Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»BMW 218 Gran Coupe Sport Kini Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM241k!
Roda4

BMW 218 Gran Coupe Sport Kini Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM241k!

SyafieBy Syafie12/06/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BMW Malaysia memperkenalkan BMW 218 Gran Coupe Sport baharu, sekaligus meletakkan penanda aras dalam segmen kompak premium. Model generasi kedua ini hadir dengan rekabentuk lebih berani, prestasi mantap, dan teknologi digital terkini.

Reka Bentuk Luaran Lebih Garang dan Sporty

Bahagian depan BMW 218 Gran Coupe Sport kini tampil lebih agresif menerusi gril depan BMW yang direka semula dengan palang menegak dan menyerong. Dilengkapi lampu utama LED adaptif dengan lampu siang (DRL) menegak dan fungsi lampu tinggi anti-silau bersama fungsi membelok, rupa depan ini memberikan interpretasi moden kepada wajah ‘empat mata‘ ikonik BMW.

Ciri menarik lain termasuk:

  • Sistem pengambilan udara sisi menegak
  • Split air intake bawah bergaya BMW M
  • Siluet coupe atletik dan elegan
  • Elemen Hofmeister baharu dengan nombor ‘2‘ timbul
  • Lampu belakang LED menegak
  • Diffuser sporty kontur baharu

Turut melengkapkan gaya adalah kemasan Exterior Line Aluminium Satin, rim aloi ringan 18 inci dwi-tona, dan cermin sisi hitam berkilat bagi menyerlahkan karakter dinamik dari setiap sudut.

Kabin Digital dan Mewah dengan Sentuhan Sporty

Masuk ke kabin, anda akan disambut dengan kombinasi ketelitian moden dan karakter sporty. Antara yang paling menonjol seperti:

  • Stereng sport 3-jejari dengan butang multifungsi
  • BMW Curved Display yang menggabungkan kluster meter 10.25 inci dan skrin kawalan 10.7 inci
  • Lampu ambien dan kemasan aluminium berlampu
  • Sistem BMW Operating System 9 dengan QuickSelect dengan kawalan melalui sentuhan dan suara
  • Upholisteri Veganza berlubang yang mesra alam dan premium

Konsol tengah kini menempatkan ruang simpanan pintar, pengecas wayarles, dan pemegang cawan. Ruang belakang juga selesa dengan kerusi berkualiti, manakala ruang but 430 liter kekal luas dan praktikal.

Enjin 1,5L Turbo Lebih Berkuasa, Lebih Jimat

Di sebalik bonet, terletak enjin petrol 1.5 liter 3-silinder turbo yang dibina berasaskan prinsip kitaran Miller untuk kecekapan maksimum. Kuasa maksimum ialah 156hp dan tork 230Nm, digandingkan bersama transmisi 7-kelajuan Steptronic klac berkembar.

  • 0-100kmj: 8.6 saat
  • Kelajuan maksimum: 230kmj

Dengan transmisi baharu ini, penukaran gear terasa lebih lancar dan pemanduan lebih responsif.

Casis Kejuruteraan Semula untuk Pengendalian Lebih Tajam

BMW menaik taraf sepenuhnya sistem casis untuk memastikan pemanduan lebih mantap:

  • Suspensi MacPherson depan dan gandar belakang 3-pautan
  • Stabilisator bertegangan tinggi
  • Sistem ARB (Actuator-Related Wheel Slip Limitation) dengan tindak balas cengkaman sepantas milisaat.

Hasilnya, kereta ini bukan sahaja stabil dan selesa di jalan biasa, malah cemerlang di selekoh tajam dan laluan mancabar.

Lengkap dengan Sistem Bantuan Pemandu Terkini

Sebagai standard, 218 Gran Coupe Sport dilengkapi pelbagai teknologi bantuan pemandu:

  • Driving Assistant: Amaran ukar lorong, info had laju, amaran lintasan belakang dengan fungsi brek
  • Reverse Emergency Braking & Predictive Froward Collison Warning
  • Parking Assistant dengan Reversing Assistant hingga 50m
  • Kamera undur

Semua ini menjadikan pemanduan bandar lebih mudah dan selamat.

Pengalaman Digital Penuh Imersif

Dikuasakan sistem operasi BMW Operating System 9, pemandu akan menikmati:

  • Antaramuka seakan telefon pintar dengan widget masa nyata
  • Navigasi pintar dan kawalan suara
  • BMW Live Cockpit Plus
  • BMW Intelligent Personal Assistant

Tambahan pula, sistem BMW Digital Premium menawarkan penstriman video beresolusi tinggi dan perkhidmatan muzik menjadikan kabin seakan-akan pusat hiburan bergerak. Telefon pintar juga boleh berfungsi sebagai kunci digital melalui BMW Digital Key Plus.

Pilihan Warna dan Upholisteri

Model ini ditawarkan dalam tiga warna menarik seperti:

  • Alpine White
  • Black Sapphire
  • Cape York Green

Ketiga-tiganya digandingkan dengan upholisteri Veganza Perforated hitam yang elegan.

BMW 218 Gran Coupe Sport baharu bukan sekadar evolusi tetapi ia adalah revolusi dalam segmen kompak premium. Dengan reka bentuk menawan, prestasi mantap, dan teknologi tercanggih, model ini pastinya akan menarik minatr generasi pemandu moden yang mahukan gaya, kuasa dan konektiviti dalam satu pemanduan.

 

Auto Terkini BMW 218 Gran Coupe Sport BMW Malaysa
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda ZR-V 2026 Jepun Tiada Turbo, Cross Touring Bawa Imej Off-Road

    30/03/2026
    Roda4

    #BIMS2026: Toyota Hilux Travo 2026 Debut Di Bangkok, Generasi Kesembilan Kini Dengan Versi EV

    30/03/2026
    Penunggang motosikal maut dilanggar pemandu maut
    Auto Terkini

    Pemandu Mabuk Ragut Nyawa, Politikus Desak Hukuman Lebih Berat

    30/03/2026
    Petronas logo
    Auto Terkini

    Petronas Tidak Terlibat Cadangan Bekal Bahan Api ke Filipina

    30/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
    Roda4

    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

    By Shazwan Hisam04/11/2025
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.