• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / BERITA AUTO: BHPetrol Lancar Diesel Infiniti EURO 5

BERITA AUTO: BHPetrol Lancar Diesel Infiniti EURO 5

November 14, 2014 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

Picture of Euro5 LaunchBOUSTEAD Petroleum Marketing Sdn Bhd (BHPetrol) menjadi syarikat petroleum pertama di Malaysia yang melancarkan minyak Diesel Infiniti EURO 5. Pengenalan Diesel EURO 5 sudah pasti menggembirakan rakyat Malaysia yang selama ini ternanti-nanti kehadirannya.

Majlis pelancaran disempurnakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek sambil disaksikan Pengarah Urusan BHPetrol, Tan Kim Thiam di stesen BHPetrol perhentian rehat Pagoh arah selatan (KM 135 Lebuh Raya Utara-Selatan, Johor).

Diimport sepenuhnya dan diperkuatkan dengan aditif German, Diesel Infiniti EURO 5 menawarkan bahan api yang terbaik kuasa dua kali ganda.

Buat masa ini, Diesel Infiniti EURO 5 hanya ditawarkan di beberapa stesen minyak terpilih kawasan selatan. Antaranya, BHPetrol Pagoh Selatan, BHPetrol Pagoh Utara, BHPetrol Tebrau 2 dan BHPetrol Pasir Gudang 3. Dalam pada itu, tujuh lagi stesen BHPetrol sekitar Johor bakal menawarkan diesel gred tinggi tersebut dalam masa terdekat.

Menurut Tan, syarikatnya berbangga dapat menawarkan bahan api yang terbaik untuk rakyat Malaysia selain memenuhi matlamat sebagai peneraju dalam teknologi bahan api.

“Diesel EURO 5 dirumus secara mesra alam dengan kehadiran kandungan sulfur yang rendah dalam bahan api.  Ia hanya mengandungi 10 bahagian setiap juta (ppm) kandungan sulfur berbanding 500 ppm dalam gred EURO 2M sedia ada di Malaysia," katanya.

Infiniti EURO 5 Diesel dijual pada harga RM2.30 seliter, iaitu kenaikan RM0.10 daripada harga diesel EURO 2M.

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: BHPetrol lancar Diesel Infiniti EURO 5, BHPetrol perhentian rehat Pagoh arah selatan, BOUSTEAD Petroleum Marketing Sdn Bhd, Datuk Seri Hasan Malek, Tan Kim Thiam

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • TVS Raider 125 Racing Special Edition (2023) Lancar Di Colombia, Harga RM8.5k!
    TVS Raider 125 Racing Special Edition (2023) Lancar Di Colombia, Harga RM8.5k!
  • Menteri: Rakyat Boleh Mohon Terus Peruntukan Baiki Longkang Sumbat, Jalan Lubang Tak Lama Lagi!
    Menteri: Rakyat Boleh Mohon Terus Peruntukan Baiki Longkang Sumbat, Jalan Lubang Tak Lama Lagi!
  • Video Atuk Saga Potong Garis Kembar Nyaris Langgar Attrage
    Video Atuk Saga Potong Garis Kembar Nyaris Langgar Attrage
  • BMW XM Label Red (2023) Lancar di Malaysia dengan Ansuran Bulanan RM18.7k!
    BMW XM Label Red (2023) Lancar di Malaysia dengan Ansuran Bulanan RM18.7k!

PANDU UJI

#PanduUji: BMW 330i M Sport (2023) untuk yang Mahukan Fiil Memandu Sebenar!

BMW 330i M Sport (2023) facelift dilancarkan di pasaran Malaysia pada … [Baca Lagi...]

#TunggangUji [dari Turkiye]: Pakej CFMoto 450SR (2023) Mampu Hapus Stereotaip Negatif

MENUNGGANG atas permukaan trek basah dan air bertakung serta dalam … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my