Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Audi RS e-tron GT Ice Race Edition 2024, EV Istimewa Sempena Kejuaraan Lumba Ais
Roda4

Audi RS e-tron GT Ice Race Edition 2024, EV Istimewa Sempena Kejuaraan Lumba Ais

Abang HirataBy Abang Hirata02/01/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JANGAN kedengaran pengeluar kereta menamakan model istimewa sempena perlumbaan ais, tetapi itulah dilakukan Audi Sport melalui model elektrik Audi RS e-tron GT Ice Race Edition 2024.

Kejuaraan GP Ice Race di Zell am See di pergunungan Alp Austria menjadi ilham kepada model ini yang dihadkan 99 unit dan hanya empat unit dibekalkan untuk pasaran Britain.

GP Ice Race dimulakan pada 1952 dan dihidupkan semula pada 2019. Antara pelumba handalan yang pernah menyertai perlumbaan itu ialah mendiang Ken Block dan juara dunia Formula Satu (F1), Max Verstappen.

Audi terlebih dulu mempamerkan model konsep RS e-tron GT Ice Race pada Mei 2023. Model pengeluaran itu juga dibuat bagi meraikan ulang tahun ke-40 Audi Sport atau dahulu dikenali sebagai quattro GmbH.

Kanvas kepada model istimewa ini ialah RS e-tron GT dalam warna Florett Silver metalik dan bumbung CFRP hitam. Badan kereta dibalut grafik perak dan putih, merujuk kepada kristal salji dan tasik ais. Warna violet pula mewakili warna terang cermin mata sukan musim sejuk.

Satu lagi keunikan adalah balutan lut sinar dan tona putih yang membangkitkan kesan tiga dimensi (3D) dan diadun latar belakang perak monokrom.

Logo cincin Audi di depan dan belakang dalam warna putih ala kereta konsep Ice Race. Rim aloi hitam 21 inci hitam dan cermin gelap tampil berlawanan dengan tema badan kereta.

Kelengkapan asas terdiri daripada lampu depan LED Matriks dengan lampu laser Audi, brek seramik dan kaliper warna Anthracite Grey, suspensi udara adaptif, putaran stereng semua roda dan pacuan semua roda (AWD) e-quattro.

Skema warna luar diteruskan pada ruang kabin, tetapi lebih tenang tanpa grafik pelbagai corak dan tampil mewah. Skrin Multi Media Interface (MMI) tampil dengan gambar latar yang paparan nombor siri kereta. Lampu ambien juga istimewa yang bertukar kepada warna ungu jika corak pergunungan dipilih melalui MMI.

Selain pakej kulit penuh, empat pemilik di Britain dapat menikmati kerusi depan dengan fungsi pengudaraan dan urutan, set audio Bang & Olufsen 3D, paparan pandu dan pakej City Assist, Tour dan Parking Assistance.

Dari segi kuasa, trenkuasa elektrik RS e-tron GT Ice Race Edition 2024 menghamburkan output kuasa 596hp dan tork 830Nm.

Dalam mod Boost, kuasa bertambah kepada 644hp, manakala pecutan 0-100kmj lebih tangkas daripada 3.6 saat kepada 3.3 saat. Kelajuan trel atau lebuh raya Autobahn mampu mencecah 249kmj.

Berbekalkan kapasiti pengecasan hingga 270kW, penambahan 80 peratus tenaga boleh dibuat sekitar 23 minit menggunakan pengecas pantas (DC).

Jarak pemanduan harian dengan bateri penuh mampu bergerak hingga 475km. Jarak pemanduan hingga 100km pula boleh dibuat dengan tempoh mengecas cuma lima minit.

Di Britain, harga Audi RS e-tron GT Ice Race Edition 2024 bermula £150,630 (RM887,520). Di Malaysia, pengguna tempatan pula menikmati Audi RS e-tron GT pada harga bermula RM793,790.

Audi Audi e-Tron Audi RS e-tron Audi RS e-tron GT Audi RS e-tron GT Ice Race Edition Audi Sport Auto Terkini
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Honda Batal 3 EV, Bos Besar Potong Imbuhan!

    14/03/2026
    Jetour T2 2026
    Roda4

    SUV Kompak, Jetour T2 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM156,800!

    14/03/2026
    Land Rover Range Rover Velar | Spyshot
    Roda4

    #Spyshot: Land Rover Range Rover Velar Generasi Baharu Tukar Jadi Wagon EV?

    13/03/2026
    Sukan Permotoran

    Kejuaraan e-Sukan Porsche Malaysia, PESCM 2026 Buka Pendaftaran!

    14/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    By Syafie05/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

    By Han Othman08/03/20261
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.