• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Audi Baharu di China, Bakal Lancar AUDI E5 Sportback 2026 dengan Jarak Pandu 770km!

Audi Baharu di China, Bakal Lancar AUDI E5 Sportback 2026 dengan Jarak Pandu 770km!

May 6, 2025 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


JIKA mahu berada di pasaran China, mestila mengikut rentak republik itu. Ini bukan main-main kerana China ialah pasaran kereta terbesar dunia ketika ini.

Satu perkembangan menarik di sana, pengeluar dari Eropah, Audi mewujudkan jenama baharu di China yang bukan sub jenama dengan nama berbeza seperti amalan pengeluar lain, tetapi mengekalkan nama sama dengan menggunakan ejaan huruf besar, iaitu AUDI.

Fokus Model NEV, Perkenal AUDI E5 Sportback 2026

AUDI E5 Sportback 2025

Jenama baharu itu menumpukan kepada kenderaan tenaga baharu (NEV) yang khusus untuk pasaran China.

Tanpa perlu menunggu berbulan atau bertahun, AUDI sudah memperkenalkan model pengeluaran pertama, AUDI E5 Sportback 2026 yang akan dilancarkan musim panas ini (Jun-Ogos 2025). Selepas E5, ada dua lagi model elektrik AUDI akan dilancarkan pada 2026 dan 2027 nanti.

Pelancaran Jenama AUDI Baharu dan E5 Sportback 2026

AUDI E5 Sportback 2026
AUDI E5 Sportback 2026

Jenama AUDI baharu (dieja huruf besar, tanpa empat gelang) dilancarkan khas untuk pasaran China.

  • AUDI E5 Sportback ialah model pengeluaran pertama bawah jenama baharu ini.
  • Model ini mensasarkan pasaran China.

Visi dan Strategi AUDI Pasaran China

  • Pengerusi Lembaga Pengurusan AUDI AG, Gernot Döllner berkata, AUDI baharu ini bertujuan melangkaui batasan menerusi pengenalan AUDI E5 Sportback.
  • Model ini menawarkan kualiti terbaik Audi yang diolah semula dan disesuaikan untuk pelanggan di China.
  • Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Projek Kerjasama Audi dan SAIC, Fermín Soneira berkata, AUDI E5 Sportback ialah model pertama dibina berasaskan Platform Digital Termaju (ADP).
  • Strategi Audi adalah menggabungkan DNA dan kecemerlangan kejuruteraan dengan ekosistem digital dan inovasi China, khusus untuk pelanggan celik teknologi.

Era Baharu Audi di China: Pembezaan dan Respons Pantas

  • Jenama AUDI baharu menandakan permulaan era baharu syarikat di China.
  • Tujuannya, memastikan respons pantas terhadap permintaan pasaran China yang terus berubah.
  • Audi menyesuaikan produk dengan keperluan unik pengguna China sejak 37 tahun lalu.
  • Kerjasama baharu dengan SAIC melibatkan pembangunan bersama platform ADP dan generasi baharu kenderaan terhubung canggih.
  • Pasukan jurutera global Audi dan SAIC bekerja serentak di Jerman dan China untuk memendekkan masa pembangunan AUDI E5 Sportback sebanyak 30 peratus.

Ciri Utama AUDI E5 Sportback 2026

Rekabentuk

AUDI E5 Sportback 2026
AUDI E5 Sportback 2026
  •  Fastback elektrik penuh 4-pintu dengan perkadaran dinamik.
  • Dimensi panjang 4,881mm, lebar 1,959mm, dan tinggi 1,478mm

Prestasi

AUDI E5 Sportback 2025

  • Output kuasa 579kW (776hp).
  • Pecutan 0-100kmj sepantas 3.4 saat.
  • Kapasiti bateri 100kWj dengan jarak pemanduan 770km.
  • Pengecasan 800V ultra-pantas membolehkan tambahan jarak 370km dalam masa 10 minit.

