AVETA Motor Malaysia secara rasmi memperkenalkan skuter baharu, Aveta Viper 180 dengan enjin 174cc dan pelbagai ciri moden yang ditawarkan pada harga RM8,998.
Model itu menyasarkan pengguna yang mahukan skuter prestasi dengan teknologi terkini untuk kegunaan harian dan perjalanan jarak sederhana.
Enjin 174cc Berkuasa 13.6kW
Aveta Viper 180 dikuasakan enjin 4-lejang silinder tunggal 174cc SOHC penyejukan cecair dengan output kuasa
- Kuasa 13.6kW (18.2hp) @ 8,500rpm
- Tork 17.2Nm @ 6,500rpm
Kuasa disalurkan melalui transmisi automatik CVT dengan sistem suntikan bahan api elektronik (EFI) Bosch untuk kecekapan dan prestasi lebih lancar.
Ciri Keselamatan, Casis
Berikut spesifikasi Viper 180:
- Sistem suspensi: Fork teleskopik (depan), dan dwi-absorber (belakang)
- Sistem brek: Cakera (depan dan belakang)
- Ciri keselamatan: Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), dan Sistem Kawalan Traksi (TCS)
- Tayar: Saiz 110/70 14 (depan) dan 130/70 13 (belakang)
Panel Meter TFT, Kunci Pintar, Kamera Pemuka
Antara ciri moden diberikan ialah:
- Panel TFT LCD digital 7 inci dengan skrin sentuh
- Sistem penghidup bebas kunci (keyless)
- kamera pemuka (dashcam) di depan
- Tinggi pelana 770mm
- Berat 127kg
- Kapasiti tangki petrol 10.5 liter
Pilihan Warna
Aveta Viper 180 ditawarkan dalam pilihan tiga warna:
- Arctic White (putih)
- Midnight Black (hitam)
- Storm Grey (kelabu)
Skuter itu turut hadir dengan waranti dua [2] tahun atau 20,000km (mana satu tiba dulu).

















































