Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Berhenti di ‘New Zealand Malaysia’, 17 Pengguna Lebuh Raya Temiang-Pantai Kena Saman!
Auto Terkini

Berhenti di ‘New Zealand Malaysia’, 17 Pengguna Lebuh Raya Temiang-Pantai Kena Saman!

FarahBy Farah01/06/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SUDAH berkali-kali pihak berkuasa mengingatkan mana-mana kenderaan supaya tidak menghentikan kenderaan di Lebuh Raya Jalan Temiang-Pantai atau sinonim dengan gelaran ‘New Zealand Malaysia’, termasuk untuk tujuan bergambar.

Namun, arahan tersebut seakan tidak diendahkan hingga menyebabkan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban menjalankan Operasi Halangan di jalan tersebut, petang semalam.

Langkah itu diambil untuk mengekang tindakan segelintir pengguna jalan raya yang berhenti di lorong kecemasan sepanjang lebuh raya tersebut kerana boleh mengundang bahaya. Menurut Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM), sepanjang operasi dijalankan itu, 17 saman dikeluarkan.

Tindakan memberhentikan kenderaan di bahu jalan atau lorong kecemasan boleh diambil tindakan di bawah Kaedah 50 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 iaitu ‘Larangan Terhadap Halangan’ dan Kaedah 53 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 iaitu ‘Lorong Kecemasan’ yang jelas tidak membenarkan mana-mana individu atau kenderaan berada di atas jalan yang boleh menghalang lalulintas.

“Mana-mana pihak yang didapati bersalah boleh didenda tidak lebih dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan dan, dalam hal sabitan kali kedua atau kali kemudian, didenda tidak melebihi empat ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih dua belas bulan atau kedua-duanya,” tulis kenyataan itu.

PDRM turut memaklumkan, tindakan penguatkuasaan akan diteruskan bagi menjamin keselamatan pengguna jalan raya.

Lebuh Raya Temiang-Pantai di Negeri Sembilan dibuka kepada orang ramai pada 26 Ogos tahun lalu dan tular kerana menyajikan pemandangan indah berlatarkan Gunung Berembun dengan keindahan kehijauan hutan hujan tropika daerah Seremban.

BACA>>> Berhenti di Lebuh Raya ‘New Zealand Malaysia’ Boleh Denda RM2k, Jel 6 Bulan
BACA>>> Kerajaan NS Minta Parkir Khas di Lebuhraya Temiang-Pantai

berfoto di bahu jalan jalan temiang-pantai Lebuh Raya New Zealand Malaysia ops halangan
Farah

    Artikel Berkaitan

    Nozel RON95 dan RON97
    Auto Terkini

    BUDI95 Kekal RM1.99 Seliter, RON97 dan Diesel Semenanjung Cecah Lebih RM5 Seliter

    26/03/2026
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    25/03/2026
    Auto Terkini

    JPJ Ambil Tindakan Ke Atas 14,455 Kenderaan Sepanjang Op HRA 2026

    25/03/2026
    Auto Terkini

    Harga Minyak Global Turun, Harapan Diplomatik Redakan Ketegangan Asia Barat

    25/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    Inilah 10 Lagu Raya Buat Air Mata Meleleh Sempena PKP 3.0

    By Admin PanduLaju12/05/2021
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Auto Terkini

    Bila Ayah ‘Kaki Kereta’, Nama Anak Pun Jadi Jenama Kereta

    By Syafie25/03/2026
    Roda2

    MV Agusta Dedah Konsep Enjin Lima Silinder Baharu

    By Shazwan Hisam24/03/2026
    Auto Terkini

    KTM 990 RC R 2026 Rasmi di Pasaran Global, Dari RM66,000

    By Shazwan Hisam15/10/2025
    Auto Terkini

    Honda N-VAN 2026, Varian Turbo Baharu, Harga Mula RM37 Ribu

    By Abang Hirata20/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.