• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BERITA AUTO: Nasim Lancar Peugeot Kuantan

BERITA AUTO: Nasim Lancar Peugeot Kuantan

April 25, 2014 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

Peugeot Kuantan

SELARAS dengan perkembangan rangkaiannya di seluruh negara, Nasim Sdn Bhd terus agresif menerusi pelancaran pusat 3S (jualan, perkhidmatan dan alat ganti)  terbarunya di Kuantan, Pahang.

Peugeot Kuantan adalah cawangan baru kedua yang dilancarkan Nasim tahun ini yang juga merupakan cawangan Peugeot ketiga di rantau Pantai Timur.

Dimiliki dan dikendalikan oleh Nalmax Sdn Bhd, Peugeot Kuantan bakal memberi perkhidmatan kepada pelanggannya teruatamanya bagi kawasan sekitar Kuantan, Balok, Bukit Goh, Pekan, Sungai Lembing dan Gambang .

Menelan pelaburan sebanyak RM2.5juta, pusat 3S yang berkeluasan 11,200 kaki persedi ini dilengkapi empat ruang servis dengan kemampuan menyelenggara 20 unit kenderaan sehari.

Peugeot Kuantan 3

Ketua Pegawai Operasi Nasim, Dato' Samson Anand George berkata, Peugeot Kuantan adalah salah satu bilik pameran terbesar dan terbaik di pantai timur.

Menurutnya, Nasim komited untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggan kami di Kuantan dan kawasan sekitarnya dengan adanya perkhidmatan dan kemudahan yang luas.

Selain pusat servis, in turut menyediakan pelbagai kemudahan seperti ruangan menunggu, bilik mesyuarat, Astro , WiFi percuma dan jualan barangan rasmi Peugeot.

New Peugeot 3008 Launch

Sementara itu, pusat 3S itu turut mempamerkan model SUV terbaharunya, Peugeot 3008. Hadir dengan gaya kontemporari, elegan dan teknologi terkini, 3008 bakal memberikan pengalaman baru dan menyeronokkan kepada si pemandu. 3008 disasarkan kepada pelanggan yang berumur antara 30 hingga 50 , terutamanya mereka yang mencari kenderaan dengan estetika yang unggul, ciri-ciri premium dan standard keselamatan tanpa kompromi.

Didatangkan dengan jaminan lima tahun tanpa had perbatuan, kesemua pelanggan Peugeot boleh menikmati perkhidmatan Peugeot Assistance Nasim selain akses percuma ke Lounge Peugeot di Lapangan Terbang Subang serta keahlian Peugeot Privilege untuk memberikan perkhidmatan terbaik untuk pelanggannya. Maklumat lanjut mengenai Peugeot Malaysia, layari https://www.peugeot.com.my.

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Kuantan, Lounge Peugeot, Nasim, Nasim Sdn Bhd, Pahang, Peugeot 3S, Peugeot Privilege, Pusat 3S

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #Spyshot: Proton Sibuk Uji Saga Facelift Terakhir dengan Enjin Lebih Kecil?
    #Spyshot: Proton Sibuk Uji Saga Facelift Terakhir dengan Enjin Lebih Kecil?

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my