Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»BMW X5 Silver Anniversary Edition (Bukan Black Edition), Rai 25 Tahun X5!
Auto Terkini

BMW X5 Silver Anniversary Edition (Bukan Black Edition), Rai 25 Tahun X5!

Abang HirataBy Abang Hirata24/06/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Pengeluar kereta tampil menawarkan model trim gelap dengan nama umum Black Edition atau beberapa lagi nama lain. BMW misalnya memperkenalkan 530i M Sport Dark Shadow Edition di pasaran tempatan pada 2020.

Ini pula tawaran terbaru dari BMW, bukan trim gelap mahupun untuk pasaran tempatan iaitu X5 Silver Anniversary Edition buat pengguna di Amerika Syarikat.

‘Edisi perak’ ini istimewa kerana mengingati sejarah lebih dua dekad atau lebih tepat lagi sempena jubli perak. Unit pertama BMW X5 keluar dari barisan pengeluaran kilang BMW Group Spartanburg di South Carolina pada 1 September 1999.

Sejak itu, hampir tiga juta X5 dipasang di Spartanburg untuk pasaran di serata dunia. Bukan kenderaan utiliti sukan, BMW mewujudkan segmen Sports Activity Vehicle dan edisi isimewa ini menekankan aspek Activity.

Menggunakan X5 xDrive40i (2025) sebagai asas, edisi ini tampil dengan ciri-ciri istimewa. X5 xDrive40i digerakkan enjin 3.0 liter BMW TwinPower Turbo 6 silinder dan kotak gear automatik lapan kelajuan Steptronic.

Enjin menghasilkan 375hp dari 5,200 sehingga 6,250 rpm dan tork 519Nm dari 1,850 sehingga 5,000 rpm dan boleh ditingkatkan sehingga 540Nm melalui input sistem mild-hybrid.

Ciri-ciri BMW X5 Silver Anniversary Edition:

  • Gandingan gayaan Sport dan M Sport Design.
  • Extended Shadowline Trim – Warna gelap pada sekeliling tingkap, rel bumbung, liang udara fender dan gril buah pinggang bercahaya.
  • Lampu gelap Shadowline light depan dan belakang.
  • Rim 20 inci M Star dua warna.
  • Panel kerangka sisi aluminium dari Sport Design untuk gaya off-road.
  • Kerusi sport dengan pilihan Hitam, Kopi, Silverstone Sensafin.
  • Trim Carbon Fiber pada konsol tengah dan papan pemuka.
  • BMW Head-Up Display dan navigasi BMW Maps dengan paparan realiti terimbuh (AR).
  • Plak Silver Anniversary Edition pada konsol tengah.
  • Fungsi pemanas pada kerusi depan, perehat tangan dan stereng.
  • Penghidup enjin kawalan jauh.
  • Penyangkut treler.
  • Sistem bunyi Harman-Kardon Surround.
  • Pakej Bantuan Parkir.

Ciri standard BMW xOffroad Package:

  • Mod xSnow, xSand, xGravel dan xRocks – Melaras ketinggian, strategi penukaran gear, pemetaan pendikit, kawalan cengkaman dan beberapa ciri lain.
  • Suspensi udara 2-gandar untuk menambah ketinggian.
  • Diferensial belakang mekanikal.
  • Plet pelindungan bawah badan.
  • Paparan xOffroad View pada skrin tengah untuk maklumat pelepasan permukaan bawah, kecenderungan olengan dan sudut atau darjah permukaan bumi.
  • Kamera xOffroad menyediakan pandangan permukaan bumi dari semua sudut di luar kereta pada kelajuan di bawah 35 kmj.
  • Diskaun untuk tayar General Grabber All-Terrain.
  • Sistem rak bumbung, pelapik ruang bagasi BMW dan pelapik lantai semua cuaca BMW.

BMW X5 Silver Anniversary Edition 2025 bakal dikeluarkan sebanyak 1,000 buah sahaja bermula Ogos 2024. Harga (MSRP) yang ditawarkan ialah AS$79,900 (RM376,457).

Kepada yang mahukan X5 baharu, BMW telah melancarkannya di pasaran tempatan pada Januari lalu dalam varian tunggal xDrive50e M Sport.

Model hibrid plug-in itu boleh dipandu menggunakan kuasa elektrik sehingga 110 kilometer.

BMW BMW X5 BMW X5 Silver Anniversary Edition
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Hap Seng Star Sambut 140 Tahun Mercedes-Benz Dengan Acara Istimewa Hujung Minggu Ini

    08/04/2026
    Auto Terkini

    Selangor Laksana BDR Tiga Hari Seminggu Mulai 15 April

    07/04/2026
    Aksesori

    Honda ZR-V 2026 dengan kit Mugen!

    07/04/2026
    Aerotrain KLIA kembali operasi 1 Julai 2025
    Auto Terkini

    Sambungan KLIA Terminal 1, 2 Dijangka Bermula Tahun Ini

    07/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Klang Didakwa Bawah Seksyen 302, Berdepan Hukuman Mati

    By Han Othman01/04/2026
    Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
    Auto Terkini

    Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

    By Shazwan Hisam03/04/2026
    Yamaha Tenere 700 2026
    Roda2

    HLYM Lancar Yamaha Tenere 700 2026 Baharu, Harga RM58,998

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Chear Motorrad rasmi membuka bilik pameran, jualan dan servis baharu motosikal BMW di Shah Alam.
    Auto Terkini

    Chear Motorrad Shah Alam Rasmi Buka – Bilik Pameran Motosikal BMW Serba Lengkap

    By Shazwan Hisam04/04/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Ford Ranger Super Duty – 209 Horsepower, Harga Hampir RM200k di Thailand

    By Shazwan Hisam01/04/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    SUV EV Toyota Urban Cruiser 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM197,480

    By Syafie05/04/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.