Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#TahukahAnda: Abang Drebar Bas Rapid vs Geng Kayuh, Bolehkah Berbasikal di Jalan Raya?
Autotainment

#TahukahAnda: Abang Drebar Bas Rapid vs Geng Kayuh, Bolehkah Berbasikal di Jalan Raya?

SyafieBy Syafie08/07/2025
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Berbasikal di jalan raya
ISU keselamatan dan peraturan penunggang basikal di jalan raya sekali lagi menjadi perhatian selepas tular satu video sekumpulan pengayuh basikal didakwa menghalang laluan Bas Perantara MRT di KM23, Jalan Kuala Selangor-Kuala Lumpur, menghala Sungai Buloh.

Insiden berlaku sekitar jam 9.35 pagi pada Ahad lalu itu, menyebabkan pemandu bas terpaksa menghentikan kenderaan dan menegur penunggang yang dikatakan menunggang secara berkumpulan di lorong kiri jalan raya.

Pemandu bas sengaja nak langgar geng basikal.

🎥 slmanfrish

Aku lebih percaya driver bas tu dari geng² basikal yg acah² hebat.😀😀😀 pic.twitter.com/7qdBvepBpr

— hfzrzk (@hrfuturesnq) July 7, 2025

Polis Siasat, Penunggang Dicari

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Azaharudin Tajudin mengesahkan siasatan sedang dijalankan di bawah Peraturan 42(3), Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 kerana kesalahan menunggang secara bersaing di jalan raya.

Tiada kemalangan berlaku, tetapi tindakan menunggang secara berkumpulan hingga menghalang laluan kenderaan lain boleh membahayakan semua pengguna jalan raya,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan IPD Kuala Selangor (03-3289 1222) atau mana-mana balai polis berhampiran.

Rapid Bus Beri Penjelasan

Pihak Rapid Bus Sdn Bhd turut mengesahkan insiden melibatkan Bas Perantara MRT yang mana isu bermula apabila pemandu bas berkenaan sukar memandu kerana sekumpulan penunggang basikal menunggang di depan dan memasuki lorong kiri.

Teguran pemandu mencetuskan sedikit pertelingkahan, tetapi keadaan dapat dikawal selepas seorang pegawai JPJ yang kebetulan lalu di lokasi tampil menenangkan situasi,” menurut kenyataan rasmi Rapid Bus.

Pemandu bas berkenaan juga sudah menjalani sesi kaunseling bagi membantu beliau menguruskan insiden serupa dengan lebih berhemah pada masa depan.

Jadi, Bolehkah Kayuh Basikal di Jalan Raya?

Umumnya, penunggang basikal dibenarkan berada di jalan raya, tetapi tetapi tertakluk kepada undang-undang dan perlu:

  • Menunggang dalam satu barisan
  • Tidak memasuki lorong kenderaan berat atau menghalang trafik
  • Memakai peralatan keselamatan seperti topi keledar dan lampu belakang
  • Patuh peraturan lalu lintas seperti kenderaan lain

Apa dilarang adalah menunggang berkumpulan secara bersaing, mengganggu aliran trafik atau melakukan aksi berbahaya.

Hormat-Menghormati di Jalan Raya

Insiden tersebut membuktikan keselamatan jalan raya bukan hanya tanggungjawab pemandu kenderaan, tetapi juga penunggang basikal, motosikal dan semua pengguna lain.

Rapid Bus turut mengingatkan semua pihak supaya:

  • Elak situasi berbahaya atau provokatif
  • Fahami hak masing-masing sebagai pengguna jalan
  • Beri ruang dan hormati satu sama lain demi keselamatan bersama

SUMBER: AstroAwani | SinarHarian

Aktiviti Berbasikal Auto Terkini Bas Perantara MRT basikal Berbasikal di Jalan Raya isu viral Rapid Bus Sdn Bhd tahukah anda
Syafie

Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

Artikel Berkaitan

Hakim Danish
Sukan Permotoran

#Moto32026: Jentera Hakim Danish Nyaris Terbabas di GP Thailand

27/02/2026
Leapmotor C10 PLUS Night Edition 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Leapmotor C10 PLUS, C10 PLUS ‘Night Edition’ Rasmi Lancar, Harga Mula RM148k!

01/03/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Stesen minyak Petron
Auto Terkini

Petron Malaysia Catat Untung Bersih RM246 Juta Sepanjang 2025

01/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.