Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Audi Q7 S line CKD Kini Dari RM399,990, SUV 7 Tempat Duduk, Enjin V6 3.0L
Roda4

Audi Q7 S line CKD Kini Dari RM399,990, SUV 7 Tempat Duduk, Enjin V6 3.0L

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam09/03/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

AUDI Malaysia kini menawarkan SUV premium tujuh tempat duduk Audi Q7 S line pada harga bermula RM399,990 menerusi unit pengurusan terpilih. Model ini merupakan versi pemasangan tempatan (CKD) yang dipasang di Malaysia, sekali gus menjadikannya model Audi pertama yang dipasang secara tempatan serta yang pertama di rantau Asia Tenggara.

Pemasangan tempatan ini membantu menjadikan harga Q7 lebih kompetitif berbanding harga asal sekitar RM462,272 atas jalan.

Prestasi Enjin V6 3.0 TFSI 340 PS

Audi Q7 S Line 2025 CKD

Audi Q7 S line dikuasakan enjin 3.0 liter V6 turbo TFSI yang menghasilkan 340 PS (sekitar 335 hp) serta tork maksimum 500 Nm antara 1,370 hingga 4,500 rpm.

Enjin tersebut dipadankan dengan sistem mild hybrid 48-volt yang membantu meningkatkan kecekapan bahan api serta membolehkan fungsi coasting dengan enjin dimatikan pada kelajuan sehingga 160 km/j.

Sistem ini juga membantu menghidupkan semula enjin dengan lebih lancar tanpa getaran. Dari segi prestasi, Q7 mampu memecut dari 0–100 km/j dalam hanya 5.6 saat.

Kuasa disalurkan melalui sistem pacuan semua roda quattro bersama sistem all-wheel steering yang membantu meningkatkan kestabilan serta pengendalian terutama bagi SUV bersaiz besar.

Audi Q7 S Line 2025 CKD
Audi Q7 S Line 2025 CKD

Rekaan S line Dengan Kemasan Premium

Model CKD ini hadir dengan pakej Black Styling Plus serta S line yang memberikan penampilan lebih sporty.
Antara kemasan luaran termasuk aksen hitam berkilat, logo Audi berwarna anthracite serta sill pintu S line bercahaya.

Teknologi Lampu HD Matrix LED

Audi Q7 S Line 2025 CKD

Audi terkenal sebagai peneraju teknologi lampu automotif dan Q7 dilengkapi lampu hadapan HD Matrix LED bersama teknologi Audi Laser Light.

Sistem ini memberikan pencahayaan lebih luas dan terang tanpa menyilaukan pemandu kenderaan lain.
SUV ini turut dilengkapi sistem audio premium Bang & Olufsen 3D bagi pengalaman audio berkualiti tinggi.

Keselesaan Maksimum Untuk Perjalanan Jauh

Audi Q7 S Line 2025 CKD

Untuk keselesaan, Q7 dilengkapi fungsi pengudaraan tempat duduk serta sistem urutan (seat massage) yang membantu memberikan pengalaman pemanduan lebih santai terutama ketika perjalanan jauh.

Suspensi udara adaptif (adaptive air suspension) pula membantu menyerap permukaan jalan tidak rata bagi memastikan perjalanan lebih selesa.

SUV Tujuh Tempat Duduk Praktikal

Audi Q7 menawarkan konfigurasi tiga baris tempat duduk yang boleh memuatkan sehingga tujuh penumpang.
Dengan semua tempat duduk belakang dilipat, ruang kargo boleh mencecah sehingga 1,908 liter, menjadikannya sesuai untuk kegunaan keluarga atau aktiviti luar.

Unit Terhad Ditawarkan

Audi Malaysia memaklumkan unit Q7 S line pada harga RM399,990 ini ditawarkan dalam jumlah terhad menerusi unit pengurusan terpilih.

Pelanggan yang berminat boleh mengunjungi pusat jualan Audi berhampiran untuk sesi pandu uji atau mendapatkan maklumat lanjut melalui laman web rasmi Audi Malaysia.

Audi Malaysia Audi Q7 Promo SUV SUV Audi suv audi 7 seater
Shazwan Hisam

Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

Artikel Berkaitan

Lotus Eletre X Hybrid 2026
HEV

Lotus Eletre X Hybrid Guna Teknologi Hibrid Berkuasa 952ps, Tork 935Nm

09/03/2026
Chery Malaysia sambut Aidikfitri dengan rebat sehingga RM18,888
Auto Terkini

Chery Malaysia Sambut Aidilfitri dengan Rebat Sehingga RM18,888

06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

06/03/2026
BYD Raya Fiesta 2026
Auto Terkini

BYD Raya Fiesta 2026 Tawar Rebat Hingga RM18,000, Duit Raya RM2,000

06/03/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Hakim Danish raih tempat ke-18 di GP Thailand 2026
Moto3

#Moto3: Hakim Danish Tunjuk Taring Walaupun Belum Raih Mata

By Shazwan Hisam02/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.