• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Benda LFC700 Siap Sedia Lawan Kawasaki Vulcan S, Harga Mula RM24.9k

Benda LFC700 Siap Sedia Lawan Kawasaki Vulcan S, Harga Mula RM24.9k

July 2, 2021 By Shawkath 4 Comments

4.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

BENDA Motorcycle melancarkan cruiser terbaharu, LFC700 dalam dua varian pilihan untuk pasaran China yang dijangka mampu menggugat populariti Kawasaki Vulcan S.

LFC700 ialah model pengeluaran daripada prototaip Benda LF-01 yang pernah ditayangkan sempena Pameran Dagangan Motosikal Antarabangsa China (CIMA) 2020.

Berikut perincian cruiser futuristik itu:

BACA >>> Benda BD999 - Roadster dari China yang Guna Air Sebagai Sumber Bahan Api
BACA >>> Sportbike Elektrik Pertama Benelli Debut di China, QJ7000D Bakal Jadi Penanda Aras?

  • Ada dua varian diperkenalkan, iaitu Standard dan High Power yang masing-masing dijual pada harga 38,800 yuan (RM24,940) dan 45,800 yuan (RM29,43o).
  • Kedua-dua varian menggunakan enjin 4-silinder sebaris 680cc penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api Delphi, dan dipadankan transmisi klac manual 6-kelajuan.
  • Setiap varian menghasilkan kuasa dan tork berbeza seperti berikut:
    • Standard - Kuasa 84.4hp @ 10,000rpm; Tork 60Nm @ 8,000rpm
    • High Power - Kuasa 92.5hp @ 11,000rpm; Tork 63Nm @ 8,500rpm
  • Kelajuan maksimum varian Standard ialah 170kmj, manakala High Power, 195kmj.
  • Versi High Power mendapat tambahan ciri klac antigelincir Assist & Slipper (A&S). Bagaimanapun, kedua-duanya tiada ciri terotel elektronik ride-by-wire dan kawalan jelajah seperti terdapat pada model konsep.
  • Sistem suspensi jenis fork terbalik (USD) di depan dan monoshock di belakang. Suspensi High Power menggunakan jenama KYB.

  • Menggunakan brek  cakera pada kedua-dua roda dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran untuk varian Standard daripada jenama Nissin, manakala High Power, Brembo.
  • Profil tayar 130mm di depan dan 310mm (belakang) manakala saiz tangki minyak 20 liter.
  • Berat kasar 235kg, tinggi pelana 695mm.
  • Tambahan lain ialah lampu LED penuh dan panel meter TFT digital beserta sistem navigasi.
  • Benda Motorcycle akan lancar model cruiser itu di Sepanyol, Britain dan Portugal.

BACA >>> #TahukahAnda: Apa Keburukan Pakai Tayar Lebar Berbanding Tayar Standard?
BACA >>> #ApaNakBuat: Tip Mudah Atasi Masalah Grip Hendal Motosikal Longgar
BACA >>> Kawasaki Rancang Hasilkan Super Cruiser Vulcan H2?
BACA >>> WMoto V16 - Cruiser Gaya Amerika Kini di Malaysia, Harga RM15.9k!

Benda TFC700 - 3
Benda LFC700
Benda TFC700 - 1
Benda TFC700 - 6
Benda TFC700 - 5
Benda TFC700 - 8
Benda TFC700 - 4
Benda TFC700 - 7

SUMBER: BikeDekho

Artikel Berkaitan

4.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Benda LFC700, Benda Motorcycle, cruiser, Kawasaki Vulcan S, motosikal cruiser China, roda2

Comments

  1. Mohammad yakup says

    July 3, 2021 at 9:19 PM

    So nice.saya ingin memilikinya.

    Reply
  2. RDHalim says

    February 24, 2022 at 1:30 AM

    Bila nak masuk Malaysia... penat tunggu2 masih xde

    Reply
  3. Din says

    February 9, 2023 at 8:01 AM

    Cantik dan Menawan.
    Cuma teknologi buatan china ni tak pasti dari segi ketahanan
    Dah masuk malaysia tolong update ya

    Reply
  4. Abd Razak says

    February 25, 2023 at 3:05 PM

    Masuk malaysia dh ka... Benda ni... Saya nk trend in skuter bmw saya..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • YouTuber India Buktikan Ducati Panigale V4 S Boleh Masak Telur Dadar
    YouTuber India Buktikan Ducati Panigale V4 S Boleh Masak Telur Dadar
  • Polis Tahan Dua Mekanik Bengkel Terlibat Kes Samun Bersenjata di Parit Sulong
    Polis Tahan Dua Mekanik Bengkel Terlibat Kes Samun Bersenjata di Parit Sulong
  • Polis Cekup 78 Mat Rempit Rawang, Sita 40 Motor
    Polis Cekup 78 Mat Rempit Rawang, Sita 40 Motor
  • LLM Sedia Kerjasama dengan Syarikat Konsesi Tol Untuk Sistem Bayaran Terbuka
    LLM Sedia Kerjasama dengan Syarikat Konsesi Tol Untuk Sistem Bayaran Terbuka

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my