Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Bikin Auto»#BikinMotor: WSM SBK – Superbike Kustom Enjin Ducati dengan Gaya Klasik
Bikin Auto

#BikinMotor: WSM SBK – Superbike Kustom Enjin Ducati dengan Gaya Klasik

Han OthmanBy Han Othman11/12/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PAKAR kustom, Walt Siegl Motorcycle (WSM) dari Amerika Syarikat (AS) menghasilkan motosikal buatan tangan dikuasakan trenkuasa Ducati, yang diberikan nama SBK dengan dua pilihan enjin berbeza.

Model WSM sebelum ini menggunakan enjin Ducati jenis dua injap penyejukan udara. Namun, model SBK ini bukan hanya menawarkan enjin Ducati tersebut, tetapi juga enjin jenis empat injap penyejukan cecair. Jadi model ini boleh dikatakan sebagai jentera baharu sepenuhnya yang dibikin untuk disesuaikan dengan kedua-dua varian enjin, dan pada masa sama mengekalkan rekabentuk frem perimeter Ducati klasik.

BACA >>> Masalah Minyak Bocor, Ducati Panggil Balik Panigale V4

Geometri jentera begitu identik dengan frem jentera World Superbike (WorldSBK)yang berbeza berbanding versi standard  untuk dijual. SBK dipasangkan fork Öhlins FGR World Superbike dan absorber Öhlins TTX yang ditala mengikut spesifikasi WSM. Ia mudah dilaraskan daripada karakter motosikal jalanan kepada jentera trek yang ultra responsif.

Sistem brek menggunakan kaliper Brembo Monobloc dengan cakera depan 330mm, dan pad brek Spiegler Performance yang dapat memastikan jentera ini dapat berhenti sepantas dan setepat mungkin.

ENJIN DUCATI 1098

Kedua-dua pilihan enjin ialah berasaskan enjin Ducati 1098 dan dibina Bruce Meyers Performance. SBK memuatkan pengurusan enjin elektronik kustom daripada WSM sendiri, termasuk kawalan traksi, anjakan transmisi tanpa klac dan papan pemuka penuh dengan maklumat data

Superbike ini juga menggunakan material gentian karbon untuk fairing yang hanya seberat 4kg. Subfrem dan ekor juga daripada gentian karbon dengan berat komponen cuma 0.81kg. Material sama turut digunakan untuk tiub ambilan dan kotak udara, serta bawah tangki minyak yang direka untuk melakukan tugasan berganda sebagai lid kotak udara, semata-mata mahu mengurangkan berat jentera.

Selain enjin, ada beberpa perbezaan kecil antara model penyejukan udara dan cecair. SBK penyejukan cecair diberikan rim OZ Racing dengan tayar Dunlop Q4, serta mufler SC Project denganb berat hanya 161kg. Versi penyejukan udara pula mendapat rim gentian karbon BST dan tayar slik Metzeler serta mufler titanium Arrow dengan berat 154kg. Ya, lebih ringan.

BACA >>> #BikinMotor: Yamaha FZ150i dengan Gaya Kawasaki Z1000 Ekstrem

Tiada angka kuasa didedahkan, tetapi apa yang pasti ini jentera yang istimewa kerana dihasilkan secara buatan tangan, berprestasi tinggi dan berpenampilan premium!

GALERI
bikin motor Bruce Meyers Performance Ducati Ducati 1098 roda2 superbike Superbike Custom Walt Siegl Motorcycle (WSM) WSM SBK
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Autotainment

#TahukahAnda: Di sebalik Falsafah Rekabentuk MV Agusta, Kejuruteraan Jadi Karya Seni!

27/07/2026
LS2 Global previu produk 2027
Aksesori

LS2 Malaysia Catat Pertumbuhan Jualan, Perkenal Koleksi Terbaharu 2027

27/07/2026
KTM 390 Duke | Jepun
Roda2

KTM 390 Duke 2026 untuk Jepun Terima Sistem Brek WP Baharu, Enjin 399cc Berkuasa 45ps

27/07/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

27/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.