Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»MOTO: BMW R Nine T & S1000 R
Roda2

MOTO: BMW R Nine T & S1000 R

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju06/05/2014
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

BMW 07

SEMPENA meraikan 90 tahun BMW Motorrad, BMW Group Malaysia memperkenalkan model BMW R NineT dan BMW S1000 R baharu. Menerusi rekabentuk klasik, minimalis dan fokus terperinci terhadap aspek teknikal, bentuk badan BMW R NineT mencetuskan hubungan emosional manusia-mesin selain memiliki memiliki gaya definitif dan ciri teknikal tercanggih.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) BMW Group Malaysia, Dr Gerhard Pils berkata, BMW R NineT baharu adalah motosikal roadster klasik buatan BMW Motorrad untuk memenuhi kehendak peminat tegar motosikal yang mahukan keseronokan tunggangan.

“Ketika membangunkan  BMW R NineT, istilah ‘kesederhanaan sejati’ dan ’emosi’ sentiasa dalam senarai  teratas. Kami bangga memperkenalkan model roadster klasik. Ia intisari gaya dan ekspresi sempurna untuk mereka yang inginkan keterujaan,” katanya.

BMW R NINE T

BMW R NineT baharu menampilkan tema gaya klasik dan moden bersama kemasan berkualiti tinggi. Sekali pandang, kematangan dan keseimbangan motosikal ini dapat dilihat jelas menerusi lampu utama bulat dipasang menegak yang menjadi fokus utama siluet hadapan.

BMW 04 BMW 08

Bentuk klasik enjin boxer  memberikan garis keseluruhan kemas BMW R NineT. Kluster instrumen, membariskan dua unit speedometer klasik bulat dan tolok kaunter rev (rev counter gauges) disepadukan dengan harmoni bersama rekabentuk hadapan. Melihat kiri jentera, terserlah sistem ekzos dengan dua unit peredam menerusi paip tahan karat.

BMW R Nine T masih mengekalkan enjin boxer dwi silinder longitudinal yang sinonim dengan motosikal keluaran BMW sejak 90 tahun lalu. Bermula debut motosikal pertama, BMW R 32 (1932), enjin boxer BMW Motorrad cukup dikenali dengan ciri lasak, hantaran tork mengagumkan dan deruman ekzos tiada tanding.

Nadi BMW R NineT dijana enjin boxer bersesaran 1,170cc dengan sistem penyejukan udara yang mampu menawarkan kuasa 110hp pada 7,550rpm dan tork 119 Nm (6,000-8,500pm). Dengan pilihan warna hitam klasik (Black Storm Metallic), BMW R NineT dijual pada harga RM115,800, tidak termasuk insurans.

BMW S 1000 R

Serentak pelancaran sama, BMW Motorrad turut memperkenalkan jentera roadster prestasi tinggi, BMW S 1000 R berharga RM95,800. Walaupun sering dikaitkan dengan model abang, ‘RR’ (2009), jentera naked ini ditala untuk tunggangan harian dan sporty atas laluan terbuka selain lebih kemas berbanding si abang.

Personaliti sport BMW S 1000 R dapat dikenali melalui postur hadapan rendah dan belakang tinggi. Rekaan ini membuatkan roadster ini bergaya agresif dan dinamik. Bermula pandangan hadapan, motosikal ini menampilkan lampu utama sporty , bar hendal alunimium panjang dan tirus serta pendakap apit yang membolehkan penunggang menunggang dalam postur badan tenang.

Hasilnya, BMW S 1000 R menawarkan posisi tunggangan lebih bersemangat atas laluan terbuka, termasuk selesa meredah perjalanan jarak jauh.

Dalaman BMW S 1000 R dilengkapi kluster instrumen multifungsi, terdiri paparan LC dan meter rev analog yang mudah dibaca. Ia  memaparkan posisi gear terkini dan pilihan mod tunggangan. Pelbagai fungsi BMW S 1000 R turut membolehkan penunggang menukar paparan kepada mod atas trek untuk melihat maklumat terperinci seperti catatan masa terkini, terbaik atau masa yang diambil ketika pusingan terakhir.

BMW 06 BMW 05

Melengkapkan personaliti sporty dan dinamik  roadster sport, tiga skim warna berbeza ditawarkan. Warna merah (Racing Red) bukan metalik memberikan BMW S 1000 R penampilan agresif dan sporty bersama logo ‘R’ di tangki minyak.

Sebagai roadster prestasi tinggi, BMW S 1000 R dikuasakan enjin 4-silinder sebaris bersesaran 999cc, sama seperti BMW S 1000 RR yang mampu menjana kuasa maksimum 160hp pada 11,000rpm dan tork 112Nm (9,250rpm). Pemanduan menyeronokkan dapat lebih dirasai dengan memilih dua mod prestasi Riding Pro, iaitu  Dynamic dan Dynamic Pro.

Persona dinamik BMW S 1000 R terus diserlahkan melalui gaya roda. Sama seperti BMW S 1000 RR, jentera ini menggunakan rim aluminium tuangan terap (die cast) 10 jejari bersaiz 120/70 ZR17 di hadapan dan 190/55 ZR17 (belakang). Bagi mendapatkan rekabentuk paling ringan, brek cakera pada roadster ini tidak dipasang berasingan, sebaliknya dipasang terus pada hab roda.

Sekiranya anda sedang mencari motosikal berkuasa tinggi, mungkin kedua-dua jentera ini boleh dimasukkan dalam senarai pilihan anda.

90 tahun BMW BMW Group Malaysia BMW Malaysia BMW R nineT BMW S1000 R BMW S1000 RR Dr. Gerhard Pils klasik RR
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    16/07/2026
    Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
    Auto Terkini

    Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.