Teknologi dan Kejuruteraan

  • Dibina berasaskan platform ADP yang baru dibangunkan bersama SAIC.
  • Menawarkan fungsi kenderaan terhubung generasi akan datang.
  • Kemas kini perisian melalui udara (OTA) untuk semua sistem kenderaan.
  • Ada empat trenkuasa elektrik dalam pilihan pacuan roda belakang (RWD) atau quattro (220kW, 300kW, 425kW, atau 579kW).
  • Ditala pusat kajian dan pembangunan (R&D) Audi di Jerman, AUDI E5 Sportback 2026 mewarisi dinamik pemanduan legenda Audi.
  • Stereng semua roda progresif disokong suspensi udara adaptif dengan Kawalan Redaman Berterusan (CDC).

Rekabentuk Luaran: Menggabungkan Warisan dan Keutamaan China

AUDI E5 Sportback 2026
AUDI E5 Sportback 2026
  • AUDI E5 Sportback 2026 menawarkan interpretasi baharu bahasa rekabentuk Audi.
  • Elemen ikonik seperti perkadaran atletik dan gerbang roda yang menonjol diolah semula dengan sentuhan elegan dan citar asa China.
    • Gerbang roda bulat menggantikan fender quattro tradisional.
    • Singleframe diinterpretasi semula dengan AUDI Light Frame baharu.
  • Bahagian luaran mengimbangi keanggunan minimalis dengan emosi dinamik melalui grafik lampu menonjol, gerbang roda bulat, dan siluet Sportback tegap.
  • Rekabentuk depan dan belakang radikal dalam bentuk minimalis dan fungsi maksimum.
    • Gril futuristik, bahu menonjol, dan gelung permukaan digital dengan logo bercahaya.
  • Gelung hitam anggun menggabungkan semua kawasan fungsi (lampu, sensor, tirai udara, radar, dan spoiler).
  • Aerodinamik memainkan peranan penting dalam rekabentuk, dengan elemen seperti spoiler depan apung, sayap belakang, dan tirai udara yang disepadu secara elegan.

Rekabentuk Lampu: Gabungan Teknologi dan Emosi

  • Lampu depan tipis dan modul berfungsi disepadu tanpa kelihatan dalam gelung hitam.
  • Lampu posisi kekal tersembunyi apabila tidak aktif dan memberikan cahaya memukau apabila diaktifkan.
  • AUDI Light Frame tersendiri dibentuk daripada lebih 1,000 unit lampu individu dengan sumber cahaya segi tiga.
  • AUDI E5 Sportback 2026 menampilkan teknologi lampu depan Matrix LED khas Audi dengan kawalan suluhan tepat dan pencahayaan zon pintar.
  • Pelbagai animasi 'Welcome' tersedia yang diilhamkan warisan Audi dengan latar langit dinamik Shanghai.

Rekabentuk Dalaman: Mewah dan Berteknologi Tinggi

AUDI E5 Sportback 2026
AUDI E5 Sportback 2026
  • Bahagian dalaman direka dalam lapisan mendatar jelas, yang menggabungkan material mewah dan ciri keselesaan halus.
    • Pembesar suara imersif, cahaya ambien natural, ventilasi udara pintar tersembunyi dengan penyebar wangian (tiga aroma khas).
  • Papan pemuka menggabungkan kemewahan dengan teknologi canggih, menawarkan titik sentuhan intuitif untuk konektiviti dan fungsi bijak seperti:
    • Paparan panoramik AUDI melengkung untuk pemandu dan penumpang.
    • Cermin sisi digital.
    • Konsol tengah dengan ruang simpanan terbuka untuk dua telefon dan pengecas wayarles 50W dengan penyejukan aktif.
    • Kerusi elegan dan selesa dengan pembesar suara pada penyandar kepala.
AUDI E5 Sportback 2026
AUDI E5 Sportback 2026
  • Penggunaan bahan semula jadi seperti inlay kayu bentuk lamela tiga dimensi (3D) dengan cahaya tidak langsung pada pintu.
  • Bumbung kaca panoramik dengan peredupan automatik.

