Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»BMW Malaysia Perkenal Empat Model M Series Baharu, Harga RM650k hingga RM1.1j
Roda4

BMW Malaysia Perkenal Empat Model M Series Baharu, Harga RM650k hingga RM1.1j

SyafieBy Syafie12/06/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BMW Malaysia hari ini memperkenalkan empat model M Series baharu termasuk BMW M5 2025, sekaligus membuka lembaran baru dalam dunia sedan berprestasi tinggi. Turut dilancarkan bersama BMW M4 Competition Coupe M xDrive, BMW M3 Competition M xDrive, serta BMW M2 baru.

Pelancaran ini turut menyambut warisan sukan permotoran BMW M yang kini hadir dengan pendekatan baru yang menggabungkan teknologi hibrid, kuasa mengujakan, dan keselesaan harian dalam satu pakej lengkap.

Berikut adalah harga mengikut model yang dipamerkan:

  • BMW M5 2025: RM1,188,800
  • BMW M4 Competition Coupe M xDrive: RM878,800
  • BMW M2: RM650,800

BMW M5 Generasi Baru

BMW M5 generasi baharu kini rasmi sebagai sedan paling berkuasa pernah dihasilkan BMW. Untuk pertama kali, model ikonik ini tampil dengan teknologi hibrid plug-in (PHEV) yang menggabungkan enjin V8 4.4L 585hp bersama motor elektrik 197hp, menjana kuasa gabungan 727hp dan 1,000Nm tork. Hasilnya, 0-100kmj hanya dalam 3.5 saat, dan mampu mencapai 200kmj dalam 10.9 saat.

Menariknya, model ini boleh dipandu sepenuhnya menggunakan motor elektrik sejauh 69km (WLTP). Sistem pengecasan pantas AC 11kW pula membolehkan bateri penuh dalam masa sekitar 3 jam. Teknologi Boost Control memberi pecutan maksima dengan menekan pedal gear kiri yang eksklusif untuk mod M Track.

Bahagian Luaran

Luaran garang, dalaman premium. BMW M5 baharu tampil dengan gril Iconic Glow, spoiler belakang gaya Gurney, diffuser dua bahagian dan ekzos berkembar M. Dipadankan dengan rim 20 inci (depan) dan 21 inci (belakang), serta lampu LED Adaptif M Shadowline.

Bahagian Dalaman

Ruang kabin menampilkan BMW Curved Display, balutan kulit Merino dwi-tona, kemasan karbon dan kerusi M multifungsi dan logo M5 bercahaya. Sistem bunyi Bowers & Wilkins 18-pembesar suara 655W menaikkan lagi suasana premium.

Untuk pengendalian pula, M5 dibina atas platform 5 Series G60 dengan sistem pacuan M xDrive yang boleh dipilih antara 4WD, 4WD Sport atau 2WD untuk rasa pacuan belakang sejati. Ia juga dilengkapi suspensi M Adaptif, Integral Steering dan fungsi konfigurasi pemanduan melalui butang M1/M2 di stereng.

Turut hadir sistem bantuan pemandu canggih seperti Driving Assistant Plus, Parking Assistant Plus dan BMW Live Cockpit Profesional dengan paparan augmented reality.

Tersedia dalam lapan warna menarik seperti Alpine White, Sophisto Grey, Fire Red, Brooklyn Grey, Carbon Black, Isle of Man Green, Marina Bay Blue, dan Storm Bay, serta empat pilihan dalaman kulit Merino seperti hitam, silverstone dan kyalami orange.

BMW M4 Competition Coupe M xDrive Baharu

Bahagian Luaran

Diperkenalkan ke pasaran tempatan pada akhir 2024, BMW M4 Competition Coupe M xDrive tampil lebih agresif dengan penambahbaikan rekaan dan kuasa. Lampu utama LED Adaptif dengan High-Beam Assistant memastikan pencahayaan optimum, manakala kemasan M Lights Shadowline dan High-Gloss Shadowline memantapkan imej sporty.

Profil sisi dilengkapkan rim 19/20 inci forged gaya double-spoke 826 M Black, bumbung gentian karbon, serta brek M Compound merah berkilat. Pilihan grafik M dalam warna merah atau hitam berkilat dan lampu belakang laser CSL-style menjadikan penampilan belakang lebih eksklusif.

Bahagian Dalaman

Kabin pula mengekalkan fokus kepada pemandu dengan stereng M baharu tiga jejari berpenanda jam 12, dipadankan dengan paparan BMW Curved Display 12.3 inci+14.9 inci berasaskan sistem operasi BMW 8.5 dan antara muka khas M. Kemasan dalaman premium termasuk trim gentian karbon M, bumbung M warna anthracite dan butang kawalan beraksen galvanik menaikkan lagi aura sporty-luxury.

Dijana enjin 6-silinder sebaris 3.0L BMW M TwinPower Turbo yang menghasilkan 530hp dan 650Nm tork, peningkatan 20hp berbanding versi sebelumnya. Digandingkan dengan transmisi 8-kelajuan M Steptronic Sport, sistem M xDrive AWD, M Sport Differential dan suspension M Adaptif.

M4 baharu ini mampu memecut 0-100kmj dalam 3.5 saat, dan 0-200kmj hanya dalam 11.8 saat yang menjadikannya antara coupe paling berkuasa dan seimbang dalam kelasnya.

