Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Audi Bikin Audi S1 e-Tron Quattro Hoonitron dengan Bantuan Ken Block!
Roda4

Audi Bikin Audi S1 e-Tron Quattro Hoonitron dengan Bantuan Ken Block!

Abang HirataBy Abang Hirata27/01/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


AUDI memiliki barisan produk dengan teknologi dan rekabentuk menarik, cuma jenama itu kurang mendapat liputan berbanding dua lagi pengeluar dari Jerman, Mercedes-Benz dan BMW. Malah Lamborghini sebagai subsidiari Audi lebih kerap mendapat perhatian media massa.

Jadi apa perlu dibuat?

Pada September 2021, Audi menandatangani usahawan, pelumba dan selebriti terkenal Ken Block untuk membantu program pembangunan kereta elektrik masa depan jenama itu. Gandingan tersebut dilihat mampu membuka mata ramai selain menjadi akses kepada golongan muda.

Dari jenama dipandang serius, Audi bakal nampak lebih cool apabila bersama Ken Block. Dalam masa beberapa bulan selepas kerjasama itu diumumkan, Audi pada Disember 2021 memperkenalkan S1 e-tron quattro Hoonitron, iaitu model khas dibangunkan untuk Ken Block yang dijana trenkuasa elektrik dan bakal menjadi ‘permainan’ baharu pelumba selebriti itu.

Dari segi rekabentuk, S1 Hoonitron membawa pengaruh jentera Audi era 1980-90-an dengan identiti yang cukup dihargai Ken Block. Ini kerana minat beliau kepada jentera rali Audi sudah tercetus sejak muda lagi. Berikut fakta mengenai model elektrik tersebut:

Gran Turismo 6
  • S1 Hoonitron dipengaruhi daripada Audi Sport quattro S1 (foto atas) yang digunakan dalam perlumbaan Pikes Peak beberapa dekad dulu.
  • Dijana dua motor elektrik dalam sistem pacuan semua roda (AWD), manakala casis dibuat daripada gentian karbon, manakala ciri keselamatan mengikut standard Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA).
  • Keseluruhan program pembangunan termasuk teknologi S1 Hoonitron dihasilkan Audi Sport di Neckarsulm, Jerman, iaitu lokasi sama yang mengeluarkan Audi RS e-tron GT.
  • Audi Design di Ingolstadt bertanggungjawab menggayakan model ini di bawah seliaan Ketua Pereka, Marc Lichte dan pasukannya yang bekerja dalam jadual ketat selama empat minggu berbanding setahun dan setahun setengah untuk melakukan rekabentuk baharu.
  • Audi Design juga kerap berkomunikasi dengan Ken Block dan pasukannya untuk projek ini.

Dunia EV dilihat akan disemarakkan lagi dengan projek ini dan dipercayai dapat meningkatkan pandangan orang muda tentang keseronokan pemanduan kereta bernadikan bateri!

BACA >>> Audi RS Q e-Tron – Jentera Lumba Elektrik yang Dibikin untuk Rali Dakar
BACA >>> Audi RS3 Saloon – Kompak Terpantas di Nürburgring! Lebih Laju daripada A45 S 4Matic+

Audi Audi S1 e-tron quattro Hoonitron Auto Terkini Ken Block Roda4
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    15/03/2026
    Honda henti pengeluaran tiga model EV
    Auto Terkini

    Honda Batal Pembangunan Tiga Model EV, Bos Besar Dipotong Imbuhan!

    14/03/2026
    Jetour T2 2026
    Roda4

    SUV Kompak, Jetour T2 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM156,800!

    14/03/2026
    Land Rover Range Rover Velar | Spyshot
    Roda4

    #Spyshot: Land Rover Range Rover Velar Generasi Baharu Tukar Jadi Wagon EV?

    13/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Proton X90 2026 facelift
    Auto Terkini

    Tiada ADAS, Proton X90 2026 Facelift Kini 1-Bintang Sahaja!

    By Han Othman15/03/2026
    Kemeriahan Raya Ganjaran Berganda | Jetour 2026
    Roda4

    Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    By Han Othman12/03/2026
    Autotainment

    #Videotomotif: Manakah Lebih Terang? Lampu Halogen vs Xenon (HID) vs LED?

    By Han Othman15/03/2026
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Aksesori

    Bridgestone Potenza Adrenalin RE005 Lancar, Tayar Baharu dengan Cengkaman Padu!

    By Han Othman13/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.