Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»BMW S 1000 RR Lancar di Sepang, Harga RM138k
Roda2

BMW S 1000 RR Lancar di Sepang, Harga RM138k

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju01/11/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEMPENA Kejuaraan Dunia MotoGP Sepang hujung minggu ini, BMW Motorrad Malaysia melancarkan tiga model premium baharu, BMW S 1000 RR, BMW R 1250 R dan BMW R 1250 RS ke pasaran tempatan khas buat mereka yang berjiwa kembara dan mahukan gelora adrenalin.

Model ini ditawarkan pada harga RM138,500.

BMW S 1000 RR LEGENDA LITAR LUMBA

Superbike generasi ketiga ini menerima pembaharuan pada bahagian enjin dan suspensi untuk mengukuhkan lagi tunggangan mantap bukan saja di jalan raya tetapi juga litar. Kemas kini pada frem Flex menyumbang kepada bentuk tangki minyak yang langsing dan kemasan pelana memberikan sokongan dan cengkaman pada lutut.

Frem yang 1.3kg lebih ringan itu dipadankan dengan swing arm beam dan sambungan topang spring full floater. Manakala fascia depan S 1000 RR menampilkan siluet yang runcing bersama wajah depan lebih rendah, sekali gus memberikan wajah atletik dan garang. Padanan overhang yang pendek memberikan imej terkini dengan gaya sporty.

Kemudian ia dipadankan dengan lampu depan bersama ciri LED tanpa reflektor yang menggabungkan lampu rendah dan tinggi dalam satu elemen yang kompak. Tidak ketinggalan Pakej M Sport menyerlahkan lagi rupa S 1000 RR baharu menerusi aksesori pelana M Sport eksklusif, spesifik lampu brek dan set roda gentian karbon M.

BACA >>> Spyshot: Ducati Panigale V4 Superleggera Akan Jadi Superbike Pengeluaran Paling Ringan?

Hadir dengan prestasi baharu, S 1000 RR dikuasakan enjin 4-silinder 999cc berkuasa 207hp @ 13,500rpm dan tork 113Nm @ 11,000rpm bersama kelajuan maksimum 200kmj. Enjin yang lebih ringan 4kg itu menawarkan kecekapan bahan api 6.4 liter setiap 100km.

S 1000 RR turut dilengkapi dengan bateri ringan M 12V/8Ah yang 2kg lebih ringan. Untuk keyakinan tunggangan superbike premium berkenaan digabungkan dengan teknologi BMW ShiftCam, pembangunan kuasa boleh kawal linear dan dua lekuk terotel iaitu kawalan dua tork berbeza pada gear rendah.

Pembangunan lain yang dilakukan antaranya tawaran generasi baharu suspensi elektronik Kawalan Peredan Dinamik (DDC) dan DTC. Menerusi saluran masuk yang dikemas kini, sistem enjin dan ekzos yang lebih ringan menjadikan jentera lebihr ringan seberat 193.5kg berbanding 208kg sebelumnya.

BACA >>> Lakaran 3D BMW S1000RR (2019) Bocor Sebelum Debut Global

S 1000 RR terbaharu juga didatangkan dengan empat mod tunggangan standard – Rain, Road, Dynamic dan Race. Tidak ketinggalan Mod Pro dengan pilihan Pro 1, Pro 2 dan Pro 3. Kesemuanya membolehkan adaptasi tersendiri ke atas fungsi-fungsi kawalan pada DTC, ABS Pro dan pengesanan “DTC Wheelie”, termasuk keluk pendikit (pelarasan tork) dan Brek Enjin.

Ciri Kawalan Luncur juga disediakan untuk memastikan permulaan sempurna di litar dengan Pengehad Laluan Pit. Di samping itu,  skrin TFT 6.5 inci memudahkan bacaan penunggang walau dalam apa jua keadaan. Ia dihubungkan dengan Multi Controller pada panel bar hendal di sebelah kiri dan ia boleh dioperasikan segera, selamat dan mudah.

BACA >>> Kami Yakin Anda Akan Tonton Lebih Daripada Sekali TVC BMW Motorrad S1000RR Awesome Ini

GALERI
BMW BMW Motorrad BMW S 1000 RR BMW S 1000 RR (2019) roda2 superbike
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    BMW iX3 dan ZEEKR 7GT Raih 5 Bintang Ujian Baharu Euro NCAP Yang Lebih Ketat!

    09/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    08/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    08/07/2026
    Nippon Paint Perkenal AI-PPS
    Aksesori

    Nippon Paint Perkenal AI-PPS, Pelindung Cat Jenis Semburan ‘Self-Healing’ Pertama di Malaysia

    07/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.