• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Bocor Imej Lakaran CBR250RR Facelift dengan Enjin V

Bocor Imej Lakaran CBR250RR Facelift dengan Enjin V

January 27, 2020 By AI 1 Comment

2.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEJAK seminggu lalu, artikel mengenai sportbike suku liter memang rancak diperkatakan peminat dan media permotoran dua roda. Bermula Kawasaki ZX-25R yang dikatakan sudah memasuki barisan pengeluaran hinggalah CBR250RR versi dipertingkat (facelift) yang akan muncul tidak lama lagi.

Terkini, muncul pula imej lakaran CBR250RR yang dikatakan akan menggunakan enjin V. Gambar didedahkan KojintekiBikeMatome itu membuatkan ramai peminat sportbike segmen itu jadi tidak keruan. Mungkin lakaran tersebut mendedahkan yang CBR250RR baharu nanti akan dipacukan enjin V, V-Twin atau V-Four?

BACA >>> Kawasaki ZX-25R Sudah Masuk Kilang?

Imej itu dilakarkan Kenji Kawai dan Takeshi Futamata yang juga perekabentuk  sportbike Honda itu asalnya  menggunakan platform enjin V.

Ini lakaran awal yang saya buat dan cuba gunakan pelbagai frem. Saya mahu guna enjin jenis V kerana hendak buatkan bentuk jentera lebih langsing."

CBR250RR sedia ada
HONDA cbr250rr

Jadi, memang sah CBR250RR asalnya menggunakan konfigurasi enjin V. Namun, lakaran itu cuma dalam bentuk konsep sahaja. Sebelum ini Honda pernah ditanya kenapa memilih enjin dwi-silinder sebaris, dan bukan V-Twin atau 4-silinder. Jawapannya, enjin dwi-silinder nyata kompak, ringan dan cekap.

Disebabkan itulah produk akhir Honda CBR250RR adalah seperti yang dilihat di pasaran Indonesia, Thailand dan Jepun. Jadi jangan tertipu, lakaran anda lihat itu cuma imej awal pengembangan CBR250RR yang menggunakan enjin V dan bukan calon pesaing Ninja ZX-25R dengan enjin 4-silinder 😀.

Adakah Honda nanti akan memperkenalkan lawan sebenar kepada model Kawasaki itu?

BACA >>> #Spyshot: Bocor Foto Honda CBR250RR (2020) Facelift dengan Klac A&S

Artikel Berkaitan

2.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Boon Siew Honda (BSH), Honda, Honda CBR250RR, Honda CBR250RR (2020) Facelift, Kawasaki, Kawasaki Motors Malaysia (KMM), Kawasaki ZX-25R, Kenji Kawai, lakaran, lakaran awal, Render, roda2, sportbike, sportbike 250cc, Sportbike Suku Liter, Takeshi Futamata

Comments

  1. Jan says

    January 27, 2020 at 11:53 AM

    bukankah motor 250cc 4 silinder telah dibuktikan tak laku pada suatu masa dulu? tapi boleh jadi kerana pada waktu itu harganya dianggap terlalu mahal dibandingkan dengan motor2 2 lejang.

    tapi saya tak rasa motor 250cc 4 silinder boleh dijual dibawah RM30,000, itupun kurang berbaloi jika kuasa maksimum yang dihasilkan tidak melebihi 50 kuasa kuda.

    Yamaha R25 dengan blok R3 boleh mencapai lebih 40 kuasa kuda, dengan modal tak sampai Rm6000.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Proton X30 Buka Tempahan, Harga Anggaran RM65k! (Jangan Percaya, Dah 2 April Daa...)
    Proton X30 Buka Tempahan, Harga Anggaran RM65k! (Jangan Percaya, Dah 2 April Daa...)
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Motosikal Susah Nak Hidup? Periksa Dulu 6 Komponen Ini!
    #TahukahAnda: Motosikal Susah Nak Hidup? Periksa Dulu 6 Komponen Ini!
  • #TahukahAnda: 4 Tanda Enjin Kereta Anda Mungkin Kena 'Overhaul'
    #TahukahAnda: 4 Tanda Enjin Kereta Anda Mungkin Kena 'Overhaul'

PANDU UJI

#TunggangUji: Modenas Pulsar RS200 (2021) yang Mesra Penunggang Amatur

SELEPAS melancarkan Pulsar RS200 (2021) edisi naik taraf ke pasaran, … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa yang Best, Tak Best Pasal Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan?

APABILA berbicara tentang Mercedes A-Series, perkara pertama terlintas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my