• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BERITA AUTO: Nasim Lancar Peugeot Muar

BERITA AUTO: Nasim Lancar Peugeot Muar

June 27, 2014 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

Peugeot Muar

 

Peugeot Muar Launch 1   Peugeot Muar Launch 3

BERITA baik buat pemilik jenama Peugeot di Selatan tanah air. Nasim Sdn Bhd (Nasim), pengedar rasmi kenderaan Peugeot di Malaysia terus mmengorak langkah agresif melebarkan sayap perniagaannya menerusi pembukaan pusat 3S (jualan, servis dan alat ganti) baharu di Muar, Johor Bahru.

Peugeot Muar adalah pusat 3S yang kelima dilancarkan tahun ini dan Nasim kini memiliki 32 pengedar di seluruh negara. Di bawah pengurusan Ang Leng Motor Trading Sdn Bhd, Pusat 3S yang dibina pada tapak berkeluasan 13,5000 kaki persegi ini mempunyai pusat pameran yang luas dan lima ruang servis serta mampu menampung sehingga 11 unit kenderaan sehari.

Dengan pelaburan sebanyak RM4.5juta, pembukaan Peugeot Muar itu bakal memberi perkhidmatan lebih baik kepada pelanggannya terutama penduduk sekitar kawasan Gerisek, Muar, Pagoh, Panchor, Parit Jawa, Sungai Mati, Tangkak, Bukit Gambir dan Bukit Pasir. Selain pusat servis, ia turut menyediakan ruangan menunggu yang selesa dan Wi-Fi percuma.

" Menerusi pembukaan pusat 3S Peugeot Muar, kami mahu meningkatkan lagi volum jualan kepada 7,000 unit kenderaan tahun ini," kata Ketua Pegawai Operasi Nasim, Datuk Samson Anand George.

Kesemua model Peugeot didatangkan dengan lima tahun jaminan tanpa had perbatuan. Pelanggan juga boleh menikmati perkhidmatan Bantuan Peugeot selain akses percuma ke Lounge Peugeot di Lapangan Terbang Subang serta keahlian Peugeot Privilege untuk memberikan perkhidmatan terbaik untuk pelanggannya.

Maklumat lanjut mengenai Peugeot Malaysia, layari https://www.peugeot.com.my.

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Ang Leng Motor Trading Sdn Bhd, Datuk Samson Anand George, Nasim, Peugeot, Peugeot 3S Muar

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Ujian Sistem Bayar Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
    Ujian Sistem Bayar Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
  • Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
    Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
  • Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
    Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
  • Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi
    Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my