• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Bering Lancar E-Protect Air, Jaket Kompak dengan Beg Udara Kecemasan, Harga RM1.4k!

Bering Lancar E-Protect Air, Jaket Kompak dengan Beg Udara Kecemasan, Harga RM1.4k!

March 8, 2023 By Sharil Leave a Comment

2
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

PENGELUAR peralatan dari Perancis yang tidak asing dalam penghasilan teknologi beg udara kecemasan, Bering melancarkan jaket udara dengan beg udara kecemasan, E-Protect Air berharga €299 (RM1,425).

E-Protect Air versi baharu ini lebih langsing, padat dan mudah dipakai. Seperti versi terdahulu, jaket beg udara ini dipakai atas jaket motosikal dan direka untuk kegunaan jalan raya.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Maksud Kod IP Kalis Habuk, Air untuk Produk?
BACA >>> Penunggang Motosikal Sepanyol Bantah Peraturan Wajib Pakai Jaket Beg Udara

Jaket itu kini mempunyai penampilan lebih licin dan lebih kemas selain teknologi ditambah baik dengan kusyen udara mengembang dalam masa kurang 0.05 saat selepas impak kemalangan dikesan. Produk itu memiliki perlindungan tulang belakang, serviks, tulang ekor, toraks dan perut.

Dinilai empat bintang dalam ujian Keselamatan dan Pembaikan Automobil Perancis (SRA), jaket berkenaan menawarkan keselamatan lebih lengkap dengan ciri pelindung belakang Protectflex, dan diperakui tahap 1 mengikut piawaian EN17092-6:2020.

Jaket beg udara serba lengkap itu terdiri daripada fabrik sintetik kalis lelasan dan kalis air sebagai tambahan kepada teknologi beg udara. Ini boleh digunakan dalam pelbagai persekitaran, terutama dalam suhu panas, dan ada juga poket berzip di depan untuk fungsi tambahan.

Jaket E-Protect Air berfungsi tanpa wayar sepenuhnya dan tidak memerlukan penambat untuk dipasang pada motosikal.

Sensor pengesan kemalangan diletakkan dalam jaket yang berfungsi mengekalkan julat pergerakan dan mobiliti penunggang motosikal.

Bagaimanapun, Bering tidak memasang bateri boleh cas semula, sebaliknya meletakkan dua bateri yang menyediakan hingga 500 jam masa perjalanan, terdiri daripada 3.6V dan 9V, serta boleh diganti selepas habis.

Jaket E-Protect Air ditawarkan dalam empat saiz daripada XS/S, M/L, XL/XXL dan 3XL/4XL, yang dijual pada harga €299 (RM1,425).

BACA >>> Sepanyol Ubah Fikiran, Penunggang Motosikal Tidak Wajib Pakai Jaket Beg Udara
BACA >>> Beg Udara Dalam Seluar Jeans Lindungi Kaki Penunggang Motor, Harga RM2.2k!

Artikel Berkaitan

2
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Roda2 Tagged With: Airbag, aksesori, beg udara kecemasan, Bering, jaket, jaket beg udara, jaket keselamatan, Jaket Menunggang, perancins

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • HLYM Perkenal 4 Warna Baharu Yamaha NVX 155 (2022), Harga Asas Naik!
    HLYM Perkenal 4 Warna Baharu Yamaha NVX 155 (2022), Harga Asas Naik!
  • Inilah 13 Ciri Menarik Yamaha Y16ZR (2021) yang Perlu Anda Tahu
    Inilah 13 Ciri Menarik Yamaha Y16ZR (2021) yang Perlu Anda Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #ApaNakBuat: Indikator Bateri Menyala atau Berkelip?
    #ApaNakBuat: Indikator Bateri Menyala atau Berkelip?

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my