Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Berita Gembira! Honda Civic Type-R 2017 Bakal Masuk Malaysia Tahun Ini, Harga Sekitar RM250,000?
Auto Terkini

Berita Gembira! Honda Civic Type-R 2017 Bakal Masuk Malaysia Tahun Ini, Harga Sekitar RM250,000?

Abang GYLBy Abang GYL07/06/20172 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Honda Civic Type-R 2017BERITA baik! Honda Malaysia dikhabarkan bakal membawa masuk Honda Civic Type-R 2017 ke pasaran tempatan pada penghujung tahun ini.

Bagaimanapun, ia mungkin akan dibawa masuk dalam unit terhad memandangkan harga jualan yang agak tinggi.

Berdasarkan beberapa sumber yang PanduLaju terima, Honda Civic Type-R 2017 dijangka bakal diperkenalkan selepas pelancaran Honda CR-V tidak lama lagi. Manakala anggaran harga jualan bagi Honda Civic Type-R ialah sekitar RM250,000 hingga RM300,000.

BACA >>> Honda Civic Type-R Catat Rekod Baru FWD di Nürburgring

Honda Civic Type-R 2017ENJIN 2.0L I-VTEC TURBO

Honda Civic Type-R 2017 yang membuat debut di Pameran Motor Geneva (GIMS) 2017 baru-baru ini membuatkan ramai peminat dan fanatik kereta berprestasi itu, terutama di Malaysia rasa tidak senang duduk.

Perasaan mahu duduk di atas kerusi sport sambil mendengar deruman ekzos Type-R begitu membuak-buak.

Lihat saja kuasa disebalik enjin yang terbenam pada hud hadapan. Honda Civic Type-R 2017 dipadankan dengan enjin 4-silinder 2.0L i-VTEC pengecaj turbo, pacuan roda depan (FWD).

Hasil padanan kotak gear manual 6-kelajuan, ia mampu menghasilkan kuasa sebanyak 318hp dan tork puncak 400Nm.

Untuk pengalaman pemanduan lebih menyeronokkan, Honda Civic Type-R 2017 didatangkan dengan tiga mod pacuan iaitu Comfort, Sport dan Track.

Jika melihat pada anggaran harga di Malaysia, ia agak sukar untuk dijual. Beli memang akan ada, tetapi mungkin dalam kuantiti yang sedikit.

BACA >>> 11 Sebab Ini Akan Membuatkan Anda Terpikat Dengan Honda Civic Baharu (2016)

Jadi tidak hairanlah Honda Malaysia berkemungkinan hanya akan membawa unit terhad. Bagi peminat yang ternanti-nanti Honda Civic Type-R 2017, anda masih sempat lagi menabung untuk merealisasikan impian.

Atau mungkin sudah sampai masa berbisik di telinga isteri supaya menghadiahkan anda Honda Civic Type-R 2017 sebagai hadiah ulang tahun perkahwinan mahupun hari jadi.

Apa-apapun, selamat menjadi wahai kaum adam 🙂

BACA >>> Honda Civic Hatchback 1.5L Turbo – Kami Mahu Model Ini Masuk Malaysia!!!

GALERI

Honda Civic Type-R 2017
BERITA baik! Honda Malaysia dikhabarkan bakal membawa masuk Honda Civic Type-R ke pasaran tempatan pada penghujung tahun ini. Bagaimanapun, ia mungkin akan dibawa masuk dalam unit terhad memandangkan harga jualan yang agak tinggi. Berdasarkan beberapa sumber yang PanduLaju terima, Honda Civic Type-R dijangka bakal diperkenalkan selepas pelancaran Honda CR-V tidak lama lagi. Manakala anggaran harga jualan bagi Honda Civic Type-R ialah sekitar RM300,000. ENJIN 2.0l I-VTEC TURBO Honda Civic Type-R yang membuat debut di Pameran Motor Geneva (GIMS) 2017 baru-baru ini membuatkan ramai peminat dan fanatik kereta berprestasi itu, terutama di Malaysia rasa tidak senang duduk. Perasaan mahu duduk di atas kerusi sport sambil mendengar deruman ekzos Type-R begitu membuak-buak. Lihat saja kuasa disebalik enjin yang terbenam pada hud hadapan. Honda Civic Type-R dipadankan dengan enjin 4-silinder 2.0L i-VTEC pengecaj turbo, pacuan roda depan (FWD). Hasil padanan kotak gear manual 6-kelajuan, ia mampu menghasilkan kuasa sebanyak 318hp dan tork puncak 400Nm. Untuk pengalaman pemanduan lebih menyeronokkan, Honda Civic Type-R didatangkan dengan tiga mod pacuan iaitu Comfort, Sport dan Track. Jika melihat pada anggaran harga di Malaysia, ia agak sukar untuk dijual. Beli memang akan ada, tetapi mungkin dalam kuantiti yang sedikit. Jadi tidak hairanlah Honda Malaysia berkemungkinan hanya akan membawa unit terhad. Bagi peminat yang ternanti-nanti Honda Civic Type-R, anda masih sempat lagi menabung untuk merealisasikan impian. Atau mungkin sudah sampai masa berbisik di telinga isteri supaya menghadiahkan anda Honda Civic Type-R sebagai hadiah ulang tahun perkahwinan mahupun hari jadi. Apa-apapun, selamat menjadi wahai kaum adam :-)
civic type r harga Honda Civic Type-R 2017 Honda Civic Type-R 2017 Honda Civic Type-R 2017 Malaysia Honda Malaysia
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Castrol Edge Roving Truck 2026
    Auto Terkini

    Bukan Sekadar Iklan Digital, Castrol Turun Padang dengan Lori LCD Gergasi ‘Roving Truck’

    22/06/2026
    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    20/06/2026
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    19/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    By Shazwan Hisam18/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.