Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Benarkah Bawa Naik Motor Punca Lif PPR Rosak?
Auto Terkini

Benarkah Bawa Naik Motor Punca Lif PPR Rosak?

AryonBy Aryon04/09/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MASALAH lif rosak di pangsapuri Projek Perumahan Rakyat (PPR) bukan lagi isu baharu. Paling terbaharu adalah insiden pada awal Ogos lalu yang menyaksikan beberapa penduduk PPR Kerinchi di Kuala Lumpur mengalami patah kaki apabila lif dinaiki mereka terhempas.

Bagaimanapun, pihak Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (JKKP) mendakwa lif tersebut bukan terhempas, tetapi turun melebihi kelajuan biasa. Namun apa yang pasti, kalau bukan terhempas sekalipun, masalah lif rosak memang sudah jadi isu biasa dalam kalangan penduduk PPR sama ada lif tidak berfungsi, punat tekan rosak, pintu lif tidak ditutup rapat atau tidak terbuka atau terbuka-tutup berkali-kali, lampu lif terbakar dan tidak berganti dan lain-lain lagi (sila senaraikan jika ada).

Selain tanggungjawab pihak berkuasa, sikap penduduk turut dikatakan menjadi punca kepada masalah lif kerap rosak. Dalam tinjauan Astro Awani di PPR Seri Pantai, masalah lif rosak di pangsapuri itu juga tidak terkecuali walaupun lif itu baru saja diganti atau diservis tidak sampai setahun.

BACA >>> Bas GoKL Tambah Laluan Baharu LRT Universiti-PPR Seri Pantai, Tambang Percuma!

Menurut Pengerusi Persatuan Penduduk PPR Sri Pantai, Tusiah Sinor, masalah lif rosak sangat sinonim dengan penduduk PPR termasuk Seri Pantai, malah beliau sendiri pernah jadi mangsa keadaan.

Selain kegiatan vandalisme yang menjadi antara puncak lif rosak, ada sesetengah penduduk bertindak melampau dengan membawa masuk motosikal ke dalam lif. Lebih menyakitkan hati, apabila ditegur, orang yang menegur pula yang kena marah.

“Ada yang bawa motosikal masuk lif dan naik atas. Apabila kita tegur dia marah kita balik. Dia tak kisah dan dia tidak hormat orang. Malah, dalam rumah pun ada yang letak motosikal. Kadang-kadang saya lapor juga ke pejabat kecil (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) sebab berat muatan itu lebih daripada manusia,” kata Tusiah.

Wakil Astro Awani turut mengakui kebenaran pengalaman dikongsi Tusiah apabila kebetulan muncul seorang penduduk sedang mengeluarkan motosikal dari dalam lif yang semestinya diparkir di dalam rumah (lihat video di atas).


KOMEN KAMI

Mungkin ada yang mempertikaikan (termasuk kami) mengenai kata-kata puan pengerusi pasal berat motosikal melebihi muatan. Ini kerana majoriti  berat motosikal jenis kapcai, yang biasa dibawa naik penduduk PPR, adalah lebih kurang 120kg sahaja. Lainlah kalau dia bawa masuk sebuah Axia.

Sebagai contoh, berat YSuku cuma 115kg, atau lebih kurang berat seorang lelaki dewasa dengan ketinggian 176sm yang berbadan gempal dan berperut buncit lebih kurang 5-6 inci dari paras dada.

Namun, fakta yang tidak perlu kita nafikan adalah tindakan membawa masuk motosikal ke dalam lif. Itu memang sikap yang cukup biadap kerana mementingkan diri dan memang patut dikecam. Ia sama saja dengan perangai kentut di dalam lif, merokok, membuang sampah merata-rata dan membawa sampah busuk yang entah berapa hari disimpan dan tidak dibungkus kemas hingga air sampah itu menitik ke lantai lif. Jangan ingat PanduLaju/ArenaPermotoran tak buat survey!

Nasihat kami, jika ada sesuatu isu berbangkit seperti masalah kecurian motosikal, tulislah surat dan buatlah aduan kepada pihak berkuasa. Kami dimaklumkan setiap PPR ada pejabat kecil  yang bertanggungjawab menguruskan hal ehwal penduduk di pangsapuri berkenaan. Jangan lupa tulis juga kepada DBKL dan Yang Berhormat kawasan anda. Tetapi jangan lupa buat tuntutan insurans.

MENGAMUK DI FACEBOOK?

Kalau cara konvensional (tulis surat) nampak seperti tidak meyakinkan, anda bolehlah mengadu terus secara e-mel  atau ‘PM tepi’ ke laman Facebook agensi berkenaan (seperti foto atas). Kalau semua sudah dibuat, dan tidak diendahkan, mengamuklah secara berhemah di Facebook dan ajaklah kawan sepangsapuri anda mengamuk bersama.

Apa yang penting, tidak perlulah dijahanamkan lif rumah kita kerana orang yang guna lif itu pun kita dan keluarga kita juga. Kalau berani pergilah jahanamkan lif pejabat DBKL sana (ini cuma bergurau, bukan hasutan!)

Tidak perlulah kita menunding jari kepada sesiapa kerana nanti orang itu (pihak berkuasa) pun akan menunding jari kepada kita juga dan masalah tetap tidak selesai. Apapun, kepada pihak berkuasa yang cuai dan bekerja sambil lewa, anda pun sebenarnya sama-sama hina dengan orang yang bawa masuk motosikal ke dalam lif.

Auto Terkini Flat Lif Lif Rosak Pangsapuri PPR PPR Projek Perumahan Rakyat PPR) Punca Lif Rosak
Aryon

    Artikel Berkaitan

    CAAM jadi badan berkanun bebas
    Auto Terkini

    MOT: Kenderaan De-Controlled, Pikap Bawa Barang Kini Ada Garis Panduan Baharu

    16/03/2026
    Auto Terkini

    24,135 Kes Langgar Had Laju Direkod Kamera AwAS di Kelantan

    16/03/2026
    Auto Terkini

    iCAUR Malaysia Rai Pencapaian Baharu, 1,800 Kenderaan Kini Di Jalan Raya

    16/03/2026
    Slip Lesen Kenderaan Motor (LKM) @ Road Tax
    Auto Terkini

    Lebih 15j Kenderaan Gagal Perbaharui Cukai Jalan Lebih Lima Tahun, Majoriti Motosikal

    16/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.