Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Ayah Masuk Rumah Sekejap, Tapi Anak 3 Tahun Sudah Terkunci Sendiri dalam Kereta
Auto Terkini

Ayah Masuk Rumah Sekejap, Tapi Anak 3 Tahun Sudah Terkunci Sendiri dalam Kereta

Han OthmanBy Han Othman08/06/2020
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEORANG kanak-kanak perempuan terperangkap dalam kereta bapanya kerana terkunci dari dalam di Jalan Denai 11, Taman Puteri Wangsa, di Johor Bahru, semalam.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Johor Jaya Pegawai Bomba Kanan II Mohd Kamal Shaari berkata, Nur Ayra Medina Mohamad Fadzil, 3, terperangkap kira-kira 10 minit selepas tertekan kunci dalam insiden yang berlaku jam 2.58 petang itu.

Katanya, seramai sembilan anggota bomba dengan satu jentera digerakkan ke lokasi kejadian apabila menerima panggilan kecemasan daripada bapa mangsa yang berumur 20-an.

“Kejadian tersebut dimaklumkan terjadi apabila mangsa sekeluarga mahu keluar dan kanak-kanak berkenaan diletakkan di tempat duduk bahagian hadapan, dengan enjin kereta itu dihidupkan.

“Bapa mangsa pergi ke dalam rumah sebentar dan apabila kembali semula, didapati pintu kereta terkunci dan dipercayai dikunci sendiri oleh mangsa,” katanya.

Bomba mengambil masa kira-kira lima minit untuk membuka pintu kenderaan jenis Proton Saga itu dengan menggunakan peralatan khas. Mangsa diserahkan kepada keluarga dalam keadaan baik.

BACA >>> Tip Elak Tertinggal Anak dalam Kereta, Campak Kasut ke Kerusi Belakang
BACA >>> Tertinggal dalam Kereta Hampir 4 Jam, Bapa Hilang Anak Selamanya


KOMEN KAMI

Elakkan tinggalkan anak sendiri dalan kereta tidak kira sekejap atau lama urusan anda itu. Sila bawa mereka bersama. Lebih-lebih lagi anak yang berusia 7 tahun ke bawah. Selain risiko terkunci dari dalam seperti mana kes ini, anda juga boleh terlupa tentang anak yang ditinggalkan itu. Malah terdedah kepada risiko jenayah.

* Gambar sekadar hiasan.

SUMBER: Bernama

Auto Terkini
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Pemandu Mabuk Rempuh Palang Keselamatan Pintu 2 Istana Negara

23/01/2026
Auto Terkini

DENZA Malaysia Rai Ulang Tahun Pertama, Harga D9 Disahkan Kekal Hingga 2026

23/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Tesla Model Y Long Range RWD Kini di Malaysia, Jarak 661km WLTP, Harga RM216,450

23/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Tesla Model 3 Varian Paling ‘Rahmah’ Kini di Malaysia, Jarak 534km WLTP, Harga RM147,600

23/01/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Spider Ace 115 Tiga Roda
Roda2

Modenas Spider Ace 115: daripada Kapcai Standard Jadi Tiga Roda

By Syafie19/01/20261
Warga asing bawa lori sampah
Auto Terkini

JPJ Tak Halang Warga Asing Bawa Lori Sampah Kalau…

By Syafie21/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/20261
Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama ‘Z15GT’?

By Syafie19/01/2026
Yamaha NMAX 155 ABS 2025 | Japan
Roda2

Yamaha NMAX 155 ABS 2026 Perkenal Warna Baharu untuk Jepun!

By Abang Hirata20/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Benarkah Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie19/01/2026
Auto Terkini

Kawasaki Brusky 125 ‘Kembar’ Modenas Karisma 125 Terjual 17,000 Unit di Filipina

By Syafie15/01/2026
Lepas L8
Roda4

Lepas Umum Perluas Rangkaian di Malaysia, Debut Separuh Pertama 2026

By Syafie23/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.