini

Honda Malaysia Sasar 60,000 Unit, Lancar Enam Model Baharu Tahun 2026

By Shazwan Hisam11/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.