• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BERITA AUTO: Fasiliti Perodua di Rawang

BERITA AUTO: Fasiliti Perodua di Rawang

May 10, 2014 By Admin Leave a Comment

FacebookTwitter

official launch of the New Parts Centre

New parts centre      new bottle

SEBAGAI usaha memperkemas dan meningkatkan kecekapan operasi logistik syarikat, Perodua merasmikan pusat alat ganti baharu di Rawang. Dibangunkan atas tapak keluasan 13,8000 meter persegi, pusat alat ganti itu mampu menampung keperluan pelanggan yang semakin bertambah.

Menelan kos pelaburan RM28.2 juta, keluasan pusat alat ganti ini 44 peratus lebih luas berbanding lama dan mampu menampung stok minimum 20,4000 alat ganti pada satu-satu masa.

Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, pembukaan pusat alat ganti baharu ini sejajar permintaan alat ganti, termasuk penjualan kenderaan Perodua yang semakin tinggi. Menurutnya lagi, jualan alat ganti Perodua berkembang daripada RM163 juta kepada RM243 juta, peningkatan 50 peratus dari 2009 hingga 2013.

"Daripada jumlah itu, Perodua mensasarkan peningkatan nilai jualan bahagian alat ganti kenderaan sebanyak RM250 juta tahun ini menerusi 178 pusat perkhidmatan di seluruh negara.

" Perodua juga akan meningkatkan lagi perkhidmatan selepas jaminan bagi memastikan pemilik kenderaan Perodua memperoleh alat ganti tulen dan terjamin daripada aspek keselamatan. Selain memenuhi keperluan domestik, kami juga mengeksport alat ganti kenderaan ke sembilan negara iaitu Nepal, Fiji, Singapura, United Kingdom, Mauritius, Malta, Sri Lanka, Brunei dan Indonesia," katanya.

Perodua turut memperkenalkan rekabentuk baharu botol minyak pelincir tulen jenama itu. Tambah Aminar, Perodua mencatatkan penjualan sekitar 5.9 juta liter minyak pelincir.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Pengerusi Perodua, Tan Sri Asmat Kamaludin. Turut hadir pada majlis itu adalah Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Dagangan Bhd, Mohd. Ibrahimnuddin Mohd. Yunus dan Pengarah Urusan Lubetech Sdn Bhd, Megat Shahrul Azmir.

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Datuk Aminar Rashid Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Megat Shahrul Azmir, Minyak Pelincir Baharu Perodua, Mohd. Ibrahimnuddin Mohd. Yunus, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Dagangan Bhd, Pengarah Urusan Lubetech Sdn Bhd, Pengerusi Perodua, Perodua, Pusat Alat Ganti Baharu, Tan Sri Asmat Kamaludin

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Benelli R18i Lancar! Ada Fork USD, 155kmj, Harga RM7.9k Sahaja!
    Benelli R18i Lancar! Ada Fork USD, 155kmj, Harga RM7.9k Sahaja!
  • RON 95 vs RON 97: Ketahui 5 Mitos Popular Tentang Jenis RON dan Petrol
    RON 95 vs RON 97: Ketahui 5 Mitos Popular Tentang Jenis RON dan Petrol
  • #BikinKereta: VinFast LUX SA2.0 Gaya Lamborghini Urus, Rim Saja RM17k!
    #BikinKereta: VinFast LUX SA2.0 Gaya Lamborghini Urus, Rim Saja RM17k!
  • #ApaNakBuat: Macam Mana Nak Bikin Motor Bagi Power dan Tahan Lasak?
    #ApaNakBuat: Macam Mana Nak Bikin Motor Bagi Power dan Tahan Lasak?

PANDU UJI

#TunggangUji: Modenas Pulsar RS200 (2021) yang Mesra Penunggang Amatur

SELEPAS melancarkan Pulsar RS200 (2021) edisi naik taraf ke pasaran, … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa yang Best, Tak Best Pasal Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan?

APABILA berbicara tentang Mercedes A-Series, perkara pertama terlintas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my