• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Arianetech K2Re - Motosikal Mini Elektrik untuk Si Cilik Berlumba

Arianetech K2Re - Motosikal Mini Elektrik untuk Si Cilik Berlumba

February 13, 2020 By Brader Shawn Leave a Comment

132
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SYARIKAT dari Sepanyol, Arianetech mencipta motosikal mini elektrik untuk perlumbaan yang mungkin bakal menggantikan jentera mini 2-lejang dalam sukan lumba.

Arianetech ialah firma perkhidmatan kejuruteraan yang ditubuhkan golongan profesional berpengalaman dalam sektor automotif, motosikal dan rel kereta api.

BACA >>> Velca - Jenama Motosikal Elektrik Baharu Sepanyol, Perkenal 2 Model Gaya Klasik

Dipanggil K2Re, motosikal mini ini mampu menghasilkan kuasa maksimum 5kW (6.8hp), iaitu dengan kuasa setanding versi enjin petrol. Kelebihan motosikal ini ialah tork kerana trenkuasa membolehkan ia memiliki daya kilas bermula sifar rpm. Boleh ditunggang selaju 70km, model mini ini dicipta khas untuk penunggang kanak-kanak berusia 3-10 tahun.

K2Re didatangkan bersana alat kawalan enjin untuk menala terotel, brek, kelajuan maksimum dan kuasa. Pek bateri juga mempunyai sistem pengurusan bateri (BMS) termaju dan boleh ditanggalkan. Casis menggunakan frem keluli multitubular yang dikaji teliti supaya seimbang antara ketepatan, kestabilan dan ketangkasan dalam trek.

BACA >>> MV Agusta Mini Bike Racing, Asalnya Cuma Motosikal Hadiah Buat Anak Pelumba

Ada beberapa komponen motosikal dibuat daripada aluminium, manakala sistem brek jenis hidraulik untuk kedua-dua roda. Berat cuma 25kg. Hendal dan peg kaki pula boleh dilaraskan mengikut fizikal penunggang.

Panel meter dilengkapi ciri navigasi (GPS) yang boleh digunakan untuk merekodkan masa setiap lap sebelum dihantar kepada aplikasi dalam telefon bimbit.

BACA >>> Revolt RV400 - Motosikal Elektrik dengan Ciri AI Pertama di India Buka Tempahan

GALERI
motor mini 1
motor mini
arianetech-k2re-1
motor mini 4
arianetech-k2re-4
arianetech-k2re-2
motor mini 2
motor mini 3
arianetech-k2re-5
arianetech-k2re-3

SUMBER: Motorpasionmoto

132
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Arianetech, Arianetech K2Re, mini moto, Motor Mini, motosikal elektrik, motosikal EV, Motosikal Mini, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Harley Davidson Nightster (2022) Masuk Malaysia, Harga Mula RM93.9k!
    Harley Davidson Nightster (2022) Masuk Malaysia, Harga Mula RM93.9k!
  • Ducati V21L Sebagai Jentera Lumba Kejuaraan MotoE 2023 Lancar!
    Ducati V21L Sebagai Jentera Lumba Kejuaraan MotoE 2023 Lancar!
  • Penjawat Awam Boleh Perbaharui Insurans Kenderaan Secara Ansurans Tanpa Faedah
    Penjawat Awam Boleh Perbaharui Insurans Kenderaan Secara Ansurans Tanpa Faedah
  • JPJ Tahan Pemegang Kad UNCHR Pandu Kereta
    JPJ Tahan Pemegang Kad UNCHR Pandu Kereta

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my