Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Aveta Malaysia Lancar Dua Varian VTM 250, Harga Mula RM12.9k!
Roda2

Aveta Malaysia Lancar Dua Varian VTM 250, Harga Mula RM12.9k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju10/10/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


AVETA Global Marketing (Aveta Malaysia) melancarkan dua varian motosikal dwi-guna VTM 250 ke pasaran tempatan iaitu LX dan supermoto M.

VTM 250 LX dijual pada harga RM12,988 dan boleh didapati bermula hujung bulan ini, manakala supermoto VTM 250 M berharga RM13,388 diedarkan Disember nanti. Harga pula tidak termasuk insurans dan pendaftaran.

BEZA LX, M

Kedua-dua varian berkongsi enjin sama jenis 4-lejang silinder tunggal 250cc SOHC penyejukan minyak, manakaa transmisi manual 6-kelajuan. Perbezaan utama dua model itu adalah jarak tinggi bumi, jenis tayar dan saiz rim (lihat gambar).

LX memiliki jarak tinggi bumi 305mm dengan rim 21 inci di depan dan rim 18 inci (belakang). Varian M pula menawarkan jarak tinggi bumi 290mm dengan rim aluminium depan dan belakang 17 inci.

WARNA

LX ditawarkan dalam pilihan Arsenal Red (merah) atau Army Green (hijau), manakala M hadir dalam pilihan Blazing Red (merah) dan Admiral Blue (biru).

PERINCIAN

  • Trenkuasa 4-lejang silinder tunggal 250cc SOHC 2-injap penyejukan minyak dengan sistem suntikan bahan api (FI) dan syaf imbang dalaman.
  • Output kuasa 18.8hp @ 8,500rpm, dan tork 18Nm @ 6,500rpm.
  • Panel meter LCD digital penuh.
  • Sistem penghidup menggunakan butang pemula (push start).
  • Kotak gear klac manual 6-kelajuan.
  • Frem semi double cradle.
  • Sistem suspensi fork terbalik (USD) di depan, dan monoshock boleh laras (belakang).
  • Sistem brek cakera tunggal pada kedua-dua roda. Hanya roda depan supermoto M dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
  • Kapasiti tangki 8 liter.
  • Dimensi panjang 2,133mm, lebar 780mm, dan tinggi 1,195mm, manakala jarak roda 1,396mm.

  • Tinggi pelana 908mm.
  • Berat kering 125kg.
VTM 250 LX
VTM 250 M
VTM 250 LX DAN M
AVETA Global Marketing Aveta Malaysia Motosikal Adventure motosikal mortard roda2
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    21/06/2026
    Roda2

    Honda CRF250R, CRF250RX, CRF450R dan CRF450RX 2027 – Model 450 Rombakan Besar!

    20/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    18/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    18/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    By Abang Hirata18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    Roda2

    #KLIMS2026: Suzuki SV-7 GX Bakal Masuk Malaysia, Previu Di MITEC

    By Shazwan Hisam18/06/2026
    Honda N-BOX 2027
    Roda4

    Honda N-BOX 2027 dalam Rekabentuk N-BOX Custom yang Lebih Garang!

    By Abang Hirata22/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.