Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»Bang & Olufsen Perkenal Produk Sistem Bunyi Premium Ferrari Collection
Aksesori

Bang & Olufsen Perkenal Produk Sistem Bunyi Premium Ferrari Collection

Han OthmanBy Han Othman12/10/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JENAMA sistem audio dan automasi rumah premium, Bang & Olufsen (B&O), dengan kerjasama pengeluar supercar Ferrari, mengumumkan koleksi baharu fon kepala dan pembesar suara di Malaysia, dinamakan Ferrari Collection.

Koleksi tersebut menampilkan imaginasi semula produk Bang & Olufsen dalam tema merah menyerlah yang menjadi warna signatur Ferrari.

Ketua Head of Bang & Olufsen Asia Tenggara, Soren Kokholm berkata;

Kami sangat teruja dengan kolaborasi ini. Ada sejarah kuat dalam pembuatan ketika kami bersama (Ferrari) menghasilkannya.

“Ini kembali kepada pemulaan B&O dan Ferrari. Pengasas, Enzo Ferrari, Peter Bang dan Svend Olfsen ialah individu visionari yang mentakrifkan industri masing-masing dengan mencabar status quo.

“Legasi mereka berterusan berdekad lama yang mendorong kedua-dua jenama ke tahap tinggi hingga hari ini.

“Kombinasi prestasi terbaik dalam kelas, estetika anggun dan kerja tangan teliti membawa B&O dan Ferrari bersama menghasilkan koleksi ini. Ini dipertingkat menerusi warisan tiada tandingan dua jenama ini yang menjadikan kolaborasi ini sesuatu yang perlu diingati.”

DIILHAMKAN DARIPADA SUPERCAR, BUNYI YANG DAPAT DILIHAT

Koleksi ini mengambil ilham pendekatan tradisional Bang & Olufsen. Naib Presiden Kanan Pembangunan Perniagaan dan Perkongsian Strategic Bang & Olufsen, Christoffer Poulsen menjelaskan;

Pembesar suara klasik kami diadunkan semula jadi dengan kediaman pengguna dan juga menonjolkan rekabentuk cantik. Koleksi ini berbeza. Ada penyataan seperti supercar yang membuatkan ia mudah dilihat dan didengari di mana-mana saja mereka pergi.”

1. Beosound 2

Beosound 2 memberikan pengalaman audio rumah 360º yang memenuhi ruang yang ada. Produk ini direka fleksibel untuk ditempatkan pada ruang lantai, meja atau rak selain mudah dipindahkan dari bilik ke bilik.

Active RoomSense dan sensor proksimiti terbina dalam memadankan keindahan Beosound 2 dengan teknologi pintar menerusi kon aluminium gred tinggi yang memuatkan pembesar suara untuk rupa yang halus, dan akustik bunyi cemerlang.

Beosound 2 dihasilkan di Kilang 5 Bang & Olufsen’ di Struer, juga diimaginasi semula daripada rekabentuk merah signatur Ferrari. Badan aluminium digilap untuk memberikan kilauan tinggi, dan meningkatkan kesan bebayang merah. Lencana ikonik Ferrari diposisikan bawah gril.

2. Beoplay H95

Fon kepala premium Beoplay H95 memberikan inovasi dan bunyi terbaik dalam kelas. Titanium kustom memberikan bunyi lebih padu berbanding produk terdahulu, dan ciri pembatal bunyi aktif adaptif yang boleh dilaras pemakai semudah memutar gelang aluminium mangkuk telinga (earcup).

Dikemas kulit lembu lembut dan ciri 38 jam boleh dengar tanpa henti, Beoplay H95 dibina untuk bertahan selamanya. Fon kepala ini menampilkan warna hitam (jet black) Ferrari , klasik malar segar dengan logo kuda Farrari dan tera laser Bang & Olufsen yang sepadan.

Di bawah mangkuk telinga, gril pembesar suara titanium dianod dengan tona merah pucat yang dipilih khas untuk produk kolaborasi ini.

3. Beosound Explore

Beosound Explore ialah pembesar suara mudah alih yang sempurna untuk aktiviti luar. Dengan rating IP67 rating, produk ini adalah kalis air dan habuk sepenuhnya.

Pembesar suara ini dibuat untuk dibawa di mana dan ke mana saja. Dengan pautan pantas dan Bluetooth, muzik dapat segera dinikmati semudah satu sentuhan dengan masa main 27 jam.

Beosound Explore didatangkan dengan tera laser logo kuda Ferrari, dan karabiner hitam menonjol untuk sebarang aktiviti mencabar. Pembesar suara dua lapis badan ini dianod dalam warna merah dan hitam supaya gril menyerlah dengan kemasan gelap.

4. Beoplay EX

Beoplay EX ialah fon telinga wayarles dengan pembatal bising aktif dipertingkat, dan bunyi cemerlang dengan dilengkapkan pengecas wayarles hingga 20 jam  untuk dimainkan sepanjang masa.

Enam mikrofon  dan teknologi bentuk-suluh pintar membolehkan Beoplay EX digunakan untuk menjawab panggilan perniagaan dan menikmati muzik dalam kualiti yang sama.

Bagi Ferrari Collection, putik telinga (earbud) sebelah kanan tertera logo hitam foil lencana Ferrari, diposisikan bawah kaca merah ikonik, dipotong dan digilap untuk kilauan cermin

Ferrari Collection boleh didapati di:

  • Aeco HQ Taman Shamelin
  • Sprint Cass (Metapod), KLIA 1 and 2
  • Foto Flash (Flash Gadget), The Gardens
  • Streotype, IOI City Mall (Coming soon in Q4)
  • Charlie Care, Penang
  • B&O, The Gardens
aksesori Bang & Olufsen Bang & Olufsen (B&O) Ferrari Ferrari Collection Fon Kepala Fon Telinga Pembesar Suara
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Indian Motorcycle sambut aniversari 125-tahun
Roda2

Indian Motorcycle Sambut 125 Tahun, Lancar Empat Model Edisi Khas

02/03/2026
Alpinestars Tech-Air 5 Plasma
Aksesori

Alpinestars Tech-Air 5 Plasma: Beg Udara Paling Canggih Setakat Ini?

24/02/2026
Auto Terkini

Ferrari Luce EV Pertama Ferrari, Dalaman Gaya Retro Dari Sir Jony Ive, Bekas Pereka Apple

10/02/2026
LS2 OF628 Compass
Aksesori

LS2 Lancar Helmet OF628 Compass, Harga Mula RM388

08/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.