Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»BMW Motorrad ConnectedRide – Cermin Mata Pintar dengan Paparan HUD, Harga RM3.5k!
Aksesori

BMW Motorrad ConnectedRide – Cermin Mata Pintar dengan Paparan HUD, Harga RM3.5k!

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize11/07/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BMW Motorrad memperkenal cermin mata ConnectedRide dengan teknologi inovatif menerusi ciri paparan dongak (HUD) yang biasa digunakan dalam sektor automotif.

Cermin mata pintar ConnectedRide akan mendedahkan data pada kaca HUD mengenai maklumat navigasi, halaju atau posisi gear secara paparan terus pada penglihatan penunggang dalam masa nyata (real-time), sekali gus membolehkan penunggang lebih berhati-hati.

Cermin mata ConnectedRide ini boleh disambungkan kepada telefon pintar secara Bluetooth yang mana aplikasi dan tetapan boleh dipilih sebelum atau ketika menunggang melalui kawalan pada bar hendal.

Selain peningkatan keselamatan menunggang, cermin mata ini juga menawarkan tahap keselesaan tinggi. Rekabentuk cermin mata boleh disesuaikan dengan pelbagai helmet dan bentuk muka.

Selain itu, bateri litium-ion pada cermin mata membolehkan beroperasi hingga 10 jam.

BMW Motorrad membekalkan dua set kanta UVA/UVB dengan frem. Satu set kanta memiliki kadar ketelusan 85 peratus yang boleh digunakan untuk helmet dengan pelindung matahari bersepadu. Satu set lagi ialah kanta berwarna untuk menjadikan cermin mata pintar itu sebagai kaca mata hitam.

Bagi penunggang yang memakai cermin mata, kanta ConnectedRide boleh dilaras ketajaman penglihatan yang diperlukan (hingga maksimum 4 diopter), dilakukan pakar optik menggunakan penyesuai RX.  Kepada mereka yang memakai kanta sentuh, cermin mata ini boleh digunakan seperti biasa. Set ini juga termasuk sarung dan kabel pengecas USB.

Ciri Cermin Mata BMW Motorrad ConnectedRide

  • Dua saiz (M + L) tersedia dengan pelapik hidung berbeza. Sederhana untuk jarak pupil 2.1-2.6 inci, Besar untuk 2.3-2.9 inci.
  • Dua set kanta (1xberwarna dan 1×85 peratus lutsinar) sensor cahaya bersepadu, penapis UVA/UVB diperakui.
  • Penyesuai RX untuk melaraskan kanta kepada ketajaman penglihatan diperlukan (hingga maksimum 4 diopter), dilakukan pakar optik.
  • Boleh disambungkan kepada telefon pintar dan Aplikasi BMW Motorrad Connected melalui Bluetooth.
  • Pemindahan data GPS masa nyata daripada apl ke Smartglasses.
  • Fungsi HUD untuk navigasi dengan paparan individu.
  • Paparan kelajuan, halaju, gear dan navigasi (paparan anak panah dikurangkan atau navigasi terperinci dengan nama jalan, simpang dan arah tepat).
  • Sensor cahaya bersepadu dan modul optik bersepadu untuk memindahkan data dengan selamat dan memaparkan data dengan selamat di kiri atas sebelah kaca kanan.
  • Bateri litium-ion menawarkan jangka hayat operasi hingga 10 jam.
  • Kabel pengecas USB.
  • Julat suhu operasi -25°C-50°C.
  • Frem antrasit.

Harga cermin mata BMW Motorrad ConnectedRide untuk pasaran Eropah ialah €690 (RM3,540).

BACA >>> BMW Motorrad Lancar e-Skuter BMW CE 02, Harga Mula RM35k!
BACA >>> Jualan 2021 BMW Motorrad Terbaik dalam Sejarah

aksesori Auto Terkini BMW Motorrad Cermin Mata ConnectedRide Kaca Mata
Sharil Tarmize

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    PMX: Hubungan Baik Agong dan Raja Bahrain Jadi Faktor F1 di Litar Sepang

    27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

    27/07/2026
    Aksesori

    LS2 Malaysia Catat Rekod Pertumbuhan Jualan, Perkenal Koleksi Pakaian Terbaharu

    27/07/2026
    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

    26/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.