• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Baru Seminggu, Perodua Myvi (2018) Baharu Dapat 5k Tempahan - Varian Premium Paling Laku!

Baru Seminggu, Perodua Myvi (2018) Baharu Dapat 5k Tempahan - Varian Premium Paling Laku!

November 16, 2017 By Abang GYL 3 Comments

990
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BARU saja seminggu tempahan dibuka, Perodua sudah menerima sambutan luar biasa apabila 5,000 unit Myvi (2018) baharu ditempah. Daripada jumlah berkenaan, 77 peratus memilih varian paling premium (1.5L), manakala selebihnya 1.3L.

Angka itu juga bakal melepasi sasaran awal Perodua yang meletakkan jualan 6,000 unit untuk tiga bulan pertama. Menurut Perodua, 5,000 unit pertama Myvi (2018) baharu itu sudah bersedia dihantar kepada pelanggan secara berperingkat.

Myvi (2018) baharu didatangkan dalam 5 varian dan 2 pilihan enjin iaitu 1.3L dan 1.5L.

  • Perodua Myvi (2018) 1.3L G (MT) - RM44,300
  • Perodua Myvi (2018) 1.3L G (AT) - RM46,300
  • Perodua Myvi (2018) 1.3L X (AT) - RM48,300
  • Perodua Myvi (2018) 1.5L H (AT) - RM51,800
  • Perodua Myvi (2018) 1.5L AV (AT) - RM55,300

BACA >>> Raja Jalanan Kembali Gegar! Perodua Myvi (2018) Dilancarkan! [7 Fakta Ekspres + Foto Rasmi]

2018 Perodua Myvi Baharu Malaysia_PanduLaju (30)
perodua myvi baharu 2018
perodua myvi baharu 2018 gear up
perodua myvi baharu 2018
perodua myvi baharu 2018
2018 Perodua Myvi Baharu Malaysia_PanduLaju (27)

Varian 1.3L menggunakan enjin sama seperti Perodua Bezza, berkuasa 94hp pada 6,000rpm dan tork 121Nm (4,000rpm), manakala 1.5L menggunakan unit sama yang digunakan Toyota Vios baharu dan diberikan talaan semula dengan hamburan kuasa 102hp pada 6,000rpm berserta tork 136Nm (4,200rpm).

Paling menarik, Myvi (2018) baharu turut didatangkan dengan ciri Bantuan Keselamatan Termaju (ASA). Bukan itu saja, versi premium model ini didatangkan dengan 6 beg udara dan varian standard dibekalkan 4 beg udara.

BACA >>> 10 Soalan Paling Banyak Ditanya Tentang Perodua Myvi (2018) Baharu

Related

990
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Harga Perodua Myvi baharu (2018), pandu uji perodua myvi baharu 2018, perodua myvi baharu 2018, tempahan myvi 2018, tempahan myvi baru

Comments

  1. Alson P says

    November 17, 2017 at 4:28 PM

    Myvi kembali merampas tahta yang di sandang Asia..

    Reply
    • Alson P says

      November 17, 2017 at 4:29 PM

      Axia**

      Reply
  2. Man says

    November 21, 2017 at 7:49 AM

    Tak kerja maksudnya x kerja dgn orang tapi ada bisnes sendiri ke? Bisnes sendiri pun kerja bang.. buat slip gaji sendiri lah.. cop syarikat sendiri.. kalau bisnes xde lesen tu x pasti lah..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!
    Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev