Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»#ApaNakBuat: Tetiba Orang Tahan Kereta, dan Cakap Ada Tunggakan Ansuran Bank
Autotainment

#ApaNakBuat: Tetiba Orang Tahan Kereta, dan Cakap Ada Tunggakan Ansuran Bank

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju20/02/20201 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SATU rakaman video tular di media sosial apabila seorang pemandu wanita bersama anaknya ditahan sebuah kereta di tengah jalan raya.

Selepas menghalang laluan pemandu wanita tersebut, seorang lelaki keluar dari kereta depan dan meminta mangsa menyerahkan kereta kerana ada tunggakan ansuran bank  yang katanya sudah 20 bulan!

BACA >>> Suspek Hentak Cermin Guna Parang Ditahan, Turut Disyaki Lakukan Jenayah Samun

https://pandulaju.com.my/wp-content/uploads/2020/02/Tarik-kereta.mp4

 

Kelibat lelaki itu, yang mengaku sebagai tukang tarik kereta, nampak seakan mencurigakan. Pemandu wanita itu juga terkejut dan mujurlah dia bertindak pantas menguncikan kereta sebelum segera menghubungi suaminya.

APA PERLU BUAT KALAU KENA TAHAN?

Apa perlu anda buat jika mengalami situasi sama seperti dalam video di atas? Ikut tip di bawah ini:

  1. Jangan terus berhenti, cari ruang yang ada untuk melarikan diri dan segera ke balai polis berdekatan. Atau cari kawasan yang ada ramai orang.
  2. Elakkan buka pintu kenderaan anda. Sebaiknya, berkomunikasilah melalui tingkap yang hanya dibuka sedikit.
  3. Segera hubungi rakan dan keluarga terdekat untuk maklumkan insiden yang berlaku.
  4. Elakkan memandu di laluan yang lengang atau kurang dilalui pengguna jalan raya lain. Lebih-lebih lagi jika memandu sendiri.

Sebagai pemilik kenderaan, anda mesti tahu dan peduli tentang ansuran bulanan yang perlu dibayar. Tidak perlu panik dan gelabah.

Jika benar ada tunggakan, anda sendiri akan tahu risiko dan kemungkinan disapa tukang tarik kereta. Begitu juga sebaliknya. Jika memang tiada tunggakan, memang anda alasan kuat untuk rasa curiga dan panik! Apapun, bawa bertenang.

BACA >>> Penyamun Kereta Mewah Menyamar Tarik Kereta, Cabut Pagar Rumah

ETIKA TUKANG TARIK KERETA

Berikut infografik dikongsi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengenai etika yang perlu dipatuhi ejen pemilikan semula (EPS) atau tukang tarik kereta berdaftar. Etika tersebut merangkumi:

  • Wajib ada permit tarik kereta yang sah.
  • Tidak dibenarkan masuk premis persendirian kecuali perintah mahkamah.
  • Mesti berpakaian kemas, dan tidak gunakan kekerasan.
  • Laporan polis perlu dibuat dalam tempoh 24 jam selepas kereta ditarik.

Individu di bawah EPS memang terikat dengan undang-undang, peraturan, terma dan syarat, dan kod etika ditetapkan. Jika se,mua etika itu tidak dipatuhi, memang ada kebarangkalian dia ialah ejen palsu dan ada niat buruk untuk melakukan jenayah.

KERETA TAK BOLEH BOLEH KENA TARIK KALAU…

Sebenarnya, bank juga terikat dengan etika yang perlu dipatuhi bagi melindungi keselamatan EPS dan pemilik kenderaan. Ingat, bank TIDAK BOLEH tarik kenderaan anda sekiranya:

  • Ansuran pinjaman sudah lebih 75 peratus, kecuali perintah mahkamah.
  • Kenderaan anda berada dalam kawasan kediaman berpagar (premis persendirian).
  • Pada hari cuti umum.
  • Selepas jam 9 malam.

Namun, jika ansuran kereta anda memang sudah lama tertunggak, tidak perlulah berlagak tenang dan berlakon sebagai mangsa. Segerakan bayaran atau serahkan kunci kepada tukang tarik kereta.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapakah Kereta Perlu Ada Sistem Suspensi?

SUMBER: Twitter | Facebook KPDNHEP

apa nak buat autotainment Ejen Pemilikan Semula (EPS) etika ejen penarik kereta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) takut kena tipu tips elak jenayah tarik kereta tips keselamatan
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Kenali jiwa motosikal anda
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenali ‘Jiwa’ Motosikal Anda – Naked, Sportbike, Cruiser atau…

01/03/2026
Nozel pam minyak
0
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Dari Mana Datang Duit Kerajaan Malaysia Bayar Subsidi Minyak?

26/02/2026
Cara angkat motosikal besar bila jatuh
0
ApaNakBuat

#ApaNakBuat: Ini Cara Angkat Motosikal Besar Bila Jatuh, Seorang Pun Boleh

25/02/2026
5 perlumbaan motosikal paling bahaya dunia
Tahukah Anda

#TahukahAnda: 5 Perlumbaan Motosikal Paling Bahaya Dunia yang Masih Wujud

25/02/2026

1 Comment

  1. bill nigel on 16/12/2020 01:15

    sy telah berjanji dgn pihak bank utk menglangsaikan kesemua tunggakan pada hari isnin namun agen kutip kereta menghalang kereta sy pada hari isnin tersebut sebelum sy sempat mmbayar bank. adakah keadaan ini sepatutnya berlaku…? agen kutip kereta juga mempunyai ro…adakah ini melibatkan org dalaman bank…?

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Aveta Bellagio 125
Roda2

Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

By Syafie05/03/2026
Aveta Viper 180
Roda2

Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

By Syafie05/03/2026
CFMoto Papio Racer 2026
Roda2

‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
Roda2

Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

By Shazwan Hisam06/03/2026
Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
Trak dan Lori

Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

By Syafie06/03/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

By Han Othman08/03/20261
Moto Morini Alltrhike 450
Roda2

Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

By Shazwan Hisam06/03/2026
KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
Auto Terkini

KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

By Shazwan Hisam03/03/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.