• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Aprilia RS660 Versi Pengeluaran Sah Lancar Minggu Depan!

Aprilia RS660 Versi Pengeluaran Sah Lancar Minggu Depan!

October 31, 2019 By Aryon Leave a Comment

653
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


APRILIA mengesahkan akan melancarkan RS660 versi pengeluaran di Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2019, di Milan pada 5 November ini.

Model konsep supersport itu pernah mencetuskan polemik dalam kalangan peminat permotoran sepanjang 2018, tetapi tidak banyak didedahkan Aprilia kecuali beberapa gambar intip yang dirakamkan orang ramai dan lakaran grafik paten. Malah, Ducati lebih agresif menguar-uarkan barisan model tahun depan seperti Panigale V2, Panigale V4 dan Streetfighter V4.

BACA >>> #Spyshot: Bocor Foto Aprilia RS660 Versi Pengeluaran Sedang Ditunggang Uji

Kini selepas setahun, RS660 bersedia menunjukkan wajahnya kepada umum minggu depan menerusi imej acah disiarkan Aprilia seperti di bawah ini:

 

Berdasarkan imej paten didedahkan (gambar bawah), RS660 dijangka mengekalkan rupa model konsep yang diilhamkan daripada model superbike RSV4 dengan profil kompak dan rendah. Mungkin juga berbeza kerana pengeluar itu ada masa 12 bulan untuk melakukan perubahan signifikan ke atas jentera berkenaan.

Dikuasakan enjin 660cc Parallel-Twin daripada RSV4, model ini akan berentap dengan pesaing seperti Kawasaki ZX-6R, MV Agusta F3 dan Yamaha R6. Model ini juga bersedia dijadikan jentera trek dalam kategori Supersport. Tambahan lagi dengan status Aprilia sebagai juara tiga kali Kejuaraan Dunia Superbike (WSBK) menerusi RSV4.

BACA >>> Paten Rekabentuk Aprilia RS660 Versi Pengeluaran Bocor

SUMBER: VisorDown

Artikel Berkaitan

653
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Aprilia, Aprilia RS660, Aprilia RS660 (2020), Auto Terkini, EICMA, EICMA 2019, Imej Acah, Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2019, roda2, sportbike, supersport, teaser

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MOT Sedang Bangunkan Aplikasi Lupus Kenderaan Lama, Tak Perlu Hadir ke JPJ
    MOT Sedang Bangunkan Aplikasi Lupus Kenderaan Lama, Tak Perlu Hadir ke JPJ
  • MB Kedah Dilarang Hadir LIMA'23?
    MB Kedah Dilarang Hadir LIMA'23?
  • #Videotomotif: YouTuber India Buktikan Ducati Panigale V4 S Boleh Masak Telur Dadar!
    #Videotomotif: YouTuber India Buktikan Ducati Panigale V4 S Boleh Masak Telur Dadar!
  • Polis Tahan Dua Mekanik Bengkel Terlibat Kes Samun Bersenjata di Parit Sulong
    Polis Tahan Dua Mekanik Bengkel Terlibat Kes Samun Bersenjata di Parit Sulong

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my