Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»BMW Malaysia Jual 11,567 Unit Kenderaan Sepanjang 2019, Pemilik EV Meningkat
Auto Terkini

BMW Malaysia Jual 11,567 Unit Kenderaan Sepanjang 2019, Pemilik EV Meningkat

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju04/02/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BMW Group Malaysia (BGM) menyerahkan 11,567 unit BMW, MINI dan BMW Motorrad sepanjang tahun lalu menerusi pengenalan 32 model baharu BMW dan MINI, dan empat daripada model tersebut ialah kenderaan elektrik (EV).

Mengukuhkan kedudukan sebagai pembekal e-mobiliti di Malaysia, BMW dan MINI menjual 3,148 unit EV pada 2019 yang menjadikan keseluruhan jumlah jualan EV 17,000 unit sejak 2015.

BACA >>> BMW E-Power Roadster – Motosikal Elektrik Konsep dengan Komponen Kereta EV

Pengarah Urusan BGM, Harald Hoelzl berkata, mengambil kira situasi pasaran yang mencabar tahun lalu, pihaknya berbesar hati dapat melakarkan kejayaan dalam segmen EV di Malaysia.

“Kami komited terus menerajui arena mobiliti elektro di Malaysia, khususnya menjelang pengumuman Dasar Automotif Nasional yang bakal menyaksikan EV memainkan peranan penting yang mendorong sektor automotif ke aras lebih tinggi,” katanya.

Tahun lalu juga adalah tahun ketiga BGM meluaskan infrastruktur mobiliti elektro di Malaysia dengan menawarkan 30 kemudahan pusat mengecas BMW i. Selain itu, tahun lalu menyaksikan kehadiran 9,300 pemilik baharu BMW di Malaysia dengan rekod jualan 2,514 unit 3 Series dan 2,000 unit 5 Series.

BMW X turut menyumbang kepada jualan sebanyak 3,985 unit. X3 mencatatkan jualan tertinggi, 1,354 unit, disusuli X1 (1,331 unit) pada 2019. Model EV, X5 xDrive40e pula terjual 975 unit. Sementara itu MINI menyerahkan  1,142 unit unit kenderaan tahun lalu dengan jualan tertinggi disumbangkan MINI Countryman (685 unit).

BACA >>> BMW The 8 – Coupe Sport Mewah dengan Prestasi Super Kini di Malaysia, RM1.1 Juta

Sementara itu, BMW Motorrad menyerahkan 1,125 unit motosikal kepada pemilik baharu. Penyumbang utama kepada pertumbuhan jenama itu masih kekal dalam segmen Advencer yang mencatatkan lebih 600 pemilik baharu tahun lalu.

BACA >>> Kenyataan Rasmi Berhubung Kenderaan BMW Terbakar – BMW Group Malaysia

Auto Terkini BMW BMW Group Malaysia (BGM) BMW MINI BMW Motorrad Harald Hoelzl jualan Mini Rekod jualan
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

JAECOO J5 lancar di Malaysia
Roda4

JAECOO J5 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM102,000!

05/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

05/03/2026
LRT3 sudah 93.3 peratus siap
Auto Terkini

Projek LRT3 Lewat Siap, Kontraktor Berdepan Denda LAD RM474.8 Juta

04/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu
Auto Terkini

Isu Kenderaan Terbiar: Bidang Kuasa PBT Terhad Kecuali… – KPKT

By Shazwan Hisam27/02/2026
Anthony Loke-Siew Fook | Tonto
Auto Terkini

MOT Sokong SPRM Tahan Penguat Kuasa Terlibat Kartel Tonto

By Syafie04/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.