• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Azlan Kuasai Ujian Pra Musim ARRC - Makin Serasi Tunggang Jentera Kawasaki

Azlan Kuasai Ujian Pra Musim ARRC - Makin Serasi Tunggang Jentera Kawasaki

March 23, 2016 By Abang GYL Leave a Comment

FacebookTwitter

Azlan Shah ARRC Kawasaki_pandulajudotcomdotmy (1)BEKAS pelumba Moto2 negara, Azlan Shah Kamaruzaman selesa pada aksi pertamanya bersama jentera Kawasaki apabila mencatat masa terpantas SuperSports 600cc pada hari pertama sesi ujian pra-musim Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) di Litar Johor, Pasir Gudang, Johor.

Bagi Azlan, kegagalan meneruskan aksi di pentas Moto2 bukanlah pengakhiran bagi karier perlumbaannya. Musim 2016 menyaksikan juara SuperSports 600cc ARRC musim 2013 bakal mengetuai cabaran Kawasaki bersama pasukan BikeArt Kawasaki Racing dalam misi memburu gelaran keseluruhan yang kali terakhir dimenangi pada 2011 menerusi pelumba handalan Jepun, Katsuaki Fujiwara.

“Saingan ARRC semakin mencabar tahun demi tahun. Ia juga telah menarik minat ramai pelumba-pelumba berkelas dunia dari Asia dan pada masa sama terus melahirkan lebih ramai pelumba-pelumba berbakat melalui siri kejuaraan itu sendiri.  Saya telah meninggalkan siri ini selama dua tahun dan menjangkakan bukan tugas mudah untuk saya memenangi perlumbaan,” jelas Azlan.

Azlan Shah ARRC Kawasaki_pandulajudotcomdotmy (2)Musim ini menyaksikan Azlan buat pertama kali menggunakan jentera Kawasaki selepas memulakan kariernya bersama jentera Yamaha sebelum beralih ke jentera Honda yang membantunya bergelar juara Asia.

Azlan melakukan catatan terbaik 1’32.311s daripada tiga sesi latihan yang berlangsung mengatasi catatan seorang lagi pelumba negara, Zaqhwan Zaidi (Musashi Boon Siew Honda) yang mencatat masa terbaik 1’32.755s diikuti rakan sepasukan Zaqhwan, Yuki Takahashi, 1’32.924s.

Untuk rekod, ketiga-tiga pelumba pernah beraksi di pentas Moto2 dan bergelar juara keseluruhan ARRC dengan Azlan (2013), Zaqhwan (2014) dan Yuki (2015).

Pusingan pembukaan ARRC musim 2016 akan berlangsung di Litar Johor, Pasir Gudang pada 31 Mac hingga 2 April ini.

Keputusan hari pertama ujian pra-musim ARRC:

SuperSports 600cc

  1. Azlan Shah Kamaruzaman (MAS), 1’32.311s;
  2. Md Zaqhwan Zaidi (MAS), 1’32.755s;
  3. Yuki Takahashi (JPN), 1’32.924s;

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: ARRC, ARRC 2016, Azlan Shah kamaruzaman, Kawasaki, Kejuaraan Motosikal Asia FIM, SuperSports 600cc

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda RS150R (2023) Ada 4 Pilihan Warna, Harga Jualan Asas Cuma RM8.2k!
    Honda RS150R (2023) Ada 4 Pilihan Warna, Harga Jualan Asas Cuma RM8.2k!
  • JPJ Tahan Pemandu Lori RORO Berusia 13 Tahun Bersama Kelindan Berumur 15 Tahun
    JPJ Tahan Pemandu Lori RORO Berusia 13 Tahun Bersama Kelindan Berumur 15 Tahun
  • Foto Kia Picanto Facelift (2023) Bocor Sebelum Pelancaran
    Foto Kia Picanto Facelift (2023) Bocor Sebelum Pelancaran
  • 8 Benda Baharu Ada Pada Kawasaki Z900, Z900 SE (CKD) Keluaran Kilang Modenas
    8 Benda Baharu Ada Pada Kawasaki Z900, Z900 SE (CKD) Keluaran Kilang Modenas

PANDU UJI

#PanduUji: BMW 330i M Sport (2023) untuk yang Mahukan Fiil Memandu Sebenar!

BMW 330i M Sport (2023) facelift dilancarkan di pasaran Malaysia pada … [Baca Lagi...]

#TunggangUji [dari Turkiye]: Pakej CFMoto 450SR (2023) Mampu Hapus Stereotaip Negatif

MENUNGGANG atas permukaan trek basah dan air bertakung serta dalam … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my