Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»#BIMS2018: Vespa Sprint 150 i-Get Carbon Edition Versi Thailand, ฿129,000 (RM15.9k)
Roda2

#BIMS2018: Vespa Sprint 150 i-Get Carbon Edition Versi Thailand, ฿129,000 (RM15.9k)

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju29/03/20181 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEPANJANG Pameran Motor Antarabangsa Bangkok (BIMS) 2018, segmen roda dua boleh dikatakan sama meriah dengan empat roda. Ada banyak pengeluar motosikal di Thailand mengambil kesempatan memperkenalkan produk baharu masing-masing dan salah satu daripadanya ialah Vespa.

Di Thailand, jenama motosikal Vespa, Piaggio, Moto Guzzi dan Aprilia berada di bawah pengedar tunggal yang sama, Vespiario (Thailand) yang tahun ini memperkenalkan model Vespa Sprint 150 i-Get Carbon Edition.

Seperti namanya, Sprint 150 i-Get Carbon Edition ini menerima perubahan kosmetik dengan menerapkan kemasan ‘acah-acah’ gentian karbon di beberapa bahagian badan selain strip merah Rosso Dragon pada bahagian depan, sisi dan roda.

Perubahan dilakukan cuma minor dan boleh saja dibuat sendiri di kedai aksesori atau di rumah. Skuter Itali ini masih mengekalkan enjin silinder tunggal 4-lejang dan tiga injap i-Get bersesaran 150cc berkuasa 12.7hp dan tork 12.8Nm. Hantara kuasa ke roda belakang disalurkan kotak gear automatik CVT.

Aspek keselamatan dipertingkatkan menerusi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan tidak ketinggalan ciri port USB untuk kemudahan mengecas telefon pintar. Pemilik skuter edisi terhad itu juga akan diberikan set barangan eksklusif seperti helmet sama warna dengan motor, beg galas, topi, pad pelindung dan rantai kunci.

Didatangkan dalam warna hitam Nero Vulcano, Vespa Sprint 150 i-Get Carbon Edition dijual pada harga ฿129,000 (RM15,956).

GALERI

Vespa Sprint Carbon
Vespa Sprint Carbon
Harga Vespa Sprint Carbon
Vespa Sprint Carbon
Harga Vespa Sprint Carbon
Vespa Sprint Carbon
Vespa Sprint Carbon
Harga Vespa Sprint Carbon
Harga Vespa Sprint Carbon
Harga Vespa Sprint Carbon
Harga Vespa Sprint Carbon
Vespa Sprint Carbon
Aprilia Bangkok International Motor Show 2018 Moto Guzzi Piaggio roda2 Vespa Vespa Sprint 150 i-Get Vespa Sprint 150 i-Get Carbon Edition Vespiario (Thailand) Co.Ltd
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    24/03/2026
    Auto Terkini

    Aprilia RS 660, RS 457 Kuasai Pasaran Itali, Pegang Lebih 21% Segmen Sport Bike

    23/03/2026
    Triumph Daytona 660 2026
    Roda2

    Triumph Daytona 660 2026 dengan Suspensi Boleh Laras, Quickshifter Standard

    19/03/2026
    QJMotor AX200s recall
    Auto Terkini

    Isu Mufler Retak: QJMotor Malaysia Panggil Balik Skuter AX200s

    17/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Petrol RON95
    Auto Terkini

    Kuota BUDI95 Mungkin Dikurangkan Kepada 200 Liter Sebulan

    By Syafie26/03/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Auto Terkini

    Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

    By Abang Hirata20/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.