Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»AutoFlight Perkenal Kereta Terbang Terbesar Dunia
Auto Terkini

AutoFlight Perkenal Kereta Terbang Terbesar Dunia

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam23/02/2026
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

SYARIKAT rintisan (startup) penerbangan, AutoFlight, mencuri perhatian dunia apabila memperkenalkan pesawat elektrik berlepas dan mendarat menegak (eVTOL) kelas lima tan yang didakwa terbesar dalam kategorinya. Model dinamakan Matrix itu dipertontonkan kepada umum selepas berjaya melengkapkan demonstrasi penerbangan di kemudahan ujian di Kunshan, China.

Berpangkalan di Shanghai, syarikat berkenaan mendapat sokongan kukuh daripada gergasi bateri EV, Contemporary Amperex Technology (CATL) yang memegang pegangan signifikan dalam syarikat tersebut. Kerjasama itu menjadi asas penting dalam pembangunan teknologi bateri berketumpatan tinggi bagi menyokong kapasiti dan jarak operasi pesawat generasi baharu ini.

Saiz Lebih Besar, Muatan Hingga 10 Penumpang

Matrix tampil dengan bentangan sayap sekitar 20 meter, panjang 17.1 meter dan tinggi 3.3 meter, jauh lebih besar berbanding kebanyakan eVTOL sedia ada yang lazimnya berada dalam julat 1.5 hingga 3 tan. Dengan kapasiti sehingga 10 penumpang, ia menandakan lonjakan besar untuk industri yang sebelum ini lebih tertumpu kepada konfigurasi empat hingga enam tempat duduk.

Matrix turut ditawarkan dalam versi logistik berat. Strategi dwi-fungsi ini memperlihatkan hala tuju AutoFlight yang tidak hanya mengejar pasaran mobiliti udara bandar, tetapi juga segmen penghantaran kargo bernilai tinggi dan sensitif pada masa.

Persaingan Sengit Industri eVTOL China

AutoFlight kini berada dalam kelompok pemain utama eVTOL negara itu bersama Ehang, unit kereta terbang Xpeng serta Geely menerusi anak syarikatnya Aerofugia. Negara tersebut agresif membangunkan apa yang digelar sebagai ekonomi altitud rendah, termasuk penyediaan rangka kerja peraturan dan piawaian industri menjelang 2030.

Dalam masa sama, pensijilan kekal cabaran utama. Untuk beroperasi secara komersial, setiap model perlu memperoleh Sijil Jenis (Type Certificate), Sijil Pengeluaran dan Sijil Kelayakan Udara. AutoFlight menyasarkan kelulusan penuh bagi varian penumpang dalam tempoh satu hingga dua tahun, walaupun tempahan awal sudah mula diterima.

Rekod Penerbangan Kargo & Sasaran Global

Sebelum Matrix, model kargo dua tan dikenali sebagai CarryAll telah mencatat sejarah apabila melaksanakan penerbangan kargo rentas bandar pertama dunia bagi eVTOL kelas satu tan. Penerbangan sejauh 160km dari Anqing ke Hefei di wilayah Anhui berjaya disempurnakan dalam masa kira-kira sejam, membawa muatan minuman dan bungkusan komersial.

Menurut firma penyelidikan CCID Consulting, beberapa pengeluar dijangka memulakan penghantaran eVTOL komersial seawal 2026. AutoFlight pula meletakkan sasaran jangka panjang untuk menurunkan kos perjalanan udara ke tahap setanding perkhidmatan e-hailing premium, selain merancang pengembangan ke Asia Timur Laut, Asia Tenggara dan Timur Tengah, khususnya di kawasan berinfrastruktur darat terhad seperti negara kepulauan dan wilayah pergunungan.

Jika momentum pembangunan ini berterusan, tidak mustahil kereta terbang yang selama ini dianggap futuristik bakal menjadi realiti mobiliti harian dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.

SUMBER: Bangkok Post

AutoFlight eVTOL eVTOL China Kereta Terbang
Shazwan Hisam

Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

Artikel Berkaitan

Ahmad Maslan - peruntukan baiki jalan berlubang.
Auto Terkini

Lebih 54,000 Aduan Kerosakan Jalan Diterima Menerusi MYJalan

23/02/2026
Auto Terkini

#TahukahAnda Kereta Sendiri, Kereta Api atau Kapal Terbang, Mana Paling Berbaloi Guna?

23/02/2026
Auto Terkini

JKDM Johor Sita 42 Kenderaan Mewah Bernilai RM22j Dalam Ops Terma

23/02/2026
Auto Terkini

#F12026: Lima Perkara Perlu Diperhati Dalam F1 2026

23/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

Cyclone RA600 Rasmi Dilancarkan di Malaysia, Harga RM25,888

By Syafie11/02/2026
Proton Saga 2026 Serba Baharu
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Januari 2026, Proton Saga Jadi ‘King’ Baru!

By Syafie11/02/2026
Auto Terkini

Pakar: Larang Kapcai Musim Perayaan Mampu Kurangkan Nahas Jalan Raya

By Syafie21/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Auto Terkini

Yamaha PG-1 2026 Tampil Warna Baharu, Harga Kekal RM6,998

By Shazwan Hisam11/02/2026
Wmotot Island 150i dan Hawk 200i lancar di Malaysia
Roda2

WMoto Island 150, Hawk 200i Masuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM6,688

By Syafie12/02/2026
Ducati Formula 73 2026
Roda2

Ducati Formula 73 – Cafe Racer Edisi Terhad 873 Unit Sempena Ulang Tahun ke-100!

By Abang Hirata13/02/2026
PLUS mula projek rintis ANPR
Auto Terkini

200,000 Pengguna Muat Turun Aplikasi JustGO Malaysia untuk Sistem ANPR

By Syafie20/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.