Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»BMW Tayang Prototaip BMW R 120 GS Tunggang Sendiri
Roda2

BMW Tayang Prototaip BMW R 120 GS Tunggang Sendiri

AryonBy Aryon17/01/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MENUNGGANG sebuah motosikal advencer seberat 300kg bukan mudah. Jadi apa saja bantuan sangat diperlukan jika itu mampu memudahkan urusan mengekang ‘kuda besar’ itu.

Inilah apa dilakukan BMW Motorrad sejak tiga tahun lalu, iaitu menghasilkan teknologi bantuan penunggang yang serba sofistikated dan secara praktikal membolehkan motosikal itu ditunggang dan diseimbangkan sendiri. Lihatlah video BMW yang sebenarnya sudah tular di kalangan netizen Barat sejak November tahun lalu.

BACA >>> #EICMA2017: 5 Motosikal Advencer Terbaik

Kemudian pada Pameran Elektronik Pelanggan (CES) 2019 di Las Vegas, Amerika Syarikat (AS) yang baru saja berakhir 11 Januari lalu, BMW Motorrad sekali lagi melakukan demonstrasi prototaip BMW R 1200 GS, termasuk menjelaskan tentang fungsi motosikal tunggang sendiri itu.

Naib Presiden BMW Motorrad Amerika Utara, Michael Peyton berkata, motosikal tersebut menggunakan teknologi giroskopik.

“Ia menggunakan teknologi brek, anjakan gear dan pengendalian yang ada hubung kait dengan apa dilakukan penunggang sebagai input,” katanya.

Bagaimanapun menurut BMW Motorrad, teknologi itu sama sekali bukan bertujuan menggantikan kemahiran menunggang manusia pada masa depan, tetapi lebih kepada ciri bantuan untuk membantu penunggang novis mengawal jentera dengan selamat dan selesa. Malah, ciri itu juga mampu membantu penunggang berpengalaman untuk lebih yakin mengendalikan motosikal BMW mereka hingga ke had paling tinggi.

DAPAT TINGKATKAN KEMAHIRAN MENUNGGANG

Menurut kenyataan BMW Motorrad, BMW R 1200 GS tunggang sendiri itu boleh dihidupkan, memecut, membelok, perlahan dan berhenti, semua dilakukan sendiri. Pembangunan  jentera ujian akan memberikan maklumat bernilai tentang dinamik tunggangan yang boleh digunakan untuk membantu penunggang mengenal pasti situasi bahaya dan memahirkan diri dengan tunggangan sukar.

Motosikal tunggang sendiri dengan pemahaman menyeluruh tentang garisan ideal dan belokan sempurna, titik brek tepat dan pecutan yang mengoptimumkan traksi dapat membantu penunggang menambah baik kemahiran mereka.

BACA >>> BMW R 1200 GS Black Edition – Nikmati Aksesori Touring Enduro yang Serba Gelap

“Motosikal tunggang sendiri membantu kami mempersembahkan beberapa teknologi yang mungkin ke depan (masa akan datang). Kami selalu mencari inovasi dan teknologi, dan BMW Motorrad selalu jadi perintis dalam hal ini. Pembangunan ini juga dapat membantu kami menambah baik keselamatan penunggang, termasuk dinamik tunggangan produk kami,” kata Peyton.

Advencer Auto Terkini BMW BMW Motorrad BMW R 1200 GS CES 2019 Michael Peyton Pameran Elektronik Pengguna Pameran Elektronik Pengguna (CES) roda2
Aryon

Artikel Berkaitan

Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

06/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

06/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Auto Terkini

JPJ Negeri Sembilan Buka Bidaan Nombor Plat Siri ‘NEK’ Bermula 9 Mac

By Syafie04/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.