Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Aprilia RSV4 X Versi Trek Edisi Terhad yang Lebih Laju, Cuma 10 Unit Berkuasa 225hp!
Roda2

Aprilia RSV4 X Versi Trek Edisi Terhad yang Lebih Laju, Cuma 10 Unit Berkuasa 225hp!

AryonBy Aryon25/03/2019
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JIKA anda fikir Aprilia RSV4 1110 Factory sebagai superbike gila, sebenarnya ada dan namanya ialah RSV4 X. Cuma dikeluarkan 10 unit sahaja, RSV4 X ialah model khas untuk trek yang dibina berasaskan Aprilia Racing dengan dipasangkan komponen daripada jentera WorldSBK dan MotoGP.

Kata nama ‘X’ pada RSV4 X bermaksud angka 10 yang menandakan genap 10 tahun Aprilia memperkenalkan model terunggul itu.

BACA >>> Aprilia RSV4 1100 Factory (2019) – RSV4 yang Paling Laju, Ringan dan Berkuasa, 217hp!

RSV4 X  menampilkan beberapa ciri unik sama seperti transmisi ANN (Aprilia No Neutral) baharu dengan posisi neutral diletakkan bawah gear 1. Aturan ini membolehkan anjakan gear dibuat lebih pantas dari gear 1 ke gear 2, dan mengelak tersilap menukar gear atas.

Sistem ini dibangunkan daripada pengalaman Aprilia dalam aksi WorldSBK dan MotoGP, dan kini ditawarkan untuk model pengeluaran buat kali pertama.

LEBIH BERKUASA

Enjin RSV4 X pula diperhalusi daripada trenkuasa V4 pada RSV4 11000 Factory untuk menghasilkan ledakan kuasa 225hp, meningkat 8hp daripada enjin asal Factory. Ia juga dipekkan dengan sistem penuh ekzos titanium Akrapovic dengan kanister karbon, penapis udara dinaik taraf dengan kebolehtelapan (permeability) tinggi, sama seperti digunakan jentera MotoGP, dan ECU talaan khas dengan tetapan trek.

Jurutera Aprilia melakukan banyak usaha untuk meminimumkan berat superbike ini sebanyak 12kg, dengan berat keseluruhan cuma 165kg. Ini dicapai dengan penggunaan gentian karbon pada fairing dan pelbagai komponen lain. Ada juga beberapa bahagian daripada kemasan aluminium bilet seperti tuil klac, gad tuil brek depan, gad enjin, peg kaki boleh laras dan plat stereng atas yang masing-masing menyumbang kepada berat badan jentera lebih ringan.

RSV4 X menggunakan rim magnesium tempa dengan tayar slik Pirelli, manakala sistem brek didatangkan dengan kaliper depan Brembo GP-4 MS yang mengapit sepasang brek cakera jalanan dengan teknologi T-Drive.

BACA >>> Aprilia RSV4 RF Limited Edition – Superbike Pertama Ada Winglet, Cuma 125 Unit

Aprilia meletakkan tanda harga €39,900 (RM183,524) untuk RSV4 X yang semestinya ia belum dicukaikan jika pembeli hartawan Malaysia berminat mahu membelinya. Superbike ini akan dijual secara eksklusif di atas talian sahaja bermula minggu kedua April ini, dan kami jangka semua 10 unit model itu akan terjual kurang 24 jam

GALERI

SUMBER: BikeWale

Aprilia Aprilia RSV4 X Edisi Terhad roda2 superbike
Aryon

Artikel Berkaitan

Aveta Vanguard 250 2026
Roda2

Aveta Vanguard 250 2026 Dikemas Kini dengan 10 Naik Taraf Baharu

27/02/2026
Roda2

Ducati DesertX V2 2026 dengan Enjin V2 890cc Baharu, Lebih Mudah Selenggara

27/02/2026
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Korang – Naked, Sportbike, Cruiser atau Touring?

26/02/2026
Roda2

Indian Motorcycle Sambut 125 Tahun, Lancar Empat Model Edisi Khas

26/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Pelajar bantu wanita jatuh basikal kena bayar pampasan
Auto Terkini

Bantu Mangsa Jatuh Basikal, Pelajar Diarah Bayar Pampasan Lebih RM120,000

By Shazwan Hisam24/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Roda2

Ducati Panigale V4 Rangkul Anugerah Good Design 2025, Layak dan Tidak Disangkal!

By Abang Hirata19/02/2026
Audi RS 5 2026
PHEV

Audi RS 5 2026: PHEV Prestasi Premium Pertama daripada Audi Sport

By Abang Hirata20/02/2026
Anggota JPJ Selangor dibaling mercun
Auto Terkini

Anggota JPJ Selangor Dibaling Mercun Selepas Keluarkan Saman

By Syafie25/02/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.