Era Baharu Interaksi Digital dengan AUDI OS

  • AUDI E5 Sportback 2026 mentakrifkan semula teknologi denga sistem operasi (OS) intuitif, AUDI OS yang pantas.
  • Dikuasakan cip automotif QUALCOMM Snapdragon 8295 dengan kemampuan 30 bilion operasi sesaat.
  • Paparan 4K 27 inci dari pilar-ke-pilar imersif dengan susun atur skrin boleh disesuai.
  • Antaramuka AUDI OS bersepadu dengan ekosistem hiburan dan pelbagai aplikasi yang dapat diakses melalui kedai dalam aplikasi dengan pengecaman wajah.
  • Konektiviti telefon pintar lancar dan akses mudah.

Pembantu AUDI: Teman Peribadi Berkuasa AI

  • Pembantu AUDI ialah avatar kecerdasan buatan (AI) yang diaktifkan sentuhan dan suara.
  • Bertujuan memanusiakan interaksi digital dengan menggabungkan ketepatan dan keseronokan.
  • Pemandu boleh menyesuaikan tingkah laku pembantu.
  • Interaksi dalam kereta diolah sebagai dialog lancar yang menumpukan manusia.
  • Ciri seperti pemprosesan bahasa semula jadi, memori peribadi, pemilihan tingkah laku (Vohico oleh ByteDance), dan maklum balas haptik.
  • Bar Kawalan AUDI yang dikendalikan sentuhan di konsol tengah menyesuaikan diri secara kontekstual.

Platform Digital Termaju: Asas Kenderaan Terhubung Generasi Baharu

  • AUDI E5 Sportback 2026 dibina atas platform ADP yang baru dibangunkan bersama SAIC.
  • Senibina elektronik zon membolehkan fungsi kenderaan terhubung generasi akan datang dan kemas kini OTA.
  • Platform ini akan mengintegrasikan rantaian bekalan NEV terkemuka China.
  • Akan menjadi asas bagi generasi baharu kenderaan terhubung khusus untuk China dengan sistem pacuan elektrik dalam segmen saiz sederhana dan saiz penuh.

Sistem Bantuan Pemandu Canggih untuk Senario Pemanduan di China

  • Sistem Pemanduan Berbantu AUDI 360 berasaskan LiDAR menyokong pengalaman pemanduan selamat dan santai.
  • Dilengkapi 29 unit perkakasan persepsi, termasuk LiDAR jarak jauh, radar gelombang milimeter, sensor ultrasonik, dan kamera.
  • Direka untuk keadaan pemanduan bandar kompleks dan mampu meramalkan kenderaan roda tiga dan penunggang penghantar.
  • Bantuan Jelajah Adaptif (ACA) untuk pemanduan lebuh raya dan bandar.
  • Keselamatan Aktif dipertingkat untuk menangani senario khas China (kenderaan roda dua/tiga, kanak-kanak, pemanduan malam).
  • Bantuan Parkir untuk pelbagai jenis tempat letak kereta dan parkir memori merentasi tingkat bangunan.
AUDI E5 Sportback 2026
AUDI E5 Sportback 2026
AUDI E5 Sportback 2026
AUDI E5 Sportback 2026
AUDI E5 Sportback 2026
AUDI E5 Sportback 2026
AUDI E5 Sportback 2026
AUDI E5 Sportback 2026
AUDI E5 Sportback 2026
AUDI E5 Sportback 2026
AUDI E5 Sportback 2026
AUDI E5 Sportback 2026
AUDI E5 Sportback 2026
AUDI E5 Sportback 2026
AUDI E5 Sportback 2026
AUDI E5 Sportback 2026
AUDI E5 Sportback 2026
AUDI E5 Sportback 2026
AUDI E5 Sportback 2026
AUDI E5 Sportback 2026
AUDI E5 Sportback 2026
AUDI E5 Sportback 2026

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Kenderaan Elektrik (EV), Roda4 Tagged With: Advanced Digital Platform (ADP), Audi, AUDI China, AUDI E5 Sportback, AUDI E5 Sportback 2025, AUDI E5 Sportback 2026, Kenderaan Tenaga Baharu (NEV), Platform Digital Termaju (ADP), Roda4, SAIC

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #MAS2025: Toyota Vellfire 2.5 HEV Executive Lounge 2025 Ditayang, Lebih Jimat dan Premium
    #MAS2025: Toyota Vellfire 2.5 HEV Executive Lounge 2025 Ditayang, Lebih Jimat dan Premium
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev