Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»BMW 740Le xDrive – Sedan Mewah Hibrid Plug-In Paling Berkuasa, Harga RM598k
Roda4

BMW 740Le xDrive – Sedan Mewah Hibrid Plug-In Paling Berkuasa, Harga RM598k

Abang HirataBy Abang Hirata28/04/2017
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BMW Group Malaysia baru-baru ini memperkenalkan BMW 740Le xDrive Serba Baharu – varian terkini BMW 7 Series – berkuasa petrol dan elektrik (hibrid plug-in) dengan harga pasaran Malaysia RM598,000 (atas jalan tanpa insurans).

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Han Sang Yun berkata, sejak diperkenalkan awal tahun lalu, BMW 7 Series mendefinisikan semula idea pemanduan sedan mewah dalam segmen automotif premium, termasuk membawa pulang anugerah Kereta Mewah Terbaik Dunia (World Luxury Car of the Year) 2016.

Menurut Sang Yun, sebanyak 600 unit BMW 7 Series sudah diserahkan kepada pemilik di Malaysia sejak diperkenalkan. Apa yang menarik sangat tentang BMW 740Le xDrive ini?

1. KEPAKARAN BMW eDRIVE & TEKNOLOGI BMW TWINPOWER TURBO

BMW 740Le xDrive serba baharu ini menggabungkan inovasi enjin pembakaran dalaman bersama sistem pacuan elektrik untuk menawarkan prestasi mengujakan dengan penjimatan bahan api dan emisi rendah. Sedan mewah ini dikuasakan enjin 4-silinder sebaris bersesaran 2.0L BMW TwinPower Turbo, diambil daripada famili enjin EfficientDynamics BMW.

Sebagai enjin paling berkuasa pernah dipasang pada model siri keluaran BMW, enjin pembakaran dalaman itu mampu menjana kuasa maksimum 258hp dengan tork maksimum 400Nm. Bersama paduan transmisi Steptronic 8-kelajuan yang dioptimumkan, sedan ini berupaya mencatat kelajuan maksimum 250kmj. Sistem elektrik pula mempunyai kuasa output maksimum 113hp dan tork 250Nm dalam mod pemanduan elektrik penuh.

Apabila enjin pembakaran dalaman digabungkan dengan sistem pacuan elektrik, output dihasilkan mencecah 326hp dengan tork maksimum 500Nm! Semestinya pemandu dapat merasakan daya pecutan serta merta dan kuasa dinamik setiap kali pedal minyak diinjak, sekali gus membolehkan sedan hibrid plug-in ini memecut 0 – 100kmj sepantas 5.3 saat.

2. OPSYEN eDRIVE TETAPKAN KONFIGURASI PACUAN

Punat eDrive di konsol tengah membolehkan pemandu menentukan konfigurasi sistem pacuan hibrid plug-in. Dalam mode AUTO, enjin pembakaran dalaman dan motor elektrik diselarikan secara pintar untuk memaksimumkan pemanduan bebas emisi dengan mengaktifkan enjin pada kelajuan sekitar 80kmj atau apabila pendikit minyak ditekan mendadak sahaja.

Pemanduan elektrik penuh ditawarkan dalam mod MAX, di mana kereta digerakkan motor elektrik. Namun, enjin pembakaran dalaman masih boleh diaktifkan dengan menekan pendikit minyak. Ciri Kawalan Bateri pula membolehkan pemandu mengaktifkan penggunaan bateri voltan tinggi secara manual dengan menetapkan jumlah caj untuk digunakan dalam perjalanan.

3. KAWALAN PENGALAMAN PEMANDUAN DENGAN MOD ‘ADAPTIVE’

BMW 740Le xDrive serba baharu mempunyai teknologi Kawalan Pengalaman Pemanduan (Driving Experience Control) yang diaktifkan menerusi satu suis di konsol tengah. Melalui mod ADAPTIVE, kereta akan menetapkan respon mengikut gaya dan profil laluan pemandu.

BMW turut menaik taraf mod pemanduan lain seperti ECO PRO, COMFORT dan SPORT yang dapat menyerlahkan lagi komposisi pemanduan dinamik, selesa dan efisien dengan mempengaruhi pengalaman pemanduan.

4. ADA SISTEM AWD PINTAR – BMW xDRIVE

Sistem BMW xDrive ini dipasang buat pertama kali bagi model sedan BMW di Malaysia. Sistem pacuan semua roda (AWD) pintar itu ialah sistem pacuan paling fleksibel dalam segmennya. Teknologi xDrive beroperasi secara proaktif yang membolehkan kuasa diagihkan kepada roda depan dan belakang mengikut keperluan. Sistem ini juga mampu menyalurkan hampir 100 peratus kuasa kepada setiap roda dan seterusnya menawarkan cengkaman maksimum, tujahan optimum dan pemanduan dinamik.

5. REKAAN KABIN ISTIMEWA UNTUK KESELESAAN

Rekaan kabin sedan ini berjaya memenangi anugerah Kereta Mewah Terbaik Dunia (World Luxury Car of the Year) 2016 yang menawarkan pelbagai ciri seperti paparan skrin sentuh BMW Touch Display dan kawalan gestur, BMW Gesture Control.

Ruang kabin diperkaya dengan lampu ambien, seperti lampu aluan khas, Welcome Light Carpet di bahagian pintu depan seperti mengalu-alukan kedatangan pemandu dan penumpang untuk menikmati kemewahan dan keselesaan kereta ini.

Ada 6 warna dan mood lampu ambien berbeza dan sama seperti BMW 7 Series generasi ke-6, BMW 740Le xDrive serba baharu ini menampilkan bumbung kaca panoramik, Sky Lounge yang dipasang bersama lebih 15,000 butiran lampu LED.

Beralih ke bahagian belakang kereta, unit kawalan BMW Touch Command diletakkan di konsol tengah melalui tablet saiz 7-inci pertama yang boleh ditanggal keluar dan disambung kepada sistem kereta. Ini bermakna, penumpang belakang boleh mengakses semua fungsi hiburan dan ciri keselesaan yang ada pada sedan premium ini. Kerusi penumpang belakang juga selesa dengan fungsi 8-program urutan, termasuk program Vitaliti atau kesegaran.

6. APLIKASIi BMW CONNECTED

Aplikasi BMW Connected bukan saja membolehkan pemandu memantau prestasi kereta, tetapi mampu menetapkan suasana dalam kabin. Melalui aplikasi BMW Connected, pemandu boleh meningkatkan keselesaan ruang dalaman kenderaan dengan mengawal fungsi penyaman udara menggunakan telefon pintar.

Aplikasi BMW Connected juga membolehkan pengguna memantau kapasiti cas bateri voltan tinggi, lokasi stesen pengecasan, jarak penggunaan tenaga elektrik penuh dan jumlah penjimatan petrol. Terdapat juga pelbagai status data kenderaan dan pilihan operasi fungsi yang boleh dikendalikan BMW Display Key melalui ciri paparan sentuh bersepadu.

Pemandu turut boleh memeriksa takat minyak dalam tangki, jarak perbatuan terkini kenderaan, status cas, status sistem kunci berpusat, tingkap dan bumbung kaca, mengetahui masa, dan mengaktifkan sistem penyaman udara dan pengudaraan dari dalam kenderaan.

7. BAHAN API CEKAP – 2.5L/100KM

Teknologi BMW eDrive BMW 740Le xDrive serba baharu ini mencatatkan penggunaan bahan api pada 2.5L/100km dan emisi CO2 56g/km. Penggunaan tenaga elektrik juga mengagumkan, iaitu 13.9 kWh bagi setiap 100km.

8. CIRI KESELAMATAN TERKINI

Aspek keselamatan adalah merangkumi beg udara depan dan sisi, kepala/tirai di kerusi depan dan belakang, lutut pemandu, pautan kerusi kanak-kanak ISOFIX di belakang dan Sistem Perlindungan Aktif (APS), dan banyak lagi.

Turut ditawarkan sedan hibrid plug-in ini ialah BMW ConnectedDrive dan pelbagai sistem bantuan pemanduan, seperti paparan dongak (head-up) terbaru BMW, Bantuan Parkir, Pembantu Pemanduan Plus (Driving Assistant Plus) dan sistem pandangan keliling Surround View.

9. OPSYEN CAS BMW 360° ELECTRIC

Dengan kapasiti tenaga kasar mencecah 9.2 kWh, bateri litium-ion voltan tinggi boleh dicas semula menggunakan soket kuasa domestik atau di rumah. Cas penuh menggunakan BMW i Wallbox Connect boleh dicapai dalam masa kurang lima jam. Proses mengecas boleh dibuat sama ada menerusi aplikasi BMW Remote daripada telefon pintar atau paparan grafik dalam kluster instrumen kereta.

10. 181 STESEN CAS CHARGEEV

Sebagai sebahagian program BMW 360° ELECTRIC, pemilik BMW 740Le xDrive serba baharu juga sama seperti pembeli BMW i8, BMW 330e dan BMW X5 xDrive40e. Masing-masing dapat menikmati akses di 181 stesen ChargEV milik GreenTech Malaysia seluruh negara melalui servis mobiliti BMW ChargeNow.

11. ADA 4 WARNA PILIHAN

BMW 740Le xDrive serba baharu didatangkan dalam empat warna, iaitu Black Sapphire (hitam), Imperial Blue (biru), Mineral White (putih) dan Sophisto Grey (kelabu). Upholsteri dalaman ialah kulit Nappa eksklusif dengan kemasan kayu Poplar Grain Grey berwarna kelabu.

GALERI

BMW BMW 360° ELECTRIC BMW 740Le xDrive
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Caterpillar Perkenal Konsep Trak Heavy-Duty Berasaskan AI

    24/03/2026
    Auto Terkini

    Geely Zhanjian 700, SUV Mewah dan Lasak, Fungsi Crab-Walk dan Redah Air 800 mm!

    24/03/2026
    Auto Terkini

    Mazda CX-60 dan CX-80 2026 Jepun, Naik Taraf dan Gugur Varian Untuk Mudah Pilih

    19/03/2026
    Volkswagen ID. Cross 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Volkswagen ID. Cross 2027 Tampil Rekabentuk Ringkas, Harga Marhaen

    19/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tol
    Auto Terkini

    Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Aidilfitri 2026!

    By Shazwan Hisam18/03/2026
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    QJMotor AX200s recall
    Auto Terkini

    Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

    By Shazwan Hisam17/03/2026
    Veteran ATM bakal dapat lesen bawa kenderaan berat.
    Trak dan Lori

    Kerajaan Bakal Perkenal Program Lesen Kenderaan Berat untuk Veteran ATM

    By Shazwan Hisam18/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.