• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Sepanyol Ubah Fikiran, Penunggang Motosikal Tidak Wajib Pakai Jaket Beg Udara

Sepanyol Ubah Fikiran, Penunggang Motosikal Tidak Wajib Pakai Jaket Beg Udara

June 8, 2021 By Shawkath Leave a Comment

37
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KEMENTERIAN Pengangkutan Sepanyol (MOT) mengubah pendirian untuk menunda pelaksanaan syarat mandatori mewajibkan penunggang motosikal memakai jaket atau ves beg udara.

Keputusan 'pusingan U' itu dibuat selepas beberapa kumpulan dan persatuan motosikal mengemukakan bantahan terhadap cadangan tersebut yang dikhaskan kepada penunggang motosikal berkuasa tinggi di Sepanyol.

BACA >>> Syarikat Perancis Cipta Seluar Beg Udara untuk Penunggang Motosikal, RM2.4k

Tujuan asal idea MOT itu adalah mengurangkan kematian akibat kemalangan jalan raya, tetapi menjadi kontroversi hingga mendorong campur tangan Persatuan Penunggang Motosikal Sepanyol (AMM) untuk mengadakan tinjuan pendapat. Hasil survei AMM boleh dibaca di sini: Penunggang Motosikal Sepanyol Bantah Peraturan Wajib Pakai Jaket Beg Udara

Selain AMM, ada beberapa pertubuhan dan wakil kelab motosikal tampil mengemukakan bantahan terhadap syarat mandatori berkenaan.

Faktanya, sepanjang isu itu berbangkit sejak 2019 hingga kini, jualan pakaian keselamatan dengan beg udara seperti jaket, ves dan seluar penunggang motosikal menunjukkan trend peningkatan.

Fenomena itu membuktikan rata-rata penunggang motosikal di Sepanyol berfikiran ke depan dan akan membeli pakaian keselamatan berdasarkan kesedaran dan bukannya ‘paksaan’.

MOT mencadangkan idea itu selepas Sepanyol mencatatkan 350 kematian membabitkan penunggang motosikal sepanjang 2018. Namun, apa yang membuatkan cadangan tersebut dibantah ramai penunggang motosikal adalah  soal kos dan bukan tidak menerima pendekatan MOT untuk menyelamatkan nyawa.

Pakaian keselamatan khususnya mengandungi ciri beg udara untuk penunggang motosikal bukan berharga murah. Jika kerajaan Sepanyol menimbang untuk memberi insentif atau pengeluar pakaian keselamatan menawarkan diskaun, mungkin lebih ramai penunggang motosikal akan memakai jaket dan seluar beg udara.

BACA >>> #Videotomotif: Kucing Pun Reti Pakai Topi Keledar Naik Motosikal
BACA >>> #TahukahAnda: 5 Tip Memilih Helmet yang Betul?
BACA >>> #ApaNakBuat: 2 Cara Mudah Periksa Absorber Belakang, Perlu Ganti Baharu atau Tidak?
BACA >>> Held Perkenal Ves Beg Udara yang Padan Semua Jenis Jaket Menunggang

SUMBER: Motorpasion

37
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, beg udara, Jaket ABS, jaket beg udara, Jaket penunggang motosikal, Sepanyol, Ves ABS, Ves Beg Udara

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Proton X70 1.5L TGDi dari Shah Alam ke Desaru, Macam Tak Ada Beza Pun!

PROTON baru-baru menjemput media tempatan untuk sesi pandu uji khas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my