AUDI Malaysia menawarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) premium 7-kerusi Audi Q7 S line pada harga RM399,990 menerusi unit pengurusan terpilih.
Model itu ialah versi pemasangan tempatan (CKD) dari kilang di Malaysia, sekali gus menjadikan model Audi itu yang pertama dipasang secara tempatan dan juga pertama di Asean.
Pemasangan tempatan itu membantu menjadikan harga Q7 lebih kompetitif berbanding harga asal sekitar RM462,272 atas jalan.
Prestasi Enjin V6 3.0 TFSI 340ps

Audi Q7 S line dikuasakan enjin 3.0L V6 Turbo TFSI yang menghasilkan output kuasa 340ps (sekitar 335hp), dan tork 500Nm @ 1,370 – 4,500 rpm.
Enjin tersebut dipadankan sistem hibrid ringan (MHEV) 48V yang membantu meningkatkan kecekapan bahan api dan membolehkan fungsi luncur lahu (coasting) dengan enjin dimatikan pada halaju sehingga 160kmj.
Sistem itu membantu menghidupkan semula enjin dengan lebih lancar tanpa getaran. Dari segi prestasi, Q7 mampu memecut 0 – 100kmj sepantas 5.6 saat.
Kuasa disalurkan melalui sistem pacuan semua roda (AWD) Audi quattro bersama sistem stereng semua roda (AWS) yang membantu meningkatkan kestabilan dan pengendalian, terutama buat SUV saiz besar.
Rekabentuk S line dengan Kemasan Premium
Model CKD itu hadir dengan pakej Black Styling Plus dan S line yang memberikan penampilan lebih sporty.
Antara kemasan luaran ialah aksen hitam kilat, logo Audi warna antrasit dan sil pintu S line iluminasi.
Teknologi Lampu LED Matriks HD

Audi terkenal sebagai peneraju teknologi lampu automotif dan Q7 dilengkapi lampu depan LED Matriks definisi tinggi (HD) = bersama teknologi lampu laser Audi Laser Light.
Sistem ini memberikan pencahayaan lebih luas dan terang tanpa menyilaukan pemandu kenderaan lain.
SUV ini turut dilengkapi sistem audio premium Bang & Olufsen 3D bagi pengalaman audio berkualiti tinggi.
Keselesaan Maksimum untuk Perjalanan Jauh

Aspek keselesaan dilengkapi fungsi pengudaraan tempat duduk dan sistem urutan (seat massage) yang membantu memberikan pengalaman pemanduan lebih santai, terutama ketika perjalanan jauh.
Suspensi udara adaptif (adaptive air suspension) pula membantu menyerap permukaan jalan tidak rata bagi memastikan perjalanan lebih selesa.
SUV 7-Kerusi Praktikal

Audi Q7 menawarkan konfigurasi tiga baris tempat duduk yang boleh memuatkan sehingga tujuh penumpang.
Dengan semua tempat duduk belakang dilipat, ruang but boleh mencecah sehingga 1,908 liter, menjadikan SUV tersebut sesuai untuk kegunaan keluarga atau aktiviti luar.
Unit Terhad Ditawarkan
Audi Malaysia memaklumkan unit Audi Q7 S line pada harga RM399,990 itu ditawarkan dalam jumlah terhad menerusi unit pengurusan terpilih.
Pelanggan yang berminat boleh mengunjungi pusat jualan Audi berhampiran untuk sesi pandu uji atau mendapatkan maklumat lanjut melalui laman web rasmi Audi Malaysia.






















