Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»BMW Motorrad Malaysia Perkenal Tiga Model Touring GS, Harga Bermula RM89k
Roda2

BMW Motorrad Malaysia Perkenal Tiga Model Touring GS, Harga Bermula RM89k

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju25/06/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MODEL GS Adventure terkenal dengan pengendalian terbaik, berkuasa tinggi dan prestasi tunggangan dinamik. Jenama BMW Motorrad itu sendiri sudah cukup dikenali dengan barisan model advencer premium yang lasak dan sinonim buat peminat jentera kembara.

Terbaharu, BMW Motorrad Malaysia memperkenalkan tambahan baharu portfolio motosikal premium menerusi tiga model model advencer:

  • BMW F 850 GS Adventure
  • BMW R 1250 GS
  • BMW R 1250 GS Adventure

BACA>>>Tayar Belakang BMW GS Kena Curi di Tengah Kota London

BMW F 850 GS ADVENTURE [RM88,500]

  • BMW F 850 GS Adventure dilengkapi 2-silinder enjin 853cc berkuasa 95hp @ 8,250rpm dan tork maksimum 92Nm @ 6,250rpm. Padanan kotak gear 6-kelajuan membolehkan jentera ini mencapai kelajuan maksimum 197kmj.
  • Rekabentuk maskulin diserlahkan menerusi visor depan besar dan boleh dilaras secara dua peringkat. Tidak ketinggalan tambahan ciri baharu, termasuk lampu depan LED bersama kluster instrumen multifungsi menerusi skrin TFT warna penuh 6.5-inci.
  • Keselesaan tunggangan diserahkan kepada fork terbalik (USD) baharu dengan swingarm aluminium dan strut spring berpusat untuk respon lebih sensitif atas pelbagai permukaan jalan.
  • Aspek ergonomik dioptimumkan, terutama untuk tunggangan off-road menerusi peg kaki enduro lebih lebar, tuil klac dan brek kaki boleh laras untuk keselesaan tunggangan. Semua ciri ini didatangkan standard, termasuk rak bagasi keluli tahan karat.
  • Bahagian tangki minyak (23 liter) diposisikan secara klasik antara pelana dan kepala stereng bagi pusat graviti lebih baik. Saiz tangki mampu menawarkan tunggangan sejauh 550km.
  • Sistem ekzos diletakkan di sebelah kanan untuk mengoptimumkan keselesaan penunggang.
  • Pemilik boleh memilih dua mod tunggangan: Rain dan Road. Juga dilengkapkan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan Kawalan Stabiliti Automatik (ASC).
  • Penggunaan frem monokok meningkatkan ketepatan tunggangan dan kekuatan jentera. Bahagian roda dipadankan rim jejari silang  2.15 x 21 (depan) dan 4.25 x 17 (belakang). Model advencer ni dipasangkan tayar enduro sebagai standard dan turut tersedia pilihan gaya Rally.

BACA >>> 5 Fakta Tentang BMW F 850 GS (2019) yang Perlu Anda Tahu

BMW R 1250 GS [RM116,500] dan BMW R 1250 GS ADVENTURE [RM125,500 | RM127,500 (HP)]

  • Enjin BMW R 1250 GS dan BMW R 1250 GS Adventure ditingkatkan kepada 2-silinder 1,254cc boxer yang berkuasa 136hp @ 7,750rpm dan tork 143Nm @ 6,250rpm dengan pecutan maksimum 200kmj.
  • Motosikal advencer baharu ini dibina untuk memberikan keterujaan tiada tandingan menerusi elemen berkualiti tinggi yang menyerlahkan keterampilan GS. Keupayaan off-road dipersembahkan melalui elemen rekabentuk badan yang direka semula dan skema warna tersendiri.
  • Lampu depan LED bersama lampu  siang (DRL) ditawarkan standard untuk kedua-dua model. Bahagian trenkuasa disadur cat hitam kusam untuk kesan visual berbeza, manakala frem utama diwarnakan kelabu kusam metalik. Bahagian frem belakang dan tiub hendal bar pula disemburkan hitam.
  • Melengkapkan penampilan, BMW memilih kemasan hitam kusam pada bahagian depan dan gad tangan. Cat hitam turut digunakan pada rim jejari bersilang. Sistem ekzos dikromkan .
  • Di tengah hendal tersedia skrin warna TFT 6.5-inci dengan paparan pelbagai maklumat jentera.
  • Ciri lain ialah: BMW Keyless Ride, Kawalan Jelajah, dua mod tunggan: Rain dan Road, ASC dan Kawalan Daki Bukit (HSC), serta Suspensi Dinamik Elektronik (ESS)  generasi baharu.
  • Pilihan tambahan lain disediakan ialah: Mod Tunggangan Pro, terdiri daripada Kawalan Traksi Dinamik (DTC), ABS Pro, HSA dan Kawalan Brek Dinamik (DBC).
  • Tawaran Shift Assistant Pro sebagai standard membolehkan anjakan naik/turun gear dibuat tanpa klac atau injap terotel. Tidak ketinggalan sistem RDC dengan Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS) turut disediakan untuk kedua-dua model.
  • Ditawarkan dalam dua pilihan varian iaitu Exclusive dan HP.

BACA >>> Video Bocor, BMW GS 1250 R (2019) Guna Teknologi Pemasaan Injap Variabel (VVT)

BMW BMW F 850 GS Adventure BMW Motorrad BMW Motorrad Malaysia BMW R 1250 GS BMW R 1250 GS Adventure motosikal advencer roda2
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    #MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

    30/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Kini Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    29/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    29/05/2026
    Qabil Irfan Azlan tamat kempen Moto4 European Cup 2026 di Barcelona-Catalunya tempat ke-4
    Sukan Permotoran

    Qabil Irfan Raih 13 Mata di Barcelona, Azam Lebih Agresif di Portugal

    26/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Kini Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie29/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

    By Syafie29/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

    By Syafie30/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    By Syafie29/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

    By Syafie30/05/2026
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Roda2

    BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT Sempena Ulang Tahun TT ke-115

    By Abang Hirata25/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.