Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»‘Axia Eropah’ Edisi Khas Bakal Debut di Geneva – Toyota Aygo S-Style, X-Cite
Roda4

‘Axia Eropah’ Edisi Khas Bakal Debut di Geneva – Toyota Aygo S-Style, X-Cite

Abang HirataBy Abang Hirata12/02/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KERETA segmen-A memang popular di Malaysia. Model paling popular semestinya Perodua Axia yang nampaknya sukar digugat model lain. Salah satu sebab kenapa Axia begitu popular ialah harga yang sukar disaingi pengeluar lain. Selain itu, reputasi Axia dibina sejak penjualan Kancil lagi.

Kereta segmen-A (juga dipanggil city car, atau keicar) bukan saja popular di negara kita, tetapi juga Eropah. Toyota mempunyai model khusus untuk segmen ini, dikenali Aygo yang mula diperkenalkan pada 2005.

Aygo sebenarnya hasil usahasama Toyota dan Peugeot. Model generasi pertama berada lama di pasaran sebelum model generasi kedua menyusul pada 2014. Ia berada di bawah satu lagi model sama kelas, Yaris. Saiz Aygo memang kompak, malah sedikit kecil jika dibandingkan Axia.

BACA >>> Toyota Aygo Facelift (2019) Tampil Perubahan Minimalis

Aygo sekarang sudah memasuki tahun kelima dan nampaknya Toyota masih menaruh harapan untuk menjual model ini. Menjelang Pameran Motor Geneva pada Mac nanti, Toyota bakal memperkenalkan dua model istimewa: Aygo X-Style dan Aygo X-Cite.

Walaupun sudah berusia, Aygo tetap laku keras. Pada tahun lalu, model itu menduduki kelompok jualan terbaik segmen-A di Eropah dengan lebih 91,700 unit terjual, termasuk menguasai 74 peratus pasaran. Salah satu ciri unik Aygo ialah rekabentuk badan comel dan tidak konvensional yang mana konsep itu diteruskan dua model istimewa tersebut.

CIRI TOYOTA AYGO S-STYLE DAN AYGO X-CITE

TOYOTA AYGO X-STYLE

  • Hadir dalam warna putih dan bumbung kanvas, Orange Twist (jingga).
  • Kemasan jingga gelap pada bahagian depan, belakang, sisi dan cermin sisi.
  • Lampu kabus, dan cermin belakang privasi.
  • Rim aloi 15 inci 10 jejari dengan penutup hab jingga.
  • Kemasan hitam Piano Black pada konsol tengah, panel papan pemuka, ventilator penyaman udara dan sekeliling tombol gear.
  • Alas kaki dengan kemasan jingga dan kerusi semi-kulit.

TOYOTA AYGO X-CITE

  • Hadir dalam dua warna jingga dan bumbung hitam.
  • Cermin sisi hitam dan kemasan jingga pada bampar.
  • Lampu kabus, dan cermin belakang privasi.
  • Rim aloi 15 inci hitam kilat.
  • Kemasan hitam kilat pada konsol tengah dan papan pemuka. Ventilator penyaman udara oren dan warna kemasan krom pada sekeliling tombol gear.
  • Alas kaki dengan kemasan jingga dan kerusi dengan balutan fabrik Manhattan.

Selain ciri di atas, dua model edisi khas ini didatangkan standard dengan kawalan audio pada stereng dan pengehad kelajuan untuk varian transmisi manual. Sistem multimedia terdiri daripada skrin paparan 7 inci yang menyokong sambungan Apple CarPlay dan Android Auto. Ciri standard lain ialah kamera undur. Hebat, kereta kecil pun ada kamera undur!

OPSYEN TOYOTA SAFETY SENSE

Bagi pengguna yang mahukan ekstra ciri keselamatan, Aygo boleh dipesan dengan sistem bantuan pemandu, Toyota Safety Sense, terdiri daripada Sistem Pra-Perlanggaran (PCS) yang berfungsi pada kelajuan 0-80kmj.  Sistem ini berfungsi memberi amaran audio dan visual jika terdapat risiko kemalangan, yang turut membantu menambah kuasa hentian apabila pemandu membrek.

Jika pemandu gagal memberikan tindak balas secukupnya, sistem akan mengaktifkan brek automatik dan mengurangkan kelajuan hingga 30kmj atau dalam situasi tertentu hingga kereta berhenti sepenuhnya. Satu lagi teknologi ialah Amaran Tukar Lorong (LDA) yang akan memberi amaran audio dan visual kepada pemandu jika tersasar daripada laluan pemanduan sepatutnya.

Aygo dibekalkan enjin 3-silinder 998cc DOHC dengan teknologi pemasaan pintar, Dual VVT-i berkuasa 72hp @ 6,000rpm dan tork 93Nm @ 4,400 rpm. Kuasa pecutan 0-100 kmj mengambil masa 13.8 saat dengan kelajuan maksimum 160kmj.

Aygo edisi khas ini didatangkan dalam versi Standard dan Eco. Varian Eco memiliki julat gear 4 dan 5 yang lebih panjang, sistem mula-henti dan beberapa perbezaan aerodinamik supaya lebih cekap bahan api.

BACA >>> #RetroAuto: Ramai Tidak Tahu Toyota-Yamaha Pernah Bekerjasama Jual Trak Pikap

city car hatchback Roda4 segmen A Toyota Toyota Aygo Toyota AYGO x-cite Toyota AYGO x-style
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    15/03/2026
    Honda henti pengeluaran tiga model EV
    Auto Terkini

    Honda Batal Pembangunan Tiga Model EV, Bos Besar Dipotong Imbuhan!

    14/03/2026
    Jetour T2 2026
    Roda4

    SUV Kompak, Jetour T2 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM156,800!

    14/03/2026
    Land Rover Range Rover Velar | Spyshot
    Roda4

    #Spyshot: Land Rover Range Rover Velar Generasi Baharu Tukar Jadi Wagon EV?

    13/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Honda Rebel 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Warna Baharu Honda Rebel 2026

    By Shazwan Hisam13/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.