BMW M3 Competition M xDrive Baharu

BMW M3 Competition M xDrive baharu kini tampil dengan reka bentuk lebih agresif, teknologi terkini, dan kuasa tambahan sebanyak 530hp. Sedan sport ini bukan sekadar lebih pantas tetapi juga lebih sofistikated untuk pemanduan harian dan litar.

Bahagian Luaran

Luaran model ini diserlahkan dengan lampu utama LED baharu, rim tempa 19/20 inci gaya 826 M, brek M berkilat merah dan emblem M khas di belakang. Gaya berotot M3 kekal dominan dengan elemen Shadowline dan ekzos quad tipikal M.

Bahagian Dalaman

Masuk ke kabin, pemandu disambut stereng M rekaan baharu, BMW Curved Display dengan OS 8.5, kerusi M Sport elektrik, sistem bunyi Harman Kardon dan kemasan gentian karbon. Semua ini disusun untuk gabungan gaya, prestasi dan keselasaan premium.

Di sebalik bonet, enjin 6-silinder 3.0L M TwinPower Turbo kini menjana 530hp dan 650Nm, dipadankan dengan transmisi M Steptronic 8-kelajuan dan sistem pacuan semua roda M xDrive. 0-200kmj hanya 11.8 saat sahaja. Suspensi Adaptif M, M Drive Profesional dan sistem M xDrive menjadikan kawalan dan cengkaman berada di tahap tertinggi.

BMW M3 Competition M xDrive ditawarkan dalam pelbagai warna eksklusif seperti M Sao Paulo Yellow, M Portimao Blue, M Toronto Red, Isle of Man Green, Aventurine Red, Alpine White, Skyscraper Grey dan Black Sapphire, serta kulit Merino premium seperti  Yas Marina Blue (aksen kontra), Silverstone, Kyalami Orange dan Hitam.

BMW M2 Baharu

Bahagian Luaran

BMW M2 baharu tampil lebih segar tanpa mengorbankan bentuk kompak dan garang yang menjadi identiti asalnya. Rekaan depan dikekalkan dengan gril kidney besar, liang udara agresif, serta dilengkapi lampu LED Adaptif dengan teknologi Matrix dan High-Beam Assistant.

Paip ekzos baru dan lencana M2 berbingkai perak di depan dan belakang menyerlahkan status eksklusif model ini. Penampilan diperkemaskan lagi dengan bumbung M Carbon, trim Shadowline berkilat, rim 19/20 inci double-spoke 930 M Silver dan brek M Compound merah berkilat.

Bahagian Dalaman

Masuk ke dalam kabin, BMW M2 menerima stereng M baharu dengan bahagian bawah rata, jahitan warna M dan butang M1/M2 merah. Paparan BMW Curved Display 12.3 inci+14.9 inci kini beroperasi menggunakan BMW Operating System 8.5 dengan grafik khusus M, disokong sistem bunyi Harman Kardon 14-pembesar suara (464W).

Kemasan dalaman dikemas kini dengan gentian karbon, pelapik bumbung M dalam warna anthracite dan kerusi M Sport berbalut kulit Vernasca hitam. Fungsi seperti penghawa dingin automotik, akses pintar, dan pelarasan kerusi elektrik dengan sokongan lumbar serta memori memastikan keselesaan maksimum.

Enjin 6-silinder sebaris kini ditala dan mampu menghasilkan 480hp dan 550Nm, meningkat 20hp berbanding model sebelum. Dipadankan dengan transmisi 8-kelajuan M Steptronic, kuasa disalurkan sepenuhnya ke roda belakang bagi mengekalkan DNA RWD tulen dan agihan berat 50:50. Suspensi M Adaptif, M Drive Profesional, M Sport Differential dan sistem drift analysis menjadikan M2 ini bukan sekadar jentera harian tetapi juga sahabat litar sejati.

Ciri bantuan pemanduan seperti Cruise Control dengan fungsi brek, Driving Assistant dan Parking Assistant turut melengkapkan pemanduan seharian. BMW M2 Coupe ditawarkan dalam lapan warna menawan termasuk Fire Red (ganti Toronto Red), M Zandvoort Blue, dan M Sao Paulo Yellow serta dipadankan dengan satu pilihan dalaman kulit Vernasca hitam yang sporty dan elegan.

BMW M Series BMW M2 BMW M3 Competition M xDrive BMW M4 Competition Coupe M xDrive BMW M5 BMW Malaysia
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Caterpillar Perkenal Konsep Trak Heavy-Duty Berasaskan AI

    24/03/2026
    Auto Terkini

    Geely Zhanjian 700, SUV Mewah dan Lasak, Fungsi Crab-Walk dan Redah Air 800 mm!

    24/03/2026
    Auto Terkini

    Mazda CX-60 dan CX-80 2026 Jepun, Naik Taraf dan Gugur Varian Untuk Mudah Pilih

    19/03/2026
    Volkswagen ID. Cross 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Volkswagen ID. Cross 2027 Tampil Rekabentuk Ringkas, Harga Marhaen

    19/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Auto Terkini

    Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

    By Abang Hirata20/03/2026
    Auto Terkini

    KTM 990 RC R 2026 Rasmi di Pasaran Global, Dari RM66,000

    By Shazwan Hisam15/10/2025